FILEM KENCING SHUHAIMI, KENCING FILEM NAMEWEE!

Ketika kecoh mengenai filem Tanda Putera yang telah beberapa kali ditangguhkan tayangan umumnya di pawagam, pengarahnya Shuhaimi Baba menegaskan bahawa filem tersebut adalah berdasarkan fakta sejarah.

Filem ini sepatutnya menemui penonton di pawagam pada 13 September tahun lalu, namun ditangguhkan atas alasan bahawa tarikh tersebut tidak sesuai untuk menggalakkan penonton ke pawagam.

Tayangan umum yang dicadangkan kemudiannya pada bulan November juga tidak menjadi.  Namun beberapa tayangan terhad telah diadakan di sana sini, antaranya kepada warga peneroka FELDA seramai hampir 3000 orang di PWTC, selain tayangannya juga di UIAM Gombak.

Filem ini mengundang polemik yang bukan sedikit.  Khabarnya sebagai sebuah filem ‘politik’ banyak adegan yang kononnya diangkat daripada fakta telah mengundang pelbagai persepsi khususnya daripada pihak pembangkang.  Pun begitu, Shuhaimi Baba menafikan filem Tanda Putera adalah sebuah filem ‘politik’.

Walaupun dikhabarkan bahawa insiden 13 Mei antara yang menjadi intipati filem ini, namun filem ini menggambarkan persahabatan dan perjuangan dua negarawan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Filem Tanda Putera khabarnya menggambarkan adegan seorang berbangsa Cina yang kencing di tiang bendera di hadapan rumah Datuk Harun Idris, ketika itu diberikan ‘gambaran’ bahawa watak tersebut seperti Lim Kit Siang, yang kononnya menurut pengarahnya adalah daripada ‘fakta sejarah’.  Itu cerita ketika belum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei lalu.

Kini, hampir kepada tayangan umumnya pada 29 Ogos nanti, lain pula ceritanya, kononnya pengarahnya menggunakan ‘lesen kreatif’ untuk menghidupkan ceritanya, dan kononnya kisah ‘kencing’ di tiang bendera di hadapan rumah Datuk Harun Idris hanyalah kutipada daripada cerita-cerita lisan!

Apabila pembikin filem Namewee yang menghasilkan Kara King dengan salah satu adegan ‘Cina kencing Melayu’ tiba-tiba kita melenting.  Apakah kita tidak sedar apabila pengarah Melayu sendiri ‘berdolak dalik’ dengan adegan Cina kencing di tiang bendera di hadapan rumah Menteri Besar, yang tidak diketahui kesahihanya kecuali ‘dikutip’ daripada percakapan lisan dan ‘ingat-ingat lupa’ mereka yang melalui zaman tersebut.

Mungkin Namewee mempunyai agendanya tersendiri yang sebenarnya kita semua sedia maklum, namun apabila kecoh mengenai filem Tanda Putera dan adegan kencing, bukankah Namewee mewakili kaum yang digambarkan ‘kencing’ di tiang bendera akan juga melakukan perkara yang sama!

Adakah lesen kreratif Shuhaimi Baba dan Namewee tidak sama kelasnya?  Janganlah kita berselindung di sebalik lesen kreatif dan menjadi agen ‘propaganda’ kepada sesuatu  pihak.  Kini apabila Namewee melalui Kara King nya digambarkan sebagai ‘kurang ajar’ kepada orang Melayu, maka kita pun cepat melenting sambil menjerit-jerit sipolan harus ditarik kerakyatannya.


Tanda Putera filem ‘kencing’ oleh Shuhaimi Baba, Kara King pula ‘kencing’ filem buah tangan Namewee, maka kita pun bertanya sampai tahap mana ‘lesen kreatif’ terus disalah guna?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
what goes around, comes around..
Tanpa Nama berkata…
lu kencing gua, gua kencin lu..apa ada hal..
Tanpa Nama berkata…
kalau kencing berdiri kena terimalah kalau,terkena percikannya atau lelehannya....

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU