1 ASIA, 1 SUARA!
Saya
sentiasa menyokong usaha rakyat Malaysia untuk mencipta nama atau menyumbang di
peringkat antarabangsa. Salah satu
impian saya adalah untuk melihat karyawan kita terpilih sebagai penerima Hadiah
Nobel Kesusasteraan. Walaupun telah ada
rakyat Malaysia yang menjadi penerima Hadiah Nobel baru-baru ini, ianya masih
jauh untuk melihat hadiah bagi kategori sastera.
Semalam
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
mengumumkan secara rasmi akan bertanding bagi jawatan exco Persekutuan
Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2015-2018.
Rasanya
tidak salah bagi Tengku Abdullah selaku teraju utama bola sepak negara untuk
menawarkan diri merebut jawatan exco tersebut.
Pedulilah
jika mutu bola sepak kita di tahap yang mengecewakan rakyat dan peminat bola
sepak, atau terdapat persatuan bola sepak negeri yang menjadi ‘kaki buli’,
sesuatu perlu dilakukan. Tiada gunanya
kita terus menangisi mutu bola sepak
negara tanpa mengambil apa-apa tindakan di ‘luar kotak’.
Sebagai
seorang pemimpin sukan, apatah lagi sukan seperti bola sepak, memanglah wajar
dan kena pada masanya pemimpin kita dilonjakan di peringkat yang lebih tinggi.
Di
peringkat negara-negara Asia Tenggara, hanya Thailand yang diketahui mempunyai
wakil mereka menduduki kerusi exco FIFA.
Wakil Thailand, Worawi Makudi telah menduduki kerusi exco FIFA sejak
1997. Tengku Abdullah selain menjadi
Presiden FAM, juga menduduki kerusi Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Asian
(AFC).
Khabarnya
hasrat Tengku Abdullah telah disuarakan kepada Perdana Menteri dan mendapat
reaksi positif. Memang sepatutnya pun
pemimpin tertinggi negara memberikan sokongan kepada wakil dari Malaysia untuk
menduduki kerusi exco badan tertinggi bola sepak dunia.
Nampaknya,
Tengku Abdullah telah benar-benar bersedia untuk memastikan manfaat daripada
kejayaan menduduki kerusi exco FIFA akan dapat dirasai bukan sahaja oleh sukan
bola sepak Malaysia malah juga di negara Asia.
“Saya berhasrat untuk berkhidmat kepada Asia
sebagai pemain pasukan di peringkat global, pada masa sama bekerja dengan
Presiden FIFA, Datuk Joseph Sepp Blatter dan Presiden AFC Sheikh Salman Ebrahim
Al Khalifa untuk membawa benua Asia ke tahap yang sepatutnya iaitu kuasa besar
dunia dalam bola sepak.
Kami adalah benua terbesa, kita harus mula memainkan
peranan. Sebagai anggota exco FIFA akan datang, saya percaya kita (negara-negara
Asia) perlu diberi lebih banyak tempat pada pusingan final Piala Dunia berbanding
empat slot ketika ini”.
Harapannya, agar dengan
penyertaan Presiden FAM di peringkat pengurusan bola sepak antarabangsa, sukan
dan mutu bola sepak negara dapat dikembalikan kegemilangannya.
Sebagai
rakyat Malaysia yang cintakan sukan bola sepak, semua pihak termasuk FAM,
persatuan bola sepak negeri, Kementerian Belia dan Sukan serta Kerajaan
haruslah berganding bagi memastikan impian Malaysia yang disandarkan kepada
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan dapat direalisasikan.
Selamat
maju jaya bola sepak negara!
Selamat
maju jaya Tengku Abdullah, Presiden FAM dalam misi membawa suara Asia ke
persada dunia!
Ulasan