SELAMAT TINGGAL INCHEON, SELAMAT DATANG JAKARTA!
Apa
yang telah terjadi dengan kontinjen negara di Sukan Asia edisi ke-17 di
Incheon, Korea. Kontinjen negara seramai
277 orang diketuai oleh Chef De-Mission, Datuk Danyal Balagopal Abdullah. Sukan Asia Incheon 2014 melabuhkan tirainya
pada Sabtu lepas.
Malaysia
meletakkan sasaran 8 pingat emas berbanding 9 yang dimenangi ketika edisi di
Guongzhou pada tahun 2010. Pada edisi
tahun 2010 yang diadakan pada 12-29 November 2010, kutipan pingat Malaysia
adalah 9 emas, 18 perak dan 14 gangsa.
Jika
dilihat di atas kertas, kelihatannya kontinjen Malaysia gagal mencapai sasaran
yang ditetapkan. Namun lain pula
tanggapan Chef De-Mission yang menganggapnya sebagai ‘tidak gagal’.
Kontinjen
negara menduduki tangga ke-14 daripada 37 buah negara yang meraih pingat
walaupun 45 buah negara yang bertanding dalam sukan terbesar peringkat Asia
yang diadakan setiap empat tahun.
Malaysia
mengakhiri saingan di Sukan Asia Incheon 2014 dengan kutipan 6 pingat emas 14
perak dan 14 gangsa. Walaupun begitu, sebuah pingat emas telah ditarik balik
apabila atlet Wushu gagal ujian doping yang dikesan terdapat kehadiran bahan
terlarang.
Mana
silapnya atlet negara sehingga bukan sahaja gagal mencapai sasaran namun
prestasi lebih teruk berbanding edisi sebelum ini.
Jika
dibandingkan dengan edisi ke-16 di Guongzhou pada tahun 2010, kebanyakan emas
yang dimenangi adalah daripada jenis sukan yang sama. Emas dimenangi oleh sukan skuasy, pelayaran
dan karate. Pada edisi yang lepas sukan
dimenangi oleh sukan boling, basikal, karate, skuasy dan wushu. Malangnya kemenagan sukan wushu pada kali ini
telah ditarik balik.
Memang
tidak dapat dinafikan Sukan Asia yang disertai oleh 45 buah negara adalah
begitu berprestij. Bayangkan
negara-negara jiran yang lain misalnya, Singapura, Indonesia, dan Thailand yang
masing-masing memenangi 5, 4 dan 12 pingat emas.
Selain
daripada prestasi hambar, Sukan Asia Incheon juga meninggalkan kenangan pahit
apabila emas pertama negara yang dimenengi atlet wushu ditarik balik. Selain itu khabarnya, pasukan sepak takraw
negara bertanding tanpa kehadiran pengurus mereka yang tidak muncul di
Incheon. Sepak takraw hanya menyumbang
dua pingat gangsa berbanding dua pingat perak pada edisi sebelumnya.
Ironinya,
Indonesia yang bakal menjadi tuan rumah pada edisi berikutnya pada tahun 2018
berada di kedudukan nombor 17 di belakang Malaysia yang berada pada tangga
ke-14. Adakah Malaysia mampu menyaingi Indonesia pada 2018 adalah sesuatu yang
menarik kerana sebagai tuan rumah tentulah mereka mempunyai keutamaan untuk
memilih sukan-sukan yang dipertandingkan.
Keseluruhan
pungutan pingat oleh kontinjen negara juga merosot teruk iaitu hanya 33 pingat
berbanding 41 pingat pada edisi di Guongzhou 2010.
Adakah
memang atlet negara masih belum berkemampuan untuk bersaing di peringkat Asia
atau adakah kerana kita tidak bernasib baik.
Kemampuan atlet negara tidaklah begitu teruk kerana kita masih menyaingi
negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.
Mungkin
kita tidak bernasib baik kerana masalah teknikal seperti yang dialami oleh
pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dan ratu wushu. Malah sukan seperti boling dan menembak hanya
tewas tipis kepada saingan masing-masing.
Walauapapun,
sesuatu perlu dilakukan oleh atlet negara, persatuan sukan dan para pemimpin
mereka kerana memang jelas prestasi atlet di sukan peringkat rantau dan
antarabangsa masih belum boleh dibanggakan.
Dengan
perbelanjaan besar yang diberikan kepada atlet, tentulah rakyat Malaysia
mengharapkan prestasi para atlet meningkat dari satu pertandingan ke
pertandingan yang berikutnya.
Selamat
tinggal Incheon, Selamat Datang Jakarta 2018!
Ulasan