KONG CHO HA - ANDA BEKERJA UNTUK SIAPA?
Amatlah malang bagi kepimpinan YAB
Perdana Menteri yang melaungkan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mempunyai
seorang Menteri Pengangkutan yang ‘buta rasa’ , ‘buta hati’ dan angkuh seperti
beliau. Lebih malang lagi kepada rakyat
Lumut yang memilih seorang ahli parlimen yang tidak berkongsi aspirasi rakyat.
Sebagai Menteri yang bertanggungjawab
terhadap perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sedang dikecam
teruk oleh pelbagai pihak, dan yang terbaru adalah Kelab Penyokong Kerajaan
(BBC) dan juga Pemuda UMNO.
Amatlah malang bagi seorang Menteri
pusat seperti beliau apabila perancangan seperti AES ditolak pelaksanaannya
oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, katalah negeri
ini ditadbir oleh pembangkang maka penolakan ini adalah wajar.
Namun apa yang lebih malang lagi ianya
juga ditolak oleh ahli politik daripada pihak Kerajaan juga, misalnya seperti
yang dilakukan oleh Kelab Penyokong Kerajaan dan Pemuda UMNO yang masing-masing
mahukan sistem ini ditangguhkan pelaksanaanya dengan perancangan yang lebih
teliti.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa
sistem AES telah digunapakai di banyak negara, malah adalah tidak keterlaluan
untuk mengatakan kita agak terlewat melaksanakannya, namun apakah kita sudah
benar-benar bersedia untuk melaksanakannya.
Ironinya di hampir semua negara yang
telah melaksanakannya ianya telah dilakukan oleh Kerajaan sendiri namun di
negara kita ianya dilaksanakan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Apabila swasta dilibatkan dalam usaha seperti
AES, maka ‘kiblat’ mereka tentulah wang ringgit. Mereka tidak mungkin berkongsi
aspirasi Kerajaan dalam piagam pelanggan mereka.
Walaupun menurut Menteri yang ‘buta rasa’
dan ‘buta hati’ sistem AES kononnya
telah dikaji dengan begitu teliti sebelum pelaksanaannya, namun bantahan yang
berterusan sebaliknya menggambarkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengguna
jalanraya. Malah empat buah Kerajaan negeri juga menolak pelaksanaannya sebelum
kajian dan penerangan lanjut dilakukan kepada mereka.
Apa yang lebih malang lagi, si Menteri ‘buta
rasa’ dan ‘buta hati’ seperti beria-ia sungguh untuk memastikan pelaksanaannya
sehingga memberikan pelbagai alasan, daripada mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya sehinggalah yang terkini apabila pasukan Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) dijadikan ‘kambing hitam’ dengan alasan bahawa pelaksanaan AES akan
mengurangkan rasuah di kalangan anggota polis.
Kenyataan ‘mengkambing hitam’ pasukan polis oleh si Menteri seolah-olah memberi
gambaran bahawa selama ini anggota polis memang terlibat dengan rasuah!
Alasan ianya mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya walaupun memang tidak dinafikan kejayaannya di negara
luar, namun apabila ianya melibatkan pihak swasta tentulah itu bukan objektif
nombor satu mereka.
Malah bantahan mengenai AES banyak berkisar kepada kurangnya sistem amaran bagi mengingatkan pengguna jalan raya mengenai kewujudan sistem AES di satu-satu lokasi, seolah-olah menjadi 'lukah' dan habuan kepada Kerajaan dan pengendalinya.
Dengan segala bantahan rakyat seperti
yang dilakukan oleh penduduk Tanjung Piandang, maka kewajaran menangguhkan
pelaksanaan AES harus menjadi keutamaan, dan bukannya dengan kenyataan angkuh
si Menteri yang ‘buta rasa’ dan ‘buta hati’ yang seperti tidak peka dengan
aspirasi rakyat.
Apatah lagi dengan bahang Pilihanraya
Umum yang bakal berlangsung, rungutan dan suara rakyat yang gagal didengari
adalah ‘kubur’ yang sengaja digali sendiri oleh Kerajaan.
Dengan pendirian angkuh, ‘buta rasa’ dan
‘buta hati’ seperti Menteri Pengangkutan, adalah amat memalukan sebagai potret
seorang pemimpin yang dipilih rakyat, saranan saya si Menteri tersebut
sebaiknya meletakkan jawatan dan menyertai syarikat yang bakal melaksanakan sistem
AES, sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya apabila seorang Menteri gagal menjiwai aspirasi rakyat, Kong Cho Ha anda
bekerja untuk siapa?
Ulasan