MENGEJUTKAN HARIMAU BAHASA YANG TERLELAP!


Salah satu agensi yang penting dan termaktub di dalam perlembagaan negara adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Ini kerana peranan DBP mecakupi tanggungjawab dan mandat yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini.

Kedudukan Bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mestilah digunakan untuk maksud urusan rasmi.

Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan  pada tarikh 22 Jun 1956, selain daripada memartabatkan Bahasa Melayu disamping bertujuan mengembangkan Bahasa Melayu.  Dewan Bahasa dan Pustaka menggariskan Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia sebagai visi mereka. 

Namun akhir-akhir ini sejak sedekad yang lalu, DBP menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mereka memartabatkan Bahasa Melayu.  Pada awal 2009, terdapat bantahan secara besar-besaran yang membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).  Tindakan bantahan ini akhirnya menyebabkan kerajaan mengkaji semula pelaksanaannya.  PPSMI diperkenalkan oleh kerajaan pada Julai 2002.

Mengambilkira bantahan terhadap PPSMI, ianya dimansuhkan pada  Julai 2009.  Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan dan memaklumkan subjek Matematik dan Sains akan diajar dalam bahasa ibunda. 

Sejak sedekad yang lalu, DBP yang sepatutnya menjadi ‘harimau bahasa’ seolah-olah tidak bermaya, malah saya sendiri pernah melabelkan DBP sebagai pesakit barah tahap empat dalam sebuah forum awam yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah DBP, allahyarham Datuk Dr. Hassan Ahmad.

Namun tujuan saya melabel sedemikian adalah sangat jelas dan tidak berhasrat menyinggung pihak DBP.

DBP perlu dirombak secara besar-besaran, aspek pemasaran perlu diperhebatkan dan penggunaan teknologi maklumat patutlah dimanfaatkan.  Ini hanya sebahagian yang perlu kita gerakkan untuk memperkasa DBP.

Jom hadir beramai-ramai ke forum Memperkasa DBP Menuju Malaysia Baru yang bakal berlangsung di Dewan Banquet DBP pada malam esok, 10 Julai 2018 bermula jam 8 malam.  Antara panelnya adalah Dinsman, Hishamuddin Rais dan Eddin Khoo.  Daripada bercakap itu dan ini, mungkin kehadiran kita semua dan menyumbangkan buah fikiran mampu melonjak DBP untuk lebih proaktif agar Bahasa Melayu lebih diyakini dan dihormati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?