MASA DEPAN AKU, ENGKAU & SAYA
Ketika parti terbesar Cina dalam
gabungan Barisan Nasional meminta Kerajaan menangguhkan sistem penguatkuasaan automatik
(AES) sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, Kerajaan akur walaupun sebabnya
tidak dinyatakan.
Namun siapapun yang mengikuti
perkembangan politik di negara ini, pasti tahu mengapa Kerajaan bersedia
menangguhkan pelaksanaan sistem yang mendapat tentangan hebat ramai rakyat
Malaysia. Ini kerana dikhuatiri
pelaksanaannya akan memberikan impak negatif dalam kepada BN dalam pilihanraya
umum yang lalu.
Kini hampir tiga bulan selepas
pilihanraya umum yang menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai
Perdana Menteri yang prestasi pilihanraya sulongnya antara yang paling teruk
dan dengan ketiadaan Menteri Pengangkutan, khabarnya keputusan mengenai AES
akan diumumkan selepas sambutan Aidil Fitri.
Sehingga 11 Jun yang lalu,
sebanyak 673,339 saman telah dikeluarkan dan Kerajaan juga telah membuat
bayaran sebanyak RM13,550,758 sebagai bayaran yuran perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia AES.
Yang menjadi persoalannya adakah
Kerajaan membayar berdasarkan bilangan saman yang dikeluarkan atau saman yang
dijelaskan oleh orang kena saman? Apakah
peratus pembahagiaannya?
Juga
dikhabarkan bahawa kini syarikat-syarikat pengendali sistem AES sedang
berhadapan dengan tindakan oleh pembiaya seperti bank kerana gagal mematuhi
jadual pembayaran yang dipersetujui.
Siapa pun dalam kewarasan fikiran
hatta seorang pemandu yang benar-banar berhemah sekalipun, amat yakin tidak
akan menyokong sistem ‘rompakan’ seperti AES yang memberikan peluang menahan
lukah untuk merompak rakyat Malaysia.
Seperti dinyatakan bahawa walaupun banyak negara yang menggunakan sistem
AES, namun tidak dikhabarkan atau diketahui mana-mana negara yang menswastakan
pengendaliannya kepada pihak ketiga.
Apabila Pemangku Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan
membuat pengumuman bahawa keputusan mengenai pelaksanaan sistem AES akan dibuat
selepas sambutan Aidil Fitri, hanya ada beberapa kemungkinan iaitu meneruskan
sistem dengan perjanjian sedia ada, memansuhkan perjanjian, mengkaji semula
serta mengambilalih keseluruhan sistem ini dengan tiada langsung penglibatan
pihak swasta.
Jika sistem AES dilaksanakan
kononnya dengan niat yang murni iaitu untuk membendung peningkatan statatistik
kemalangan di negara ini, maka ini adalah kesilapan yang paling besar. Adalah lebih ‘manis’ jika Kerajaan berterus
terang dengan mengatakan bahawa sistem AES adalah satu anugerah kepada ‘kroni’
atau satu lagi perkongsian pintar AKU, ENGKAU & SAYA!
Walauapapun tujuan yang
dinyatakan mengenai sistem AES, sebenarnya ia bukanlah satu penyelesaiaan
mutlak oleh Kerajaan untuk mengurangkan atau mendisiplinkan para pemandu di
Malaysia. Adakah Kerajaan mempunyai
keberanian untuk memansuhkan atau mengambilalih sepenuhnya keseluruhan sistem
AES tanpa implikasi kewangan yang membebankan Kerajaan. Sama-sama kita lihat siapa yang kena?
Ulasan