KALAU YANG LAIN PUN AKAN SEPERTI KPJ, ANDA ADA MASALAH?
Kecoh
mengenai pelakon Rozita Che Wan yang bakal melahirkan anak, dan lebih kecoh
apabila rangkaian hospital terbesar di negara kita, Kumpulan Perubatan Johor
(KPJ) dikhabarkan bakal menaja kos bersalin pelakon tersebut.
Ironinya,
kumpulan NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor mempertikaikan
keputusan Hospital Ampang Puteri untuk menaja kos bersalin kepada pelakon
tersebut.
Saya
tidak nampak apa masalahnya, sebuah kumpulan rangkaian hospital yang cukup gah
menaja seorang artis yang juga seorang ibu.
Ini bukanlah soal artis tersebut mampu atau tidak. Ini bukanlah soalnya terdapat lebih ramai
lagi golongan yang lebih memerlukan.
Nampaknya,
SAMM dengan suara anak muda gagal memahami aspek niaga yang cuba dipelopori oleh
KPJ. Bukannya bermakna dengan menaja Che
Ta, KPJ telah mengabaikan golongan yang lebih memerlukan. Sebagai sebuah syarikat korporat apatah lagi
dimiliki oleh sebuah kerajaan negeri, tentulah KPJ sentiasa melaksanakan
tanggungjawab korporatnya.
Lagipun
daripada aspek perniagaan, KPJ sebenarnya tidak memerlukan untuk mengeluarkan
sebarang bentuk tajaan dalam bentuk wang nyata (real money), ianya hanyalah perkhidmatan sedia ada yang dijalankan
oleh mereka.
Dengan
menaja selebriti seperti Che Ta, yang mempunyai ribuan peminat, bukankah ini
akan memberikan pulangan tidak langsung untuk menambahkan potensi peminatnya
menggunakan khidmat di KPJ.
Jika
dilihat daripada sudut kesihatan pula, Che Ta sebagai wanita yang telah
melepasi umur zon selamat untuk melahirkan anak sebenarnya adalah lebih
berisiko kepada KPJ, namun sebagai sebuah entiti yang menawarkan khidmat
kesihatan dan perubatan, langkah KPJ menaja Che Ta dilihat sebagai satu cabaran
kepada KPJ untuk menambah profil kejayaannya.
Sepatutnya
mereka-mereka yang mempertikaikan langkah KPJ untuk menaja Che Ta, sepatutnya
melihat daripada semua sudut sebelum meminta KPJ untuk menimbang semula tajaan
mereka atau meminta Che Ta menolak tajaan tersebut dengan alasan ‘ia lebih mulia’.
Bukankah
dengan mengiklan, sesebuah entiti perniagaan akan meningkatkan hasil dan
pulangannya, saya percaya KPJ sebenarnya lebih bijak. Dengan tidak perlu mengeluarkan barang sesen
pun duit secara nyata, ia telah berjaya membina potensi perniagaan yang lebih
besar di masa hadapan.
Kepada
SAMM atau mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan tajaan oleh KPJ
sepatutnya lebih peka menegur agensi-agensi kerajaan yang menggunakan duit
rakyat untuk mengiklan ucapan terima kasih dan tahniah kepada para Menteri yang
menjalankan tugasnya merasmikan sesuatu, bukanlah menyibuk kepada urusan entiti
perniagaan dan swasta yang sibuk menaja untuk meningkatkan jualan mereka.
Dengan
meluaskan perniagaan mereka, dengan mengiklan dan melakukan pemasaran, KPJ
bakal menyumbang lebih banyak cukai dan zakat, malah juga akan melebarkan sayap
dana tanggungjawab sosialnya.
SAMM
Johor dan rakan-rakan sekutunya bolehlah mengulangkaji naskhah Kotler sebelum
mengeluarkan saranan kepada tajaan oleh KPJ kepada Che Ta atau siapa sahaja
atas nama pemasaran!
Jika
siapa pun seperti KPJ, mereka akan menaja Che Ta, anda ada masalah?
Ulasan