ADA APA DENGAN TANDA PUTERA?

Menjelang tayangan umum filem yang telah diperap begitu lama dengan penangguhan tayangan umumnya beberapa kali, Tanda Putera yang bakal menemui penonton esok, khabarnya bakal disekat tayangannya di Pulau Pinang.

Tentulah amat malang, jika kerajaan Negeri di bawah DAP mengambil langkah drastik untuk menghalang tayangan umum ini.  Apa tidaknya, rakyat Pulau Pinang tentulah seperti peminat filem di seluruh negara begitu ghairah untuk menunggu tayangan ini, apatah lagi menjelang sambutan kemerdekaan negara pada hujung minggu ini.

Selepas melalui beberapa kali penangguhan tayangan umumnya, kini selepas diberikan tarikh, ada pula tangan-tangan lain yang menggunakan kuasa untuk menghalangnya.

Sama ada Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa atau tidak untuk menghalang tayangannya, namun persoalan yang lebih besar apakah rasional untuk menghalang tayangan ini.

Seperti Menteri Nazri dan Perdana Menteri yang mempunyai hak dan perogratif untuk melantik siapa sahaja untuk membantu mereka, mungkin kerajaan negeri juga mempunyai perogratif yang sama, apatah lagi jika terdapat adegan ‘sensitif’ yang diragui kesahihannya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng dari DAP tentulah mengambil tindakan berhati-hati untuk menghalang insiden yang tidak diingini ekoran babak yang dianggap boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada keharmonian kaum di negeri itu.

Membenarkan filem seperti Tanda Putera dalam kemelut keharmonian kaum seperti sekarang atas nama sambutan kemerdekaan juga kelihatan tidak sesuai dengan adegan yang memaparkan “seorang pemuda Cina, kencing di tiang bendera di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris”. 

Apatah lagi filem yang dihasilkan berdasarkan ‘fakta’ kini dilabel semula sebagai ‘fiksyen’ dan adegan kontroversi yang dimuatkan hanyalah ‘rekaan’ pengarahnya mungkin atas dasar menggembirakan ‘pembiaya’ dan badut politik mereka.

Tindakan tegas kerajaan Pulau Pinang walaupun telah dilabel sebagai ‘berfikiran sempit’ oleh Menteri yang dikhabarkan berura-ura untuk memperkenalkan undang-undang berhubung dengan Jalur Gemilang, namun ada asasnya  untuk diperhalusi.

Bila Kerajaan Pulau Pinang memperkenal sesuatu yang baru iaitu ‘menghalang’ tayangan umum filem Tanda Putera ini, Menteri Komunikasi & Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek menyelar tindakan ini.

"Saya akan kaji kerana masih terlalu awal. Dia (kerajaan negeri) tak faham, kerja mengharamkan (ban) dibuat oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan khusus untuk filem yang tak sesuai seperti lucah dan sebagainya dan juga Lembaga Penapisan Filem. 

"Tak pernah kerajaan negeri (haramkan filem). Ini gambaran fikiran sempit dan mula nak buat budaya mengharamkan (ban) ini melebihi tahap tak sepatutnya,".


Katalah apa sahaja, Pak Menteri, tentulah dipertikaikan juga apa rasional pengharaman filem The New Village yang telahpun diluluskan LPF dan kemudiannya disekat tayangannya kerana dikhabarkan sebagai mengagungkan ‘budaya komunis’.


Dengan tanggapan cetek seperti ini, maka tayangan filem The New Village juga disekat tayangannya, maka apa bezanya yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang menyekat tayangan umum Tanda Putera dan yang dilakukan oleh Kerajaan terhadap filem The New Village? 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sapa yg perkenalkan budaya sekat ni jika tgidak ameno bee end..
Tanpa Nama berkata…
jom tngk hARI ini..
yop tualang berkata…
mari kita tonton TP ramai-ramai, filem kita wajah kita..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU