BAJET POTONG POKOK


Antara frasa yang paling kerap saya dengar ketika bersama golongan budayawan adalah ‘bajet potong pokok’ lebih besar daripada bajet program kebudayaan.  Ini sudah menjadi salah satu bahan lawak yang mneyeronokkan.  Apa tidaknya, sering kali dikhabarkan bajet potong pokok ada tetapi bajet kebudayaan bagi memanusiakan sebuah bangsa perlu ditagih seperti meminta sedekah.

Ketika saya ingin mencari ‘pemotong’ pokok di halaman rumah saya, merujuk kepada kertas iklan yang dimasukkan  dalam peti surat saya pun menghubungi seorang yang menawarkan perkhidmatan ‘memotong pokok’ malangnya selepas beberapa ketika selepas sesat sehingga ke Hulu Kelang dan Ampang, akhirnya muncul di rumah saya.

Si pemotong pokok berbangsa melayu dengan temannya dengan angkuhnya memaklumkan bahawa kos pemotongan pokok ialah RM300.00, satu jumlah yang agak besar bagi sebuah tugas yang saya anggap mudah dan dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit sahaja.  Selepas tidak mencapai persetujuan tentang harga perkhidmatan yang agak munasabah, saya terpaksa mengucapkan terima kasih dengan senyum yang kelat.

Ada dua kemungkinan yang mungkin menyebabkan mereka meletakkan harga yang agak ‘melampau’, kemungkinan pertama ialah kerana melihatkan lokasi rumah dan juga kerana beranggapan saya tidak mungkin mendapatkan khidmat orang lain selain mereka.

Memang menjadi rutin bulanan saya memotong rumput di halaman rumah saya yang dilakukan oleh warga Bangladesh dengan harga yang agak munasabah dengan keluasan halaman saya.  Saya sengaja bertanyakan kepada si pemotong rumput dan harga yang ditawarkan hanyalah 15% daripada harga yang dinyatakan oleh si pemotong warga tempatan, maka saya pun membuat temujanji yang baru dengan si pemotong rumput warga Bangladesh bagi memotong pokok kepada paras ketinggian yang saya mahukan.

Ketika kita seperti kehilangan arah dalam mengurus kebanjiran warga asing di negara kita, malah ada pula pihak-pihak yang ‘suka-suka’ menuduh bahawa warga asing banyak mengambil peluang pekerjaan yang boleh dilakukan oleh warga tempatan, contoh si pemotong pokok warga tempatan  (yang sepatutnya beradab sebagai orang berniaga) yang angkuh dengan harga khidmat yang tidak masuk akal adalah contoh bagaimana orang seperti anda dan saya yang tidak mempunyai pilihan tetapi menggunakan khidmat warga asing yang lebih munasabah!

Adakah kita benar-benar bersedia bagi mengurangkan tenaga kerja daripada kalangan warga asing, malah ketika isu pembantu rumah menjadi hangat dengan ‘harga’ yang tidak munasabah bagi keluarga sederhana seperti saya, ramai di antara kita melahirkan kebimbangan tentang bagaimana nasib ibu bapa yang mempunyai anak kecil seperti saya.

Mungkin langkah kerajaan untuk mengambilalih peranan orang tengah yang seolah-olah ‘memperdagangkan’ tenaga kerja ini adalah sesuatu yang wajar memandangkan keperluan pembantu rumah dalam sebuah negara seperti negara kita amat mendesak.

Ulasan

siti berkata…
sbb tu sy jarang mnggunakan prkhidmatan oleh org melayu sbb tau nak 'pancung ' aje..
SIS berkata…
itulah juga yg akan menjadikan kita merempat dinegara sendiri..sedangkan warga asing kaya-raya dan mengaku Malaysia buka rezeki utk mereka...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?