KALAU MEMANG REZEKI, TIDAK AKAN KE MANA …
Kemelut
jawatan Menter Besar Selangor telah berakhir dengan sumpah dan akujanji oleh
Mohamed Azmin Ali yang diperkenan Sultan Selangor sebagai Menteri Besar yang
ke-15. Anehnya inilah Timbalan Presiden
PKR yang tidak dicalonkan oleh partinya, malah bersungguh-sungguh ‘mempromosikan’
Presiden mereka.
Nama
Azmin Ali bukanlah asing bagi jawatan Menteri Besar Selangor, malah ketika PKR
mendapat mandat di Selangor salah satu nama yang muncul dalam persaingan
jawatan MB ketika itu adalah Azmin Ali.
Malah selepas Pilihanraya Umum ke-13, nama Azmin Ali juga muncul namun
mungkin belum rezekinya, jawatan itu terus dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim
selepas persetujuan dalam PKR.
Selepas
itu, Langkah Kajang digerakkan sebagai usaha mengangkat Ketua Umum PKR sebagai
MB, namun disebabkan oleh kes mahkamah, hasrat itu tidak menjadi dan kerusi DUN
Kajang yang dikosongkan disandang oleh Presiden PKR. Selepas kemenangan di Kajang, langkah
menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar pun bermula.
Namun,
Tan Sri Khalid Ibrahim enggan berundur dan memaksa PKR memecat beliau sebagai
ahli parti, maka Selangor berMenteri Besarkan MB tanpa parti.
Kemelut
MB Selangor juga memaksa Sultan Selangor memendekkan urusan di luar negara dan meminta
ketiga-tiga parti gabungan dalam PR, iaitu PKR, PAS dan DAP mengemukakan lebih
dari dua nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Namun,
PKR dan DAP masing-masing hanya mengemukakan nama Presiden PKR sebagai calon
tunggal dan ingkar kepada titah Tuanku Sultan Selangor.
Hanya
PAS memberikan tiga nama di mana nama Azmin Ali dan dua orang EXCO PAS sebagai
calon MB Selangor.
Selepas
kemelut selama hampir beberapa bulan sejak Langkah Kajang digerakkan, akhirnya
Sultan Selangor dengan segala budi bicara berkenan melantik ADUN Bukit
Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak sebagai Menteri Besar Selangor yang baru,
mengakhiri segala kemelut sebelum ini.
Namun,
perkenan Sultan Selangor juga tidak disenangi oleh PKR walaupun khabarnya
Presidennya ‘redha’ dengan pemilihan Timbalan Presiden sebagai Menteri Besar
Selangor.
“Majlis Pimpinan
Pusat (MPP) juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses
pencalonan yang melibatkan Dr Wan Azizah sehingga beliau langsung tidak
dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas,” .
PKR
sepatutnya bersyukur dan menghargai usaha Tuanku Sultan Selangor mengakhiri
kemelut jawatan Menteri Besar yang masih terus dipegang oleh PKR. Malah tindakan PKR dan DAP hanya memberikan
satu nama berbanding lebih daripada dua nama juga telah mengundang kemarahan
pihak Istana Selangor.
Sultan
Selangor pastilah mempunyai asas yang kuat dan kebijaksanaan apabila memutuskan
untuk memperkenan pemilihan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
Maka
adalah lebih baik semua pihak menerima perkenan Tuanku Sultan memilih Azmin Ali
sebagai Menteri Besar.
Sungguhpun
nama Azmin Ali telah tergelincir dua kali sebelum ini daripada menduduki jawatan Menteri Besar,
namun ketentuan Allah SWT kepada hambanya tidak harus dipertikaikan. Kalau memang sudah rezeki insan bernama
Mohamed Azmin bin Ali untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor, maka
itulah yang terjadi.
Seperti
yang diungkapkan oleh Azmin Ali ketika mengangkat sumpah dan melafazkan
akujanji 10 perkara.
“Dan dengan ini
patik mengaku dengan hati yang bersih dan tulus ikhlas menyerahkan nyawa dan
diri patik kepada ketetapan Allah SWT.
Dan lagi patik bersedia menjunjung segala titah yang diperintahkan
dengan segala upaya dan kudrat patik.
Dan apabila patik berniat menderhaka kepada Sultan Negeri Selangor dan
tidak mematuhi Aku Janji yang dilafazkan ini, salahlah patik dan redalah
menerima hukuman Allah SWT serta ditimpa beberapa daulat almarhum-almarhum
Sultan-Sultan negeri Selangor ini.
Kepada Allah patik berserah”
Kepada
YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali, selamat menggalas tanggungjawab dan amanah ini
sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15.
Tahniah dan Selamat Bertugas!
Ulasan