CINTA DI LORONG WAKTU

Saya bukanlah jenis yang suka menghabiskan masa berjam-jam menghadam novel-novel cinta apatah lagi dengan kebanjiran novelis yang menghidangkan novel-novel cinta.  Namun begitu tidak mustahil juga saya boleh mengalirkan airmata ketika menonton filem-filem yang begitu menyentuh dan dekat dengan hati saya.

Ketika berkunjung ke Sabah beberapa ketika dahulu untuk menghadiri acara sastera, saya terpanggil untuk membeli sebuah buku nukilan seorang novelis dari seberang – Free Hearty.
Penulis dan karyanya
Seperti lazimnya saya tidak begitu ghairah untuk membacanya sejurus selepas dibeli kerana tidak mahu terperangkap dalam bayangan penulis ketika membacanya.  Selepas hampir sebulan, tatkala mula menyelak halaman demi halaman saya menjadi terpaku mengulit cinta pasangan yang bukan muda tetapi sudah mempunyai cucu.

Walaupun cinta di kalangan lewat usia bukanlah sesuatu yang aneh dalam kalangan masyarakat Barat, namun bagi masyarakat timur berpegangan tangan ketika melintas jalan akan sentiasa dilihat dengan cebekan.  Namun novel ‘Cinta Di Lorong Waktu’ adalah pernyataan jujur penulisnya bagaimana ia mengimpikan cinta sebenar dari perkahwinan keduanya dengan lelaki yang berjaya menambat hatinya.

Mengunyah halaman demi halaman novel Cinta Di Lorong Waktu, saya segera membuat kesimpulan bahawa kisah yang digarap adalah kisah yang dilalui sendiri oleh Free Hearty yang mengungkap setiap bait kehidupan cintanya dengan begitu sinematik.

Walaupun novel ini tidak dianggap sehebat novel Ayat-ayat Cinta nukilan Habibur Rahman El-Shirazy yang dianggap sebagai Hamka kecil, namun kekuatan novel Cinta Di Lorong Waktu adalah bagaimana penulisnya bukan sahaja mengisahkan cintanya tetapi pengabadian terhadap cintanya dengan cara yang sangat impresif.

Kisah perkahwinan kedua pasangan lewat usia yang mempunyai anak-anak dewasa dan cucu yang tidak berlandaskan keperluan seksual tetapi lebih kepada menganyam kasih sayang, kecintaan dan pengabadian terhadap cinta tersebut.

Dengan pengalaman pahit perkahwinan pertama, pasangan lewat usia ini benar-benar menghargai dan mensyukuri jodoh kali kedua masing-masing.  Dengan kerjaya sebagai penulis, dan tidak lagi perlu memikirkan perbelanjaan hidup pasangan ini melayari kehidupan dengan penuh nikmat, malah hal-hal yang bersifat seksual juga tidak diabaikan.

Bayangkan pasangan lelakinya yang berbeza umur hampir 20 tahun dan tidak berupaya melayari nikmat kehidupan lelakinya, tiba-tiba sahaja seperti diberikan kekuatan luar biasa kerana cinta tulus mereka.

Lumrah alam percintaan, semuanya indah, namun dalam Cinta Di Lorong Waktu, indahnya adalah pernyataan jujur pasangan ini yang telah melalui detik percintaan yang gagal.  Namun selepas perkahwinan kali kedua mereka kembali melayari bahtera cinta, seperti pasangan muda, malah menunggu di stesen bas sehingga hampir empat jam juga dianggap nikmat!


“Kamu tahu, tidak pernah dalam hidupku menunggu orang di terminal bus seperti ini.  Sekali menunggu malah sampai hampir 4 jam.  Cinta memang gila, telah membuat aku gila” kata Martias tanpa nada kesal atau sesal  (halaman 33).

Ulasan

SIS berkata…
apa yg berlaku tidak mustahil..Allah dah rancang segala2nya..just follow the flow...
Tanpa Nama berkata…
material filem yang menarik..teringat arwah yasmin ahmad dan rabunnya..
seetee berkata…
memang menarik, sy juga dah baca..
Tanpa Nama berkata…
salam tn..dlm masa terdekat buku tn Ayat-ayat Cinta yg ditandatangani oleh penulisnya sendiri akan sy kirimkan pd tn..
Tanpa Nama berkata…
ooch..terlupa...terima kasih tn sbb pinjamkan buku Ayat-ayat Cinta tersebut..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU