BISNES ALA SENTUH & PERGI!
Jika
di Korea dihimpunkan para penduduknya yang bekerja dalam sebuah dewan dan
dibaling 10 biji batu, nescaya 8 daripadanya akan mengenai jurutera. Begitulah ramainya rakyat Korea berkerjaya
jurutera.
Di
Malaysia pula dewasa ini jika dikumpulkan penduduknya dalam sebuah dewan, hatta
dua pertiga dari mereka adalah pengguna kad pintar Touch n’ Go! Manakala
selebihnya sungguhpun tidak menggunakan secara aktif, namun sedar kewujudannya. Begitulah berpengaruhnya Touch n’ Go di
Malaysia. Apa tidaknya, aplikasi Touch n’
Go juga terdapat dalam MyKad yang dimiliki rakyat Malaysia.
Dengan
hampir 6 juta pengguna kad Touch n’ Go di negara kita , amatlah sukar untuk
menafikan penggunaannya dalam kehidupan seharian kita.
Anehnya,
keghairahan yang ditunjukkan rakyat Malaysia untuk menjadi pengguna Touch n’ Go
tidak begitu dikongsi oleh pengendalinya.
Sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya apabila berusaha untuk menambah
nilai dan mengemaskini kad saya di KL Sentral.
Bayangkan
sebuah pusatnya di KL Sentral beroperasi hanya pada waktu pejabat iaitu dari
jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, dan sehingga 1.00 tengahari pada hari
Sabtu. Ianya ditutup pada hari Ahad dan
cuti umum.
Saya
hampir sahaja terkejut dan kembali semula sekali lagi bagi memastikan bahawa
pusat ini benar-benar beroperasi pada waktu pejabat sahaja. Ironinya, masa operasi pusat ini adalah lebih teruk
daripada waktu bekerja kakitangan awam bagi sebuah entiti swasta seperti Touch
n’ Go.
Dengan
kewujudan Kuala Lumpur Sentral sebagai sebuah hub pengangkutan yang menghubungkan
perjalanan darat, laluan keretapi dan udara, dengan bilangan pengguna seramai
lebih 150,000 setiap hari dan dilabel sebagai “penanda aras hab pengangkutan
awam yang berjaya” oleh Timbalan Perdana
Menteri ketika merasmkikan sambutan ulangtahun ke-10 pada tahun 2011, keputusan
waktu operasi pusat Touch n’ Go di KL Sentral amat mengecewakan.
Saya
tidak begitu pasti berapakah sewa yang dibelanjakan oleh Touch n’ Go untuk
pusatnya di KL Sentral, namun saya percaya ianya tentulah bukan satu jumlah
yang kecil. Dengan hanya beroperasi
selama 47 jam saban minggu, tentulah sesuatu yang tidak begitu efisyen bagi
sebuah syarikat pengendali yang mendabik diri mereka ‘kad untuk semua’!
Dengan
hanya beroperasi selama 2 hari bagi setiap minggu, adakah keputusan waktu
operasi pusat Touch n’ Go di KL Sentral dipengaruhi oleh keputusan perniagaan
atau sekadar mengadakan sahaja.
Bagi
sebuah entiti seperti Touch n’ Go yang mempunyai pelanggan yang ramai, tentulah
masa beroperasi pusat mereka boleh dipanjangkan. Jikapun bukan atas perkiraan perniagaan
semata-mata, tentulah juga boleh dianggap sebagai satu perkhidmatan nilai
tambah kepada orang ramai.
Jikapun
terdapat banyak lagi tempat menambah nilai Touch n’ Go yang dikembangkan dari
masa ke semasa namun urusan di pusat milik mereka sendiri tentulah mencakupi
urusan-urusan yang tidak terdapat pada premis-premis biasa yang menawarkan
khidmat tambah nilai pada kad Touch n’ Go.
Saya
tidak pasti siapakah yang membuat keputusan ‘bodoh’ yang membenarkan sebuah
pusat dalam hab yang begitu sibuk dengan trafik yang tinggi membenarkan masa
operasi pada waktu sekarang.
Mungkin
Ketua Pegawai Eksekutif Touch n’ Go yang baru patut melihat semula waktu
operasi pusat di KL Sentral yang saya sifatkan sebagai penghinaan bukan sahaja
kepada para pelanggan yang menggunakan KL Sentral malah kepada imej KL Sentral
itu sendiri.
Saya
tidak bermaksud untuk meminta pusat Touch n’ Go di sebuah hab pengangkutan
seperti KL Sentral beroperasi 24 jam seperti Pusat Apple di Fifth Avenue New York. Cukuplah jika ianya dilanjutkan sehingga jam
9 atau 10 malam dan dibuka 7 hari seminggu!
Ulasan