APA RAHSIA ANDA, STEVE?
Dua
tahun lepas pada tarikh ini, pengasas syarikat yang paling berpengaruh di dunia
Apple meninggal dunia pada usia 56 tahun kerana barah. Steve Jobs akan sentiasa dikenang sebagai
seorang teknorat dan usahawan yang cukup berjaya. Malah pekerjaan mendiang Steve Jobs dicatat
sebagai seorang ‘usahawan’ dalam sijil kematiannya.
Kisah
mengenai Apple sebagai sebuah syarikat tidak banyak yang diketahui umum kerana
etika kerahsiaan yang tinggi diamalkan oleh mereka. Apatah lagi apabila menghasil sesuatu peranti
yang baru.
Dalam
buku Inside Apple: How America’s Most
Admired and Secretive Company Really Works, yang ditulis oleh Adam
Lashinsky, bagaimana Apple mencapai kejayaannya cuba dirungkai. Lashinsky adalah Editor majalah Fortune yang
cukup invistigatif.
Sungguhpun
diakui diakhir bukunya, bahawa penghasilan buku tersebut tidak mendapat
kerjasama sewajarnya daripada Apple sendiri, namun kisah kejayaan Apple banyak
digarap daripada bekas kakitangan Apple yang meninggalkan syarikat tersebut
serta pembekal dan rakan projek mereka.
Steve
Jobs yang mengasaskan Apple terpaksa melepaskan untuk dikendalikan oleh orang
lain sebelum kembali semula menerajui syarikat tersebut dalam tahun 1997. Buku ini menyelusuri pembabitan Steve Jobs
sebagai peneraju Apple dari tahun 1997 sehingga dia melepaskan jawatannya beberapa
minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Kejayaan
Apple sentiasa diingati di bawah kendalian Steve Jobs. Apa tidaknya, di ambang kebankrapan, Steve
Jobs menjadi Ketua Pegawai Eksekutifnya dan berjaya mengembalikan kegemilangan
Apple pada tahun 1998.
Sejak
kembali ke Apple, ia terus menghasil produk-produk ikon yang menjadi ingatan
para penggemar gadjet. Siapa yang boleh
melupakan iMac, iPod, iTunes, iPhone
dan iPad di samping pelbagai khidmat
nilai tambah seperti Pusat Peruncitan Apple, Stor iTune dan Apps Store.
Steve
Jobs memulakan fasa kedua kehadirannya di Apple dengan memperkenalkan iMac diikuti dengan iPod, iPhone dan iPad.
Namun
operasi dan pengendali Apple sentiasa menjadi kerahsiaan bukan sahaja kepada
pesaing, pembekal malah kepada kakitangan mereka sendiri. Rahsia kejayaan Apple yang diselongkar oleh
Adam Lashinsky lewat buku ini adalah bagaimana Apple di bawah kendalian Steve
Jobs sangat mengutamakan rekabentuk yang estetik.
Anehnya
di Apple, aspek pulangan tidak pernah menjadi keutamaan malah kaedah penetapan
harga juga adalah sangat teliti. Mantra
di Apple adalah ‘ciptalah apa yang anda suka dan pulangannya akan datang dengan
sendirinya’.
Buku
Inside Apple: How America’s Most Admired
and Secretive Company Really Works, menyingkap belakang tabir operasi Apple
penuh kerahsiaan dan disiplin kerja yang tinggi.
Adam
Lashinsky menggariskan 10 pelajaran yang boleh dikutip daripada sebuah
organisasi seperti Apple dalam bukunya.
Rekabentuk,
kerahsiaan, dan menghargai kepakaran kakitanganya adalah antara yang menjadi
intipati kejayaan Apple. Selepas dua
tahun Steve Jobs meninggal, masih banyak rahsia bagaimana Apple menjadi sebuah
syarikat yang begitu berjaya belum terungkai.
Apa
rahsia anda, Steve?
Ulasan