NADZMI, IDRIS & HIPOKRIT KELAS PERTAMA!
Selepas memberi laluan kepada peneraju baru Persatuan
Badminton Malaysia (BAM), mantan Presidennya tiba-tiba mengeluarkan kenyataan
bahawa BAM perlu segera mencari pengganti kepada jaguh nombor satu dunia, Datuk
Lee Chong Wei. Saranan ini hanya selepas
tidak sampai dua minggu mengosongkan kerusi Presiden BAM.
Datuk Nadzmi yang menerajui BAM sejak 2000 dan sejak itu Lee
Chong Wei bernaung di bawah pengurusan BAM.
Walaupun dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada bulan lalu, Datuk Nadzmi
masih diberi kepercayaan menjadi Presiden Kehormat iaitu penasihat dalam
menyelesaikan isu-isu tertentu, mungkin sebagai cara menghormati beliau.
Anehnya, selama hampir 13 tahun menerajui BAM, apakah yang
dilakukan oleh BAM di bawah kepimpinan beliau sehingga kelihatannya hanya Lee
Chong Wei sahaja yang berhasil digilap oleh persatuan nasional itu. Adakah Datuk Nadzmi sedar bahawa selama ini
pun BAM sebenarnya tidak banyak mempunyai kumpulan atau ‘pool’ pemain yang
boleh diketengahkan.
Hari ini tidak sampai dua minggu, ketika Lee Chong Wei
menarik diri di perlawanan akhir menentang pemain utama China, Lin Dan akibat masalah kekejangan otot, tiba-tiba mantan
Presiden BAM itu bersuara dengan nada ‘ala-ala
prihatin’ dengan nasib sukan badminton di negara ini!
Saranannya adalah ‘perlu segera mencari pengganti Lee Chong
Wei’, Datuk Nadzmi bercakap seolah-olah usia Lee Chong Wei meningkat secara
mendadak dalam tempoh dua minggu beliau meninggalkan BAM, adakah beliau sedar
selama 13 tahun, masalah mencari pengganti tidak dilakukan dengan serius oleh
BAM di bawah teraju beliau. Jika tidak,
tentulah kita mempunyai ramai pelapis yang boleh diketengahkan untuk
menggantikan Lee Chong Wei!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala
pula dilaporkan menyarankan bahawa Penerbangan Malaysia (MAS) patut dijual
ketika beliau menjadi Ketua Eksekutifnya.
Idris Jala menerajui MAS sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Disember
2005 hingga 31 Ogos 2009.
Memang diakui, beliau merupakan yang diberi tanggungjawab
untuk memulihkan MAS yang ketika itu nilai sahamnya melonjak daripada RM3.00
kepada RM6.20. Namun adakah Menteri ini
sedar falsafah di sebalik penubuhan MAS.
Jika hanya memberikan saranan untuk menjualkan sebuah entiti kerajaan
jika ia mengalami kerugian, maka sewajarnya saranan seperti ini boleh saja diberikan
oleh seorang lepasan sekolah menengah sahaja!
Tentulah Datuk Seri Idris Jala sendiri akan menentang jika
Kerajaan benar-benar menjualkan MAS ketika beliau menjadi Ketua Pegawai
Eksekutifnya, apatah lagi ketika itu MAS benar-benar berada di landasan untuk
terus mencatat keuntungan.
Sebagai seorang Menteri dan orang yang pernah menerajui MAS
memberikan saranan secara umum seperti itu, seharusnya adalah perkara terakhir
yang patut diucapkan oleh Datuk Seri Idris Jala.
Beliau seharusnya memberikan saranan dan
cadangan (jika masih berminat) untuk membantu Kerajaan mengekalkan Penerbangan
Malaysia untuk terus beroperasi, apatah syarikat penerbangan nasional itu
adalah maruah negara kita. Menjelang
kemerdekaan pada penghujung Ogos ini, Idris Jala perlu mencermin dan menilai
semangat nasionalisme dalam diri beliau.
Kedua-dua kenyataan mantan Presiden BAM dan mantan Ketua
Pegawai Eksekutif MAS bolehlah dinobatkan sebagai ‘hipokrit kelas pertama’!
Ulasan