Catatan

SIFAR SUBSIDI KAYA, PRAKTIKAL KE?

Awal bulan ini, minyak RON95 dinaikkan harga sebanyak RM0.20, maaf bukan dinaikkan harga cuma dikurangkan subsidi sebanyak RM0.20 maka harganya distrukturkan semula kepada RM2.30 seliter. Khabarnya bermula Jun 2015 dua bulan selepas pelaksanaan GST, golongan berpendapatan tinggi perlu membeli bahan bakar RON95 pada harga pasaran dunia dan tiada lagi subsidi oleh kerajaan untuk mereka. Ini berikutan langkah kerajaan untuk melaksanakan sifar subsidi bagi petrol RON95 kepada golongan kaya.  Kelihatannya mudah, tetapi apakah takrif kaya dan miskin, pendapatan tinggi dan rendah.  Semuanya adalah subjektif. Tidak pasti apakah penanda aras yang digunapakai untuk menentukan pendapatan untuk menikmati petrol bersubsidi manakala yang lain pula terhukum dengan subsidi sifar. Adakah semata-mata dengan merujuk kepada slip gaji seperti yang dilakukan untuk menentukan penerima BR1M, atau adakah kesemua penerima BR1M layak secara automatik.  Jika itulah penanda aras ...

PESALAH JADI VIP?

Sekurang-kurang itulah tanggapan saya dan juga mungkin rakyat Malaysia yang mendukung Rukunegara khususnya prinsip yang keempat – Kedaulatan Undang-undang.  Apa tidaknya jika anda mengalami keadaan di mana pesalah di dalam kenderaan polis diiringi untuk hadir ke mahkamah dengan deringan siren untuk memberi laluan.   Itulah ‘istimewa’ menjadi pesalah. Khabarnya pihak Wisma Putra bakal menghantar seorang diplomatnya ke New Zealand pada hari Jumaat ini bagi berdepan dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sana.  Diplomat berkenaan ditangkap pada 10 Mei yang lalu, atas tuduhan serangan seksual, pecah rumah dan cubaan merogol di rumah mangsa di Brooklyn.  Dia dihantar pulang ke New Zealand selepas kerajaan New Zealand menfailkan permohonan rasmi untuk ekstradisi tertuduh. Kerajaan Malaysia akan menghantar diplomat berkenaan pada hari Jumaat ini diiringi oleh polis New Zealand.  Khabarnya, tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah pa...

SIDANG KEMUNCAK PENULIS & HIMPUNAN BUDAYAWAN 1 MUHARAM

Rasanya penulis dan karyawan di Malaysia agak beruntung kerana banyak program yang diatur untuk mereka.  Bulan ini sahaja dua acara besar melibatkan karyawan khususnya dunia persuratan.  Kedua-duanya bagai langit dan bumi. Acara pertama Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM) yang dianjurkan bersama oleh Bina Darulaman, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA).  Acara tiga hari dua malam ini memberi peluang kepada 200 penulis yang mendaftar melalui laman sesawang dan kemudiannya disaring oleh panel pemilih.  Kerana sambutan yang luar biasa, ramai yang terpaksa melupakan hasrat untuk menghadirkan diri kerana tempat yang terhad. Acara SKPM ini akan berlangsung di Darulaman Golf and Country Club , Jitra bermula 24 hingga 26 Oktober ini bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Ini acara arus perdana yang dianjurkan bagi menghimpun para penulis tanah air.  Khabarnya semua ...

HARAMKAN MOTORSIKAL DI LORONG KANAN!

Isnin lalu berita sedih menghiasi akhbar apabila dilaporkan kemalangan ngeri membabitkan penunggang motorsikal maut sehari sebelumnya. Kemalangan ngeri membabitkan penunggang motorsikal khususnya bukan sesuatu yang asing.  Namun pihak berkuasa seolah-olah hilang ‘kuasa’ apabila membabitkan penunggang motorsikal.  Lihat sahaja bagaimana penunggang motorsikal ini memandu di lebuhraya atau di jalan persekutuan.  Kebanyakan mereka menggunakan lorong paling kanan malah ada di antara mereka yang menggunakan laluan yang tidak dibenarkan kepada motorsikal khususnya di tempat-tempat  yang terdapat laluan motorsikal disediakan. Saya bukanlah bermaksud tidak sensitif dengan keperluan penunggang motorsikal, memang ada laluan motorsikal yang tidak boleh digunakan, berlubang dan dinaiki air ketika hujan lebat, namun majoriti penunggang motorsikal adalah mereka yang sewenang-wenang menggunakan laluan paling kanan. Rasanya sudah sampai masanya Kerajaan melakukan ses...

ANJING, SELEPAS INI BABI PULA!

Pedulilah jika mengatakan saya kolot, tidak cukup liberal atau terlampau ekstrim.  Saya tidak perlu penilaian sesiapa untuk mengatakan atau membezakan perlakuan salah dan betul. Hujung minggu semalam kecoh mengenai program ‘I Want To Touch A Dog’ (IWTTAD).  Kecohnya kerana ia melibatkan umat Islam.  Malah penganjur mendabik dada mengatakan bahawa program tersebut berjaya menarik minat umat Islam. Sejak kecil persekitaran saya di kelilingi anjing, malah jiran-jiran dan teman-teman berbangsa Cina saya kesemuanya memelihara anjing.  Namun, sebagai rakan yang mempunyai jiran dan teman beragama Islam, mereka sangat peka dan faham bahawa umat Islam tidak mendekati dan memegang anjing. Program IWTTAD yang dianjurkan hujung minggu lalu khabarnya bertujuan untuk mendidik umat Islam untuk mencintai dan menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan.  Ia juga untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih peka dengan makhluk berbulu dan berkaki empat itu dan juga untuk mend...

KALAU YANG LAIN PUN AKAN SEPERTI KPJ, ANDA ADA MASALAH?

Kecoh mengenai pelakon Rozita Che Wan yang bakal melahirkan anak, dan lebih kecoh apabila rangkaian hospital terbesar di negara kita, Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) dikhabarkan bakal menaja kos bersalin pelakon tersebut. Ironinya, kumpulan NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor mempertikaikan keputusan Hospital Ampang Puteri untuk menaja kos bersalin kepada pelakon tersebut. Saya tidak nampak apa masalahnya, sebuah kumpulan rangkaian hospital yang cukup gah menaja seorang artis yang juga seorang ibu.  Ini bukanlah soal artis tersebut mampu atau tidak.  Ini bukanlah soalnya terdapat lebih ramai lagi golongan yang lebih memerlukan. Nampaknya, SAMM dengan suara anak muda gagal memahami aspek niaga yang cuba dipelopori oleh KPJ.  Bukannya bermakna dengan menaja Che Ta, KPJ telah mengabaikan golongan yang lebih memerlukan.  Sebagai sebuah syarikat korporat apatah lagi dimiliki oleh sebuah kerajaan negeri, tentulah KPJ sentiasa melaksanakan tanggungja...

1 ASIA, 1 SUARA!

Saya sentiasa menyokong usaha rakyat Malaysia untuk mencipta nama atau menyumbang di peringkat antarabangsa.  Salah satu impian saya adalah untuk melihat karyawan kita terpilih sebagai penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan.  Walaupun telah ada rakyat Malaysia yang menjadi penerima Hadiah Nobel baru-baru ini, ianya masih jauh untuk melihat hadiah bagi kategori sastera. Semalam Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan secara rasmi akan bertanding bagi jawatan exco Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2015-2018. Rasanya tidak salah bagi Tengku Abdullah selaku teraju utama bola sepak negara untuk menawarkan diri merebut jawatan exco tersebut. Pedulilah jika mutu bola sepak kita di tahap yang mengecewakan rakyat dan peminat bola sepak, atau terdapat persatuan bola sepak negeri yang menjadi ‘kaki buli’, sesuatu perlu dilakukan.  Tiada gunanya kita  terus menangisi mutu bola sepak negara tanpa me...