Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

SALAM HARI PEKERJA!

Imej
Esok, 1 Mei, golongan pekerja di seluruh dunia akan meraikan Hari Pekerja yang disambut dihampir 80 buah negara di seluruh dunia, namun begitu terdapat juga   negara di dunia meraikannya   secara tidak rasmi. Di negara kita, ianya mula diraikan pada tahun 1972, apabila pengumuman dibuat oleh Tun Dr. Ismail, Timbalan Perdana Menteri ketika itu.  Sejak daripada itu, 1 Mei telah ditetapkan sebagai Hari Pekerja dan dianggap sebagai hari cuti umum. Di seluruh dunia, 1 Mei dianggap sebagai hari sambutan Hari Pekerja Antarabangsa, malah dalam tahun 1990an, di China, Hari Pekerja diraikan selama tiga hari, namun ianya dijadikan satu hari sejak tahun 2008. Nasib pekerja di negara kita telah jauh berubah, apabila Kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM900 di bawah Perintah Gaji Minimum 2012 yang telah diwartakan pada 16 Julai 2012.  Kadar gaji minimum bagi pekerja di Semenjung Malaysia ialah sebanyak RM900 sebulan dan RM800 sebulan bagi pekerja di Sarawak, Sabah & W

MEROYAN GAYA BN!

Imej
Jika ada kursus meroyan di peringkat pengajian tinggi, rasanya yang paling layak menyediakan sukatan pelajaran ‘subjek meroyan’ ini adalah BN. Gambar hiasan untuk tafsiran. Ihsan dari: milosuam.blogspot.com Jelas sekali menjelang PRU ke-13 yang disifatkan paling sengit dalam sejarah Pilihanraya Umum di negara ini, maka BN jauh lebih meroyan daripada mana-mana parti yang menyertai PRU pada kali ini. Selepas PRU ke-10  pada tahun 1999, kesan yang begitu ketara adalah pertambahan kerusi Parlimen pembangkang  meningkat daripada 30 kerusi pada tahun 1995 kepada 44 kerusi, satu protes senyap orang-orang Melayu terhadap apa yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada kerajaan setahun sebelumnya. Kesan daripada peningkatan kerusi Parlimen oleh pembangkang pada tahun 1999, populariti Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri menjadi sangat teruk, sehingga terpaksa melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk

KAKI SAKAT LIMA TAHUN!

Diam tak diam, blog kaki sakat yang dimayakan pada 17 April 2008 telah berusia lima tahun.   Ini adalah tahun keenam blog ini.   Sehingga kini sebanyak 470 entri telah dimuatnaik ke laman blog ini. Para pengunjung blog kaki sakat datangnya daripada beberapa negara selain Malaysia ialah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Indonesia, Jerman, Brunei, Sweden, Singapura dan negara China. Blog ini dimayakan dengan tujuan untuk berkongsi pandangan khususnya mengenai hal-hal semasa, sama ada dunia perbukuan, filem dan teater atau lain-lain isu semasa seperti politik, ekonomi dan sosial. Menariknya, blog ini dimayakan dengan bantuan seorang teman sewaktu berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, lima tahun yang lalu.  Setiap kali hadirnya PBAKL, maka blog ini akan meraikan satu lagi peningkatan usianya. Sama ada anda penggemar buku, filem teater atau apa-apa aktiviti budaya, kaki sakat akan cuba mewarnakan dalam tulisan seadanya. Selama lima ta

BR1M @ BROOOOM?

Ramai yang percaya PRU ke-13 adalah yang paling sengit pernah dilalui oleh mana-mana pemimpin politik kita sama ada daripada pihak Kerajaan apatah lagi pembangkang.  Ini kerana selepas tsunami politik yang melanda negara pasca  PRU ke-12 pada Mac 2008, landskap politik Malaysia telah sama sekali berubah. Bayangkan tiada siapa menyangka begitu buruk prestasi BN dalam PRU ke-12 sehingga beberapa tokoh yang merupakan pemimpin tertinggi parti kalah dalam pilihanraya 2008 yang lalu.  Nama-nama besar seperti Datuk Seri Samy Veloo, Presiden MIC, Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Gerakan, Datuk Kayeas, Presiden PPP yang semuanya merupakan parti komponen BN kalah di kawasan yang mereka tandingi. Kini selepas lebih lima tahun, selepas puas berteka-teki dan sekurang-kurang menyempurnakan empat tahun pemerintahan Perdana Menteri yang keenam, Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen dengan ‘tersasul’ pada 3 April 2013.  Apa yang menarik selepas itu adalah perang manifesto di antar

DEMI KELANGSUNGAN, APA SAHAJALAH LABU!

Nampaknya realiti politik di negara kita lebih menarik daripada program realiti di kaca televisyen.  Benarlah kata seorang ‘otai’ yang satu ketika dahulu menyanjung mantan Perdana Menteri ke-empat Malaysia, rakyat Malaysia kini ‘terlalu berpolitik’ sehingga semua benda ditentukan oleh orang politik. Lihat sahaja, ‘perkahwinan’  Barisan Najib dengan Pertubuhan Hak Asasi Kaum India (Hindraf), sehingga membentuk satu memorandum persefahaman.  Dalam majlis menandatangani ‘Blueprint – A New Dawn For Malaysians Indians’ , Najib menyatakan langkah ini adalah satu perkembangan positif dalam politik Malaysia khususnya BN.  Nampak sangat Barisan Najib begitu terdesak untuk mengekalkan kuasa dengan mengadakan ‘marriage of convenience’ bersama Hindraf. Apa yang gagal diselami oleh BN adalah ‘perkahwinan’ dengan Hindraf adalah satu tamparan kepada sekutu mereka dalam BN iaitu MIC.  Apakah ini menggambarkan bahawa MIC sebenarnya gagal memperjuangkan nasib kaum India di negara ini sehingg

SPR & MOMOKAN DEMOKRASI!

Kini kurang daripada dua minggu, rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk melaksanakan amanah untuk memilih para pemimpin mereka dalam Pilihanraya Umum ke-13. Pada 5 Mei nanti, seramai 13,268,002 pengundi berdaftar setakat yang diwartakan oleh SPR pada 11 April yang lalu akan membuang undi.  Daripada jumlah tersebut, seramai 161,251 adalah daripada kalangan tentera dan pasangan mereka, di samping 111,136 pengundi pula daripada kalangan polis dan pasangan mereka.  Selain itu, seramai 2954 pula mendaftar sebagai pengundi luar negara.  Kesemua mereka akan mengundi awal pada 30 April. Apa yang menarik dalam PRU pada kali yang ke-13 ini adalah penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi berulang kali.  Usaha ini adalah sebahagian daripada desakan dalam tiga siri Bersih iaitu pada 10 November 2007, 9 Julai 2011 dan yang terakhir pada 3 April 2012. Walaupun sebanyak lapan tuntutan dikemukakan dalam tiga siri bersih ya

GENDANG SUDAH DIPALU

Imej
Gendang Pilihanraya Umum ke-13 yang dijadualkan pada 5 Mei telah selesai  fasa kedua iaitu penamaan calon pada hari semalam.  Seramai 1900 orang calon akan berjuang untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Contoh daftar SPR pincang - ihsan malaysiakini.com Selain itu, inilah pertama kali dalam sejarah penyertaan calon bebas yang terbanyak iaitu seramai 270 orang.   Malah juga tercatat dalam sejarah, bagaimana terdapat ahli-ahli parti yang bertanding atas tiket calon bebas kerana tidak terpilih dan merasakan mereka adalah ‘calon boleh menang’. Di kerusi Parimen P42, Tasek Gelugor, misalnya menyaksikan Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang pernah mewakili parlimen tersebut pada tahun 1999 dan 2004 bertanding atas tiket Bebas kerana tidak dipilih oleh pucuk pimpinan walaupun pernah dijanjikan secara lisan oleh pucuk pimpinan sebelumnya. Ini penyokong tegar BN! Begitu juga, Naib Ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim yang mengumumkan perlet

MARUAH UMNO DI TAPAK KASUT ZULKIFLI NORDIN!

Imej
Bersatu UMNO bersatu Pemuda jadi kuda kayu hidup macam kalkatu tipu bangsa tipu melayu bersama puteri wanita dulu, kini selamanya umpat fitnah, mengata itu cara mereka UMNO nama dah punah dipandang hina dan nista bersatu bersetia berkhidmat untuk si tua Umno pasti musnah bersama si mahatua! Itu lirik yang digubah oleh Zulkifli Nordin, calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Shah Alam.  Zulkifli Nordin yang menang melalui tiket PKR pada Pilihanraya Umum 2008 di Kulim Bandar Baru, kemudiannya menjadi calon bebas  ‘mesra BN’ kerana dipecat oleh PKR pada tahun 2010. Selepas itu, beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden, NGO kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.  Pada sesi pemilihan calon pada Selasa lalu, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional menamakan beliau sebagai calon ‘rakan BN’ untuk bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang akan berlangsung pada 5 Mei nanti. Menariknya, Zulkifli Nordin dikat

BE END MENUJU KEHANCURAN?

Imej
Mungkin takdir telah menulis bahawa kata singkat Barisan Nasional = BN = Be eNd.   Tiada siapa pun tahu, apa nasib BN pasca PRU ke-13. Dengan pelbagai kemelut selepas pemilihan calon untuk bertanding, saya merasa amat kasihan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ini adalah kerana, kelihatannya beliau seorang sahaja yang menanggung semua kemelut dalaman parti yang dipimpinnya. Yang terkini ialah apabila, MCA Wangsa Maju mengkhabarkan akan memboikot kempen pilihanraya pada kali ini kerana calon mereka Datuk Yew Teng Look, yang telah membelanjakan wang sebanyak RM2.5 juta untuk kebajikan dan program di kawasan  Wangsa Maju  tidak terpilih sebagai calon kerusi Parlimen Wangsa Maju. Gambar ihsan: malaysiakini.com Pada malam semalam pula, mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff  Omar,  mengkhabarkan akan terus bertanding sebagai calon bebas, atau bersama Pakatan Rakyat kerana tidak terpilih sebagai calon ker

MARI KITA MULAKAN!

Imej
Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk bagi calon dan bakal calon parti-parti politik di Malaysia.  Ini adalah kerana, pemimpin tertinggi parti masing-masing akan mula mengumumkan calon bagi kawasan Parlimen dan DUN masing-masing. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN menjadi rebutan dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 nanti.  Penamaan calon pula akan berlangsung pada 20 April nanti. Bantahan akar umbi - gambar ihsan Malaysiakini.com Sebenarnya parti Pakatan Rakyat telah mula mengumumkan calon-calon mereka secara berperingkat sejak awal minggu yang lalu, berbeza dengan Barisan Nasional yang mula mengumumkannya pada hari ini selepas Ketua Perhubungan Barisan Nasional negeri-negeri menerima watikah calon mereka daripada Perdana Menteri semalam. Seperti biasa, telah ada suara-suara sumbang mengenai ketidakpuasan hati kerana calon-calon yang sepatutnya menjadi calon akhirnya tidak terpilih, hal ini adalah kebiasaan bagi calon-

TAMAK MENJELANG PRU!

Beberapa hari lagi akan berlangsung proses penamaan calon yang dijadualkan pada 20 April nanti.  Menariknya sehingga kini sama ada parti Barisan Nasional yang mendakwa telah memerintah Malaysia selama setengah abad mahupun Pakatan Rakyat yang menguasai empat negeri masih belum selesai mengenalpasti calon-calon mereka. Tentulah ada pertimbangan yang sewajarnya yang diambilkira untuk menamakan seseorang ahli parti untuk menjadi calon dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.  Jika BN yang telah berpeluang menyertai pilihanraya umum selama 12 kali pun tercungap-cungap untuk menamakan calon mereka apatah lagi oleh Pakatan Rakyat yang baru sahaja menyerlah selama beberapa tahun ini. Pemilihan calon oleh parti juga harus berhati-hati untuk tidak menimbulkan keadaan di mana calon yang terpilih dan menang bertanding dengan tidak semena-mena beralih arah, seperti apa yang terjadi kepada dua orang ADUN ‘katak’ di Perak selepas selesai PRU ke-12 yang lalu. Pun begitu seolah-olah terdapat

APABILA RAKYAT LETIH!

Imej
Ketika penyiaran video mengenai unsur rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak oleh badan NGO antarabangsa, Global Witness, ramai yang ‘seolah-olah’ terperanjat dengan pendedahan tersebut. Gollum dalam The Lord the of Rings - gambar hiasan Beberapa siri video yang ditunjukkan seolah-olah membenarkan terdapat   pelakuan rasuah oleh pemimpin yang dikatakan paling kaya dalam Malaysia di samping yang paling lama memimpin sebuah negeri.   Ketika pilihanraya umum negeri Sarawak pada 16 April 2011, dikhabarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak bahawa pemimpin Sarawak tersebut akan meletakkan jawatan selepas mengemudikan kejayaan Sarawak dalam pilihanraya umum tersebut. Ini janji yang diberikan oleh Ketua Menteri kepada Perdana Menteri dan dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia, nampaknya janji ini tidak ditepati oleh kedua-dua pemimpin Barisan Nasional ini. Sama ada dakwaan oleh Global Witness ini boleh diterima adalah satu soal lain, namun apabila K

SIAPA YANG KENA?

Imej
Tarikh penamaan calon dan pilihanraya umum telah pun diumumkan selepas penantian dan teka-teki bodoh selama lebih setahun.  Ironinya tarikh pembubaran yang ‘tersasul’ oleh Perdana Menteri sepertinya dilakukan pada ulangtahun ke-empat Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 pada 3 April 2009. Selepas sahaja pengumuman  oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menetapkan 20 April 2013 sebagai tarikh penamaan calon manakala 5 Mei 2013 pula ditetapkan sebagai tarikh mengundi bagi pilihanraya umum ke-13, debar bakal-bakal calon bertambah kencang. Gambar hiasan - Suara rakyat Sebanyak 202 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi rebutan dalam PRU ke-13 ini.  Selepas pembubaran, selepas pengumuman tarikh penamaan calon dan tarikh rakyat Malaysia mengundi, parti-parti politik kini sibuk untuk mengenalpasti calon-calon  dan juga membuat pengumuman calon bagi semua kawasan yang bakal ditandingi. Menariknya, sama ada parti Bar