ANJING, SELEPAS INI BABI PULA!

Pedulilah jika mengatakan saya kolot, tidak cukup liberal atau terlampau ekstrim.  Saya tidak perlu penilaian sesiapa untuk mengatakan atau membezakan perlakuan salah dan betul.

Hujung minggu semalam kecoh mengenai program ‘I Want To Touch A Dog’ (IWTTAD).  Kecohnya kerana ia melibatkan umat Islam.  Malah penganjur mendabik dada mengatakan bahawa program tersebut berjaya menarik minat umat Islam.

Sejak kecil persekitaran saya di kelilingi anjing, malah jiran-jiran dan teman-teman berbangsa Cina saya kesemuanya memelihara anjing.  Namun, sebagai rakan yang mempunyai jiran dan teman beragama Islam, mereka sangat peka dan faham bahawa umat Islam tidak mendekati dan memegang anjing.

Program IWTTAD yang dianjurkan hujung minggu lalu khabarnya bertujuan untuk mendidik umat Islam untuk mencintai dan menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan.  Ia juga untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih peka dengan makhluk berbulu dan berkaki empat itu dan juga untuk mendidik orang ramai tentang bagaimana untuk mengamalkan’sertu’ (pembersihan).

Bunyinya memanglah sedap, malah jika benar perkhabaran yang dilaporkan, bahawa acara IWTTAD mendapat kebenaran pihak berkuasa agama negeri, malah seorang ustaz hadir memberikan ceramah mengenai menyentuh anjing dalam Islam.

Sejak dahulu lagi saya dan rakan-rakan telah tahu bahawa anjing adalah tidak boleh disentuh tanpa ada keperluan yang mendesak.  Ironinya, penganjur IWTTAD adalah orang Islam yang seharusnya tahu batas-batas perlakuan berhubung dengan anjing.

Memang sepatutnya, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiasat secara terperinci penganjur acara IWTTAD, ini kerana tujuan penganjuran seperti yang digariskan amat mengelirukan.  Adakah penganjur sebenarnya cuba menghina institusi raja-raja Islam dengan mempersendakan umat Islam khususnya umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada mazhab Syafie.

Sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam agama rasmi tindakan penganjur membenarkan umat Islam menyentuh anjing adalah sesuatu yang biadap serta tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Saya tidak nampak apa relevannya acara IWTTAD dan umat Islam selain  bentuk kekeliruan yang dicambah oleh penganjurnya.

Malah dikhabarkan pula seorang wanita bekas guru agama yang mendapat izin suaminya seorang ustaz untuk hadir ke acara IWTTAD tersebut untuk ‘mengelus-ngelus’ anjing peliharaan.

Memanglah umat Islam disarankan mengasihi bukan sahaja sesama manusia tetapi juga terhadap mahkluk Allah SWT yang lain termasuk anjing.  Namun begitu anjing dikelaskan sebagai najis mughallazah yakni najis berat dalam mazhab Syafie.

Adakah penganjur atau pihak-pihak yang membenarkan penganjurannya sebagai ‘buta agama’ atau menghalalkan cara dengan meletakkan objektif yang muluk-muluk untuk mengaibkan dan memperlekehkan umat Islam, raja-raja Islam dan para pemimpin Islam di negara kita.

Mungkin selepas acara anjing, penganjur bolehlah pula menganjurkan acara menyentuh babi dan menjemput mereka yang telah hadir acara menyentuh anjing sebagai VIP pula, mungkin selepas itu, penganjur boleh membuat acara yang serentak di bandar utama di negara kita.


Jika ini menjadi realiti, penganjur berjaya memBABIkan pihak-pihak yang memberikan kebenaran atas nama ‘mendidik umat Islam mengasihi haiwan dan mempelajari kaedah ‘sertu’!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mmg patut disiast sehingga ke akar umbi..
SIS berkata…
tunggula bala apa pulak yang akan menimpa Malaysia...yg haram dah dihalalkan...hanya dgn alasan 'sayangkan binatang' kita diperkotak-katikkan..lemahnya iman..sedih bila tgk ada ibu2 yg mengajar anak2 kecil pegang najis berat ni..kata nak ajar 'sertu'..tak de pulak demonstrasi bagaimana nak samak lepas pegang anjing..mmg kita mudah ditipu..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU