DOPING, APA LAGI YANG TINGGAL?
Bayangkan
seorang atlet negara dengan penuh semangat membawa misi negara. Berhempas pulas untuk membuktikan prestasi
bagi memastikan diri terpilih demi kecintaan terhadap sukan yang diceburi.
Lazimnya
atlet di Malaysia bernaung di bawah persatuan yang mewakili sukan yang mereka
ceburi. Persatuan-persatuan sukan ini
pula dikendalikan secara professional, sistematik dan terarah.
Malah latihan dan pemakanan serta regim
latihan yang sistematik ini pula mendapat sokongan daripada badan-badan lain
misalnya Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan pelbagai agensi lain yang beusaha
memastikan atlet-atlet negara mampu memberikan persembahan terbaik dan
mengharumkan nama negara.
Atlet
muda penuh bersemangat seperti Tai Cheau Xuen yang memenagi pingat emas pertama
negara dalam Sukan Asia edisi ke-17 kini telah sah ditarik balik pingat
emasnya. Ujian air kencing dikesan
mengandungi bahan terlarang Sibutramine.
Anehnya, tentulah
senarai bahan-bahan terlarang sentiasa diketahui dan dikemaskini dari masa ke
semasa oleh pihak berkenaan. Adakah para
atlet kita diberikan maklumat jelas mengenai apa yang boleh diambil dan yang
patut dielakkan.
Dalam kes atlet
sukan wushu negara, khabarnya kehadiran bahan terlarang tersebut adalah
daripada bahan yang diambil atlet muda ini bagi mengekang berat badannya.
Atlet seperti Tai
Cheau Xuen tentulah mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai bahan-bahan yang
dilarang namun dia tentulah tidak sedar mengenai kehadiran ubat pelangsing yang
diambil dan dibeli secara terbuka mengandungi bahan larangan seperti
Sibutramine.
Bukankah menjadi
tanggungjawab jurulatih, persatuan dan pihak-pihak yang terbabit dalam
pembangunan atlet negara bertanggungjawab secara langsung dalam memastikan
bahawa atlet negara terhindar daripada pengambilan bahan-bahan terlarang bukan
sahaja dalam gelanggang, ketika menyertai sesuatu pertandingan malah apa yang
diambil di luar gelanggang.
Ironinya, seorang
lagi atlet dari Kemboja gagal dalam ujian doping dengan kehadiran bahan
terlarang yang sama seperti atlet negara.
Adakah pihak-pihak seperti Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara
dan persatuan wushu akan berusaha menjejaki bahan yang diambil oleh Tai Cheau
Xuen, di mana ianya diperolehi atau dibeli supaya ianya boleh diambil tindakan
sewajarnya terhadap penjual dan pengedarnya.
Tentulah tidak adil
dan menyedihkan apabila seorang atlet muda yang berpotensi terjebak dengan
kegagalan dalam ujian doping kerana bahan yang diambilnya secara tidak sedar.
Harapannya biaralah
kes atlet muda Tai Cheau Xuen menjadi atlet terakhir negara yang gagal ujian
doping dalam sebuah acara sukan.
Adakah pihak MSN,
ISN dan persatuan-persatuan sukan perlu melaksanakan ujian doping sebelum
seseorang atlet terpilih untuk disenarai pendek dalam latihan pusat menjelang
sukan-sukan bertaraf antarabangsa khususnya yang melibatkan acara di luar
negara.
Mungkin juga
pihak-pihak terbabit harus memikirkan mekanisme membentuk kesedaran di kalangan
atlet negara untuk sentiasa merujuk kepada pakar perubatan terhadap sebarang
bahan-bahan ubatan yang digunakan mereka hatta ianya hanya vitamin dan makanan
tambahan.
Kepada Menteri Belia
dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin ini tentulah tamparan kepada usaha Malaysia
melahirkan atlet bertaraf dunia. Tiada
gunanya menyalahkan pihak penganjur atau mencari kesalahan teknikal, ujian
doping boleh dilakukan semula oleh pihak kita sendiri dalam negara jika
benar-benar yakin jika kita merasakan teraniya.
Yang lebih baik
adalah mendidik atlet negara tentang implikasi doping terhadap diri mereka dan
imej negara di mata dunia.
Ulasan