TNB & LAWAK TARIF BARU!
Alasan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia lazimnya pelbagai, namun yang
sering digunakan untuk mewajarkan kenaikannya adalah “harga petrol kita masih
rendah berbanding negara Asean yang lain”
atau “yang paling rendah di rantau ini” atau yang lebih kerap digunakan bagi
mewajarkan kenaikan tarif elektrik ialah “kenaikan ini tidak akan membebankan
pengguna”.
Kini gendang kenaikan tarif elektrik telah mula dipalu
selepas 100 hari pasca Pilihanraya Umum ke-13.
Bagi mewajarkan kenaikan ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaitkan
dengan kenaikan kos bahan api.
Walaupun dengan kenaikan tarif elektrik, TNB dengan rasa
megah menguar-uarkan bahawa kenaikan ini “tidak akan membebankan” pengguna.
Adakah pengurusan TNB bercadang menyertai program realiti popular ‘Raja
Lawak’ ini kerana kenyataan mereka seolah menjadi bahan lawak.
Mana mungkin kenaikan dan perubahan tarif elektrik tidak
akan membebankan pengguna, bukankah penurunan nilai ringgit sebanyak 0.04%
sudah cukup memberikan kesan kepada pengguna, apatah lagi dengan kenaikan tarif
elektrik yang dijangka beberapa peratus itu.
Mungkin para pengurus di TNB tidak sedar atau pura-pura
tidak sedar tentang kesan kenaikan tarif
elektrik, secara mudahnya, TNB akan menaikkan tarif elektrik ‘beberapa sen atau
peratus’, pengguna industri yang terjejas dengan kenaikan ini akan menaikkan
harga barangan keluaran mereka. Kesannya
adalah kepada para pengguna yang terpaksa membayar lebih. Inilah kesan daripada lawak TNB “tidak akan
membebankan pengguna”.
Atas alasan menampung peningkatan kos operasi, TNB akan
terus menaikkan tarif elektrik dari masa ke semasa, manakala pengeluar tenaga
bebas Independent Power Producer
(IPP) pula akan mengaut keuntungan daripada kenaikkan tarif ini.
TNB sepatutnya bertindak menyemak semula perjanjian yang
ditandatangani dengan pihak IPP yang khabarnya ‘berat sebelah’ dan
menguntungkan pihak IPP berbanding TNB sendiri.
Adakah Kerajaan dan TNB bersedia untuk bersikap telus dan mendedahkan
isi kandungan perjanjian dengan para IPP?
Jika diteliti kenyataan oleh Presiden & Ketua Pegawai
Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd, sebenarnya tidak perlu
pun untuk meningkatkan tarif elektrik, ini kerana bahan bakar yang dibekalkan
oleh Petronas tidak pun menjejaskan TNB sebagai pembelinya.
"TNB
neutral, kita tidak rugi apa-apa, seperti sekarang yang rugi adalah Petronas
yang membekalkan Gas Asli Cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa
menanggung harga berkali ganda, Petronas menetapkan harga gas iaitu bahan bakar
utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 MMBtu, jauh lebih rendah berbanding
harga pasaran RM40 MMBtu."
Adakah TNB sekadar mengambil kesempatan daripada sitiuasi pasca
Pilihanraya dan kenaikan harga bahan bakar yang tidak menjejaskan mereka, untuk
meningkatkan tarif elektrik? Selamat
menjuarai Lawak Tarif Baru TNB!
Ulasan