ENDLESS POSSIBILITIES, SIAPA CIPLAK SIAPA?

Jika sebuah entiti dipertanggungjawabkan untuk membantu sebuah organisasi dalam merangka kempennya, dan didapati bahawa entiti tersebut hanya ‘mengubahsuai’ sebuah kempen yang telah sedia ada atau sedang digunakan oleh organisasi lain, tentulah persoalan kreativiti dan etika akan timbul dan akhirnya, entiti tersebut akan ditunjukkan pintu keluar!

Ketika kecoh mengenai 1Malaysia yang kononnya diciplak daripada kempen oleh Israel yang juga menggunakan slogan 1Israel, kita mungkin beranggapan bahawa itu adalah kemungkinan atau kebetulan sahaja.

Selepas 4 tahun, kini khabarnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan melancarkan pula kempen Endless Possibilities yang dilabel sebagai pelengkap kepada kempen 1Malaysia yang dilancarkan selepas beliau mengambilalih tampuk pentadbiran negara.

Khabarnya kempen Endless Possibilities ini dirangka untuk memasarkan Malaysia ke dunia luar.  Dengan rangka kempen di luar negara tentulah Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menghasilkan kempen yang akan mengangkat nama negara, selain kos yang tinggi untuk memasarkan atau mengiklannya pula.

Namun persoalannya bukan sahaja kempen yang bakal berbelanja besar tetapi juga keberkesanan dan ketulinan kempen yang dimaksudkan. 

Jika diteliti, kempen Endless Possibilities juga sedang digunakan oleh organisasi pelancongan Israel.  Sejak bila digunakan pun tidak diketahui namun ianya terdapat dalam risalah pelancongan dan persidangan yang dihasilkan oleh organisasi pelancongan Israel yang memaparkan kalendar persidangan bagi tahun 2013 hingga 2017.

Adakah Kerajaan sedar bahawa entiti yang dipertanggungjawabkan untuk menghasil kempen atau membantu mereka mungkin  hanya ‘mengubahsuai’ atau ‘mengitar semula’ hasil kerja mereka di tempat atau organisasi lain.
Kempen Endless Possibilities yang dilabel sebagai pelengkap kepada kempen 1Malaysia khabarnya akan dilancarkan pada 17 September ini sehari selepas Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke-50.

Perdana Menteri juga dilihat telah memakai butang berlencana Endless Possibilities dalam beberapa acara rasmi.  Kempen 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dilancarkan sebelum ini, khabarnya tidak mampu menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini.  Selain itu, ia juga menjadi momokan apabila dipersendakan oleh pelbagai pihak termasuk mantan Perdana Menteri.

Apa yang paling ketara adalah kempen 1Malaysia seperti juga slogan maut Barisan Nasional di Selangor, ‘Sayangi Selangor, Yakini BN’ bukan sahaja gagal merebut Selangor malah pencapaian dan prestasi BN menjadi lebih buruk berbanding dalam PRU 2008.

Kempen Endless Possibilities disasarkan untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara, selain itu terdapat juga iklan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sejak awal tahun ini.

Menurut sumber, kempen Endless Possibilities sebenarnya telah bermula pada awal tahun ini di Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davos, Switzerland dan juga progam Pelancongan Malaysia, selain penyiaran klip video yang memaparkan Perdana Menteri di saluran CNN.

Adakah Kerajaan hanya membiarkan Malaysia dianggap ‘menciplak’ dan tidak mempunyai originaliti apabila melancarkan kempen Endless Possibilities.  Selain daripada persoalan persamaan dalam slogan, rekabentuk dan konsep laman sesawang http://www.malaysia.my juga tidak banyak perbezaan dengan laman sesawang http://www.goisrael-conference-and-incentive.com/ yang turut menggunakan slogan Endless Possibilities.

Sewajarnya dengan usia 50 tahun Malaysia, hal-hal seperti ini seharusnya menjadi keutamaan dan dipertimbangkan secara halus supaya tidak menjadi bahan ketawa negara-negara lain yang menganggap ‘budaya ciplak’ sebagai sesuatu yang dianggap lumrah di negara kita.


Jika Kerajaan tidak memberikan penjelasan sewajarnya berhubung isu ini, kelihatannya Malaysia sebagai negara kembar dengan Israel.  Lagipun bukankah budaya ciplak dan kitar semula seperti bukan sesuatu yang asing untuk kerajaan Perdana Menteri sekarang!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
israel lagi..?
anep berkata…
negara kembar israel ke kita ni..
Tanpa Nama berkata…
tgklah sap menteri pelancongan kita..tak ubah muka cam israel gak...
SIS berkata…
perangainye pun sama...PM ikut je ke??

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU