PRA KEMBARA BAHASA 2012

Wisata atau apa sahaja nama yang merujuk kepada kembara memang menarik minat saya. Maka apabila, teman dalam Persatuan Editor Malaysia (PEM) yang baru dinaikkan pangkat menjadi Pengarah DBP Wilayah Selatan menawarkan saya menyertai KEMBARA BAHASA 2012, saya segera teruja dan menyatakan minat saya.

Selepas tawarannya itu beliau berlepas ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan Rukun Islam yang kelima, saya pun terkapai-kapai kerana tidak pasti mengenai program tersebut.

Apabila kembali daripada tanah suci pada minggu pertama November saya terus dihubungi untuk penyertaan dalam Kembara Bahasa 2012.

Kembara Bahasa adalah sebahagian pengisian dalam acara Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan setiap tahun, uniknya program Kembara Bahasa pada kali ini adalah perjalanan menaiki keretapi bermula daripada Singapura hingga ke Butterworth sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur.

Berwisata apatah lagi dengan menaiki keretapi memang antara yang menambat hati saya.

Saya akan cuba mencatat apa sahaja yang mampu saya coretkan selama lima hari program Kembara Bahasa ini berlangsung. Ironinya coretan saya nanti adalah hanya dengan bantuan iPhone saya, kerana saya ingin menikmati wisata ini dengan peralatan yang sangat minimal.

Ulasan

SIS berkata…
sy dapat maklumat utk menghadiri Kembara Bahasa 2012 tetapi dengan kenderaan sendiri yg dikongsi berempat...klau dgn keretapi spt tn ks tentu byk kelainannya..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?