Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

MENUNTUT KEWAJARAN

Imej
Benar saya memang terganggu membaca laporan di dalam akhbar semalam, memberitakan tentang Naib Yang Dipertua 2 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah terhadap dana projek menaik taraf jalan raya yang bernilai RM3.7 juta milik pertubuhan itu antara tahun 2002 dan 2004. Turut dituduh bersama-sama Ariffin, 74, yang juga bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas kesalahan itu ialah dua ahli Perkim Cawangan Damansara Utama, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60. Saya bukanlah mahu mempertikaikan keputusan mendakwa ketiga-tiga mereka tetapi agak terganggu bagaimana dana projek menaik taraf jalan raya diberikan kepada PERKIM, atas dasar apa? Bukankah Perkim bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan dengan kebajikan umat Islam khususnya saudara baru di negara kita. Adakah kontrak tersebut diberikan kepada Perkim? Jika ya ata

BERASAP KUBUR MEMBELI ZOO?

Imej
Naluri kanak-kanak memang menyukai binatang, sama ada binatang peliharaan mahupun binatang buas seperti yang terdapat di Zoo. Ketika kecil pun saya memang menyukai binatang peliharaan seperti kucing, itik atau anak ayam. Anak-anak saya pula kerana tinggal di taman perumahan, tidak berupaya membela binatang peliharaan selain ikan dalam akuarium namun kecintaan terhadap binatang tidak pernah pudar. Malah percutian yang baru berlalu diisi dengan kunjungan mereka ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang selain ke Taman Rusa dan juga Institut Biodiversiti Bukit Rengit. Bayangkan jika keluarga saya begitu mewah sehingga mampu membeli zoo sendiri. Itulah yang cuba diungkapkan oleh pengarah Cameron Crowe lewat filem yang diadaptasi dari autobiografi tulisan Benjamin Mee berjudul We Bought A Zoo . We Bought A Zoo bertolak dari kisah Benjamin Mee lakonan mantap Matt Damon seorang bapa tunggal selepas kematian isterinya terpaksa membesarkan kedua anaknya, Dyl

BERAMAL CARA MALAYSIA

Imej
Kisah peminta sedekah yang membanjiri negara kita bukan cerita baru.  Kisah peminta sedakah menjadikan Malaysia sebagai ‘hub’ mereka juga bukan cerita baru.  Peminta sedekah ada di mana-mana, pelbagai lokasi sama ada di medan selera bergerak dari meja ke meja atau juga di lampu isyarat bergerak dari kereta ke kereta. Ada juga peminta sedekah dari kalangan yang kurang upaya menjadikan tempat tumpuan awam seperti pasar malam sebagai sumber mencari rezeki mereka.  Saya pernah melihat seorang lelaki yang bergerak menggunakan papan luncur di pasar malam meminta ihsan para pengunjungnya.  Rakyat Malaysia memang pemurah dan tidak banyak karenah dalam menghulurkan derma ikhlas mereka.  Ada juga peminta sedekah dari kalangan yang kurang upaya misalnya yang cacat penglihatan diiring oleh seorang yang menjadi pemandunya.  Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa kumpulan peminta sedekah dari kalangan orang buta yang membawa tisu bergerak dari meja ke meja sebenarnya adalah yang begitu teranc

RINDU TSUNAMI

Saya sengaja memilih tajuk entri ini, bukan kerana sebenarnya merindukan tsunami yang melanda dunia pada 26 Disember 2004, itu tujuh tahun yang lalu.  Tsunami pada 26 Disember 2004 walaupun hanya meragut 68 nyawa di negara kita, tetapi lebih 160,000 penduduk Acheh terkorban akibat letusan tsunami pada tarikh itu. Tsunami pada ketika itu meragut lebih 230,000 nyawa di empat belas negara. Sebenarnya tragedi tsunami yang melanda kebanyakan pantai lautan Hindi adalah kejutan, tidak siapa pernah menduga bahawa tsunami yang melanda mampu menjadikan keadaan begitu tragis.  Pada tahun yang sama, Pilihanraya Umum ke-11 telah berlangsung pada 21 Mac 2004 selepas pembubaran Parlimen pada 4 Mac 2004.  Ironinya pada tahun itu, Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencatatkan kemenangan paling besar sejak 1978. Barisan Nasional memenangi  198 kerusi dan hanya membenarkan 20 kerusi dimenangi pembangkang.  Pilihanraya umum diadakan kurang enam bulan daripad

KEBERTANGGUNGJAWABAN SEBERANG TAMBAK

Minggu lepas sistem pengangkutan awam di Singapura mengalami gangguan teknikal yang agak meruncing, perkhidmatan Singapore Mass Rapit Transport (SMRT) tergendala menyebabkan lebih 127,000 penumpang terkandas dan 4000 penumpang pula terperangkap di dalam trennya. Khabarnya perkhidmatan SMRT kerap mengalami gangguan, menurut rekod pada tahun 2010 terdapat 28 gangguan dan sehingga Oktober tahun ini sebanyak 17 gangguan direkodkan. SMRT yang merupakan nadi pengangkutan kepada warga Singapura adalah semacam ikon kepada reputasi Singapura sebagai antara yang paling efisyen. Namun insiden pada minggu lepas telah mengubah persepsi rakyatnya malah para pemimpinnya tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh SMRT. Prestasi dan gangguan teknikal pada minggu lepas memaksa warga Singapura menilai kembali perkhidmatan efisyen SMRT nya sehingga ada juga suara-suara yang mahukan semua yang terlibat terutama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cik Saw Phaik Hwa, meletakkan jawatannya. Dalam sebuah

CATATAN NOVEMBER

Imej
Saya sengaja memilih untuk tidak mengemaskini laman blog saya sejak sebulan yang lalu. Bukan apa-apa hanya kerana membina satu persepesi pada sesetengah pihak dan juga menggambarkan bahawa saya benar-benar sibuk untuk menjadi blogger sepenuh masa dan ber “GAJI” tetap saban bulan. Hal yang lain pula, saya memang agak sibuk kebelakangan ini, dan rekod yang paling buruk sepanjang saya berblog ialah pada bulan November 2011, hanya DUA entri sahaja – betullah DUA entri sahaja sepanjang bulan November 2011 yang baru sahaja berlalu. Kesibukkan saya memang tidak dapat dielakkan sehingga saya memilih untuk tidak mengemaskini laman blog saya. Selain dari tugas hakiki saya, kesibukan yang lain ialah berhubung dengan sambutan Jubli Emas 50 Tahun PENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia) pimpinan Sdr. Dr. Mohd Saleeh Rahamad. Saya ditugaskan membantu dalam pengumpulan dana bagi menjayakan majlis makan malam bersama YAB Perdana Menteri dan juga bagi aktiviti-aktiviti PENA yang bakal d

TALQIN UNTUK PPSMI ...

Imej
Hari ini, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman penting berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun hal ini telah diumumkan pada Julai 2009, namun terdapat pelbagai usaha untuk menghidupkan semula dasar yang dianggap paling merugikan para pelajar melayu khususnya di luar bandar. Dasar tempang ini yang diperkenalkan ketika mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad di hujung tempoh beliau memerintah Malaysia. Ketika pengumumannya pada tahun 2002 dan kemudiannya dikuatkuasa bermula 2003, dasar tempang ini tetap diteruskan walaupun terdapat pelbagai desakan untuk mengkaji semula pelaksanaannya. Tanyalah mana-mana guru yang mengajarkan subjek Matematik dan Sains tentang pandangan mereka terhadap dasar tempang ini, tentu yang disuarakan ialah soalan mengapa Matematik dan Sains. Kita tidak pasti sama ada telah dibuat kajian mengenainya sebelum dasar tempa

seksualiti merdeka?

Imej
Tiba-tiba sahaja frasa Merdeka yang kita raikan sejak 54 tahun yang lalu, mengalami banyak perbezaan konotosi yang begitu hangat diperdebatkan. Sekitar dua bulan yang lalu, tiba-tiba kita dikejutkan oleh kenyataan sebilangan ahli Majlis Profesor Negara bahawa negara kita tidak pernah dijajah, maknanya sambutan Hari Merdeka yang kita raikan pada 31 Ogos saban tahun sebenarnya adalah hari pesta-pestaan sahaja! Kini frasa Merdeka sekali lagi digunakan dalam konotasi yang agak negatif sifatnya dengan mengaitkan pula dengan hak-hak seksual yang melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Sehingga kini telah ratusan badan-badan bukan Kerajaan yang menentang penganjuran seksualiti merdeka ini sehingga pihak polis mengambil pendekatan untuk mengharamkan semua aktiviti dalam seksualiti merdeka ini. Jika dilihat daripada istilahnya seksualiti merdeka bermakna ‘kebebasan seks’ jika itu yang dimaksudkan dalam konteks ini : “ so seksualiti merdeka means "Sexuality

RENCANA KHAS

Imej
Rencana Khas Sudah Lama Aziz Bari Mendirikan Rumah Di Tepi Pantai UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menggantung tugas Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Abdul Aziz Bari (foto) mulai semalam. Penggantungan itu ekoran siasatan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) terhadap penysrah kanan itu. Aziz Bari disiasat polis ekoran terdapat lima laporan polis berhubung kenyataanya yang dianggap sebagai menyentuh kedudukan sultan Selangor. Salah seorang makhluk yang membuat laporan polis ke atas Aziz Bari ialah seorang senator dari Umno. Mudah-mudahan sempena ulang tahun sultan nanti senator itu akan dikurniakan gelaran Datuk memandangkan jasa-jasa dan bakti besarnya kepada Umno termasuk memburukkan bekas bosnya sendiri dan 'mendolor' bos barunya. Manusia seperti itulah yang mendapat sanjungan Umno. Saya tidak mahu mengulas sebab musabab mengapa siasatan itu dibuat ke atas Aziz Bari dan apakah ianya relevan atau tidak. Umum sudah mengetahuinya serba sed

MALANG STEVE JOBS

Imej
Ketika kecil malah sehingga kini pun saya masih mempercayai jika kita susah, tentu ada orang lain yang lebih susah dari kita, kalau kita miskin, ada lagi insan yang lebih miskin dari kita. Beberapa bulan lalu, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dalam satu ceramahnya mengungkapkan bahawa Mat Indera adalah sebenarnya wira dan bukannya polis-polis di Balai Polis Bukit Kepong seperti yang kita semua maklum selama ini. Tidak salah mempunyai tanggapan dengan bukti yang kukuh bagi menyokong hujah-hujah yang dikemukakan. Tidak lama selepas kenyataannya itu, berduyun-duyun laporan polis dibuat sama ada oleh orang perseorangan mahupun organisasi. Jika Buku Rekod Malaysia mengambil kira laporan polis yang dibuat terhadap kenyataan Mat Sabu, saya yakin nama Timbalan Presiden PAS itu akan terpahat dalam lipatan sejarah sebagai individu yang paling banyak laporan polis dibuat ke atasnya. Walaupun nama Mat Indera yang ditimbulkan oleh Mat Sabu telah dicatat dalam buku Pengukir Nama

ALAHAI PROTON!

Imej
Memang saya menggunakan kereta Proton, sejak daripada model Satria, kereta baru saya yang pertama pada tahun 1995 sehinggalah yang terakhir yang saya miliki iaitu model Savvy pada tahun 2007. Sudah banyak kereta yang saya pernah miliki sama ada kereta tempatan mahupun model luar negara. Sudah menjadi pengetahuan umum, bagaimana rendahnya (baca: teruk) kawalan kualiti kereta-kereta Proton, malah kisah cermin tingkap yang mudah rosak selepas beberapa ketika semacam sudah menjadi bahan lawak kepada pemilik kereta Proton. Saya teringat dalam satu sesi the tarik dengan teman-teman, saya menjadi saksi kepada satu pertaruhan yang akan berlangsung selama 3 bulan. Saya yang terpinga-pinga kemudian bertanyakan apa yang ditaruhkan oleh dua orang kenalan saya itu. Rupanya salah seorang daripada mereka membeli sebuah kereta Proton dari model Iswara dan temannya itu bertaruh berapa lama ketahanan cermin tingkap kereta barunya. Saya tidak dimaklumkan siapakah yang menang pertaruh

KISAH SHIMA

Imej
Saya bukanlah kawan rapatnya sehinggalah saya melaporkan diri pada satu hari di bulan April pada tahun 1995 sebagai seorang petugas di Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Ketika itu, di Sri Pentas, dan sebagai eksekutif muda dalam sebuah stesen televisyen swasta yang ulung di negara ini, yang ketika itu di tahun ke-11 penubuhannya, saya memang amat teruja. Sebagai seorang petugas di sebuah anak syarikat milik penuh TV3, kami semua adalah staf perintis kumpulan kedua (selepas pengurusan utama) yang diamanahkan mengendalikan usaha ‘home shopping’ di negara kita. Pada hari pertama, saya agak kaku dan tidak mempunyai teman, mungkin disebabkan bidang tugas saya sebelum ini yang lebih bersifat memencilkan diri dan obses dengan tugas sebagai pembantu penyelidik di sebuah syarikat swasta sederhana besar. Syarikat baru itu tidak mempunyai ramai petugas pada awalnya, dan ketika itu seorang teman petugas menyapa saya. Selepas itu, saya dan Shima seperti rakan-rakan setugas

BERKIBLATKAN ARTIS?

Seorang teman yang menghadiri majlis pratonton teater muzikal terbaru Tiara Jaqueline, mengakui bahawa dia hampir sahaja berdengkur di atas kerusinya. Walaupun dia peminat tegar teater melayu namun menonton lambakan teater muzikal di Istana Budaya bukanlah prioritinya. Malah katanya jika itulah persembahan yang kononnya bertaraf antarabangsa, nyatalah Tiara selaku penerbit telah kena ‘kencing’ dengan pengarah dari Barat itu. Mungkin selepas ini Tiara harus belajar menghargai bakat dan keupayaan pengarah tempatan. Apa tidaknya, jika majlis pratonton yang lazimnya dihadiri oleh para wartawan media dihentikan hanya selepas lebih sedikit dari satu jam, dan diakhiri dengan permohonan maaf oleh pengarahnya kerana beberapa masalah teknikal, saya agak tergamam dan sukar mempercayainya sebagai buah tangan seorang pengarah yang didatangkan dari West End bagi menghasilkan teater muzikal ala Broadway! Seorang teman melawak bahawa anak-anak muda dari Stor Teater DBP mampu melakukan leb

SELAMAT JALAN STEVE, BERSEMADILAH DENGAN AMAN ..

Imej
Memang saya bukan pengguna produk Apple yang tegar, betul memang bukan. Sebabnya mudah ketika saya berura-ura mahu memiliki komputer peribadi sendiri, hasrat saya hanya satu – untuk melampiaskan nafsu terhadap kegilaan permainan komputer, itu sahaja!. Ketika saya mula memiliki komputer peribadi sekitar awal 90an, dianggap agak mewah, memang pada bulan-bulan awal, saya teruja bermain permainan komputer di dalam bilik saya tanpa perlu ke arkid video ketika itu, yang menghidangkan permainan kuda. Tetapi permainan komputer saya memang tidak mempunyai unsur-unsur perjudian sama ada secara langsung mahupun tidak. Saya menjadi lebih cekap menggunakan komputer dengan pelbagai permainan, misalnya The Prince of Persia . Tetapi minat saya merudum apabila saya terjaga pada tengah malam, dan kembali muhasabah diri saya, membeli komputer peribadi semahal itu hanya untuk bermain permainan komputer! Pada waktu itu, ketika dalam lebih kurang pukul dua pagi, saya termenung untuk beberapa ketika apa

BAJET RAKYAT ATAU BAJET PRU?

Kurang seminggu Perdana Menteri akan membentangkan BAJET 2012. Pedulilah apa yang akan dikatakan pakar ekonomi seusai pembentangan itu nanti. Menjelang PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sama ada pada penghujung tahun ini mahupun pada suku pertama pada 2012 nanti, bajet 2012 akan sentiasa dilabel sebagai bajet PRU terutama oleh pembangkang. Penjawat awam seramai 1.3 juta orang dikhabarkan akan mendapat imbuhan yang lumayan. Di samping kenaikan gaji sehingga 40%, Kerajaan juga khabarnya juga menimbangkan pemberian bonus mencecah dua bulan. Kalau itu menjadi kenyataan, CEUPACS mempunyai tugas berat memastikan penjawat awam memberikan sokongan padu pada usaha Kerajaan khususnya dalam melaksanakan aspek transformasi. Selain menuntut kenaikan gaji dan bonus, CUEPACS juga berharap Kerajaan akan menimbang semula meningkatkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Sistem Saraan Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2002 juga khabarnya d

SEPTEMBER SEBELAS SELEPAS SEDEKAD

Imej
Ketika saya merangka tulisan bagi entri ini, bahang September Sebelas begitu terasa, selepas sedekad peristiwa yang khabarnya didalangi oleh Osama Ben Laden, perbahasan mengenainya masih seperti peristiwa itu baru sahaja berlalu. Sejak peristiwa tersebut persepsi warga Barat terhadap umat Islam menjadi begitu celaru. Dalam serangan tersebut lebih 3000 mangsa terkorban, malah bandaraya New York dan kawasan sekitarnya dianggap selamat menjadi kosong dengan tumbangnya dua bangunan kembar yang menjadi mercu di bandaraya tersebut. Osama Ben Laden menerima tuduhan mendalangi namun menafikannya sehinggalah pada tahun 2004. Sejak itu, Amerika berusaha menjejaki Osama, namun tidak berhasil sehinggalah beberapa bulan sebelum mencapai usia sedekad peristiwa tersebut. Walaupun khabarnya Osama Ben Laden telah ditewaskan pada Mei 2011, namun pelbagai pihak masih meragui kesahihan bahawa Osama telah terbunuh. Stigma Barat terhadap umat Islam terus dilabel sebagai pengganas, malah ada juga insiden

DARI ATHEIST KE ISLAM – PERJALANAN SPIRITUAL

Imej
Lahir dan membesar sebagai seorang tanpa agama atau Atheist sehingga mencapai usia 21 tahun, tidak menghalang G. Willow Wilson untuk memeluk dan menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. Segalanya bermula dari doanya supaya penyakitnya disembuhkan dalam masa tiga hari, namun ianya tidak menjadi kenyataan. Tetapi seperti telah ditakdirkan bahawa Willow Wilson yang mentatu bahagian bawah badannya dengan frasa Al-Haq yang bermaksud kebenaran, akhirnya memeluk Islam di awan biru dalam perjalanan ke Mesir untuk menjadi pengajar di Sekolah Bahasa. Kembara Willow Wilson ke Mesir menemukan cintanya kepada Omar, kenalan sahabat karibnya, Ben. Kisah dia memeluk Islam tidak diketahui oleh Omar sehingga dia melafazkan cinta kepada pemuda Mesir yang berjaya menambat hatinya. Jo, rakan serumahnya yang mengikuti kembaranya sebagai satu eskapism juga tidak menyedari Islamnya sehingga dia membuat pengakuan. Kisah wanita muda ini diungkap begitu indah dalam ‘The Butterfly Mosques’ oleh

NORAMFAIZUL, ANDALAH HERO SEBENARNYA …

Ketentuan Ilahi tiada siapa dapat menyanggahnya. Ajal, maut, rezeki dan jodoh adalah ketentuanNYA juga. Begitu juga, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang meninggal dunia ketika menjalankan misi negara bersama Kelab Putera 1Malaysia. Allahyarham yang menyertai Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia & Bakti di Somalia bersama lebih 50 petugas di Mogadishu, Somalia. Misi Kemanusiaan pimpinan Datuk Abdul Azeez Rahim, Presiden Kelab Putera 1Malaysia yang berlepas pada 28 Ogos yang lalu dan dijangka pulang pada 8 September terpaksa memendekkan misi mereka ekoran kejadian yang tidak diingini pada anggota misi. Allahyarham Noramfaizul dikhabarkan terkena tembakan curi yang menyasarkan trak tentera Kesatuan Afrika. Misi kemanusiaan yang sebenarnya ingin membantu rakyat Somalia yang tersepit akibat kebuluran, penyakit dan pelbagai masalah kesihatan akhirnya terpaksa akur dengan pergolakan dalaman di Somalia. Semoga insiden yang mengorbankan All

MENGENANG DATUK HASSAN AHMAD

Imej
Kali terakhir saya menemui beliau ialah ketika menghadiri Majlis Bahasa anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di mana beliau menyampaikan ceramah kepada penjawat awam Negeri Sembilan. Itu kira-kira dua minggu sebelum ketibaan Ramadan. Seusai majlis ceramahnya saya sempat menghantar hingga ke kereta sambil menitipkan pesanan yang selalu saya ulang ketika bersama beliau. Sejak tahun 2005, sewaktu syarikat yang saya terajui diberi amanah untuk menjadi pengedar buku-buku terbitan Yayasan Karyawan di mana Allahyarham Datuk Hassan Ahmad menjadi penerajunya, saya sentiasa berusaha memenuhi sesi mengadap pada setiap hari Khamis. Seingat saya sesi ini tidak berlangsung hanya jika saya mempunyai mesyuarat rasmi yang tidak dapat dielakkan atau Datuk Hassan berada di luar Kuala Lumpur kerana urusan rasminya. Sesi mengadap setiap Khamis adalah sesi yang sering saya hadiri di pejabat beliau hanya untuk berbual mengenai pelbagai perkara oleh Allahyarham. Kali terakhir sesi i