Catatan

PENYENDAL ATAU UJI POPULARITI?

Imej
Itulah tanggapan saya seusai menghadiri Himpunan Penulis Malaysia 2018, hujung minggu yang lalu.   Pada awalnya saya ingin saja menyertai program ini dari awal pagi, namun kekangan yang tidak dapat dielakkan saya hanya dapat hadir pada sebelah malamnya.   Dan saya tidak menyesal mengenai hal ini. Himpunan Penulis Malaysia (HPM), program yang diatur untuk membolehkan para penulis bersemuka dengan Menteri Pendidikan atau sebaliknya,di samping menghimpun para penulis tempatan untuk membincangkan halatuju dunia persuratan tanah air. Objektif penganjurannya memanglah murni.   Ditunjangi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Perbadanan Kota Buku.   Program pada sebelah malamnya adalah Dialog Awam bersama Menteri yang sepatutnya dimulai jam 8.00 malam, lewat selama sejam.   Menteri memberi peluang kepada persatuan penulis mengemukakan pandangan seputar dunia perb

MENTERI TAK PAYAHLAH MINTA LAPORAN, TURUNLAH PADANG!

Sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih tampuk pemerintahan pasca Pilihanraya Umum ke-14, saya sedikit terganggu.   Saya tidak sangat kisah mengenai janji manifesto yang tidak dipenuhi, kerana khabarnya bukan kitab suci, begitu juga apabila presiden parti menegaskan ‘dia tidak akan meminta maaf’ pada rakyat.   Saya tidak sangat terkesan dengan perkara-perkara semacam itu. Yang menggangu saya adalah perihal menteri yang ‘meminta laporan’ mengenai sesuatu keadaan.   Yang terbaru adalah Menteri Pendidikan, yang meminta laporan mengenai keadaan sekolah sukan, SMK Seri Titiwangsa yang dilaporkan oleh akhbar sebagai daif daripada segi kemudahan latihan dan penginapannya. Hal tersebut telah pun dilaporkan dalam akhbar, rakyat telah pun mengetahuinya, malah ibu bapa para pelajar yang terlibat tentu juga lebih akur mengenainya kerana tentulah dikongsi bersama oleh anak-anak mereka. Setelah semua hal itu, apa perlunya Menteri meminta laporan, bukankah lebih baik Menteri membua

PILIHANRAYA KECIL P132 PORT DICKSON PENUHI AGENDA NEGARA

Imej
Ramai yang melihat dan mengikuti dengan rapat perjalanan politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau dipecat dari kabinet pada September 1998.   Selepas menunggu selama dua dekad, semalam Parti Keadilan Rakyat mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson.   Kerusi ini dimenangi oleh calon PKR – Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada Pilihanraya Umum yang baru lalu dengan majoriti sebanyak 17,710 undi. Sebenarnya tiada apa yang memungkinkan pemegang kerusi ini mengosongkan kerusinya selain   memberi laluan kepada Presiden partinya bagi membolehkan menjadi Ahli Dewan Negara dan seterusnya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.   Itu sahaja, tiada agenda lain. Pilihanraya Kecil seumpama ini bukanlah perkara yang baru, ianya telah dilakukan berkali-kali, namun yang menariknya pada kali ini adalah pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dicks

MERDEKA TANPA UMNO!

Imej
Sambutan Merdeka pada tahun ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku” adalah kali pertama pasca Pilihanraya Umum ke-14.  Menariknya pada tahun ini adalah juga kali pertama tanpa kerajaan yang telah berkuasa selama 60 tahun – UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin ramai (khusunya yang mengundi BN) menganggap kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan sebagai gagal, apatah lagi dilihat tidak dapat menunaikan sebahagian janji mereka dalam manifesto tempohari.   Secara peribadi, hanya mereka yang kurang mahu berfikir memilih Pakatan Harapan kerana janji manifestonya.   Pada saya yang lebih besar adalah ‘perubahan’ kepada sebuah kerajaan yang telah lama mencengkam kuasa dan terdedah kepada pelbagai ‘salahguna kuasa’ secara tidak langsung. Sambutan Kemerdekaan peringkat kebangsaan akan berlangsung di Putrajaya. Tentulah sesuatu yang manis untuk menyaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyambutnya untuk kali pertama di bawah Pakatan Harapan. Seingat saya hanya dua kali, sambutan Ha

MENGEJUTKAN HARIMAU BAHASA YANG TERLELAP!

Imej
Salah satu agensi yang penting dan termaktub di dalam perlembagaan negara adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).   Ini kerana peranan DBP mecakupi tanggungjawab dan mandat yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini. Kedudukan Bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mestilah digunakan untuk maksud urusan rasmi. Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan   pada tarikh 22 Jun 1956, selain daripada memartabatkan Bahasa Melayu disamping bertujuan mengembangkan Bahasa Melayu.   Dewan Bahasa dan Pustaka menggariskan Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia  sebagai visi mereka.   Namun akhir-akhir ini sejak sedekad yang lalu, DBP menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mereka memartabatkan Bahasa Melayu.   Pada awal 2009, terdapat bantahan secara besar-besaran yang membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) .   Tindakan ba

SALAM AIDILFITRI MALAYSIA BAHARU!

Imej
Biarlah saya berterus terang, sebenarnya saya telah menyambut Hari Raya jauh sebelum kita menyambut kedatangan Ramadan, iaitu seminggu sebelum Ramadan bermula.   Saya menyambutnya ketika Pakatan Harapan menafikan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-14 yang baru berlalu.   Itulah kemenangan yang manis kepada ramai rakyat Malaysia. Walaupun banyak janji-jani dalam manifesto PH yang belum terlaksana, misalnya menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak, namun saya tidak pernah ambil pusing terhadap janji-janji ini.   Malah apabila seorang rakan dalam laman muka buku menitipkan ungkapan berikut: “najib janji nak bagi free tol sempena hari raya…PH pulak bagi 50 peratus.   Mana yang lebih baik ?” Saya dengan tegas menjawab begini: “eloklah yang 50% daripada yang free tapi rembat duit rakyat!” Malah rata-rata semua rakyat akur dengan penjelasan dan kewajaran kerajaan PH untuk menangguhkan janji-janji dalam manifesto berdasarkan keadaan ekonomi negara pada masa ini

JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH!

Sepanjang tempoh peralihan tampuk pemerintahan negara dari Kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan pasca PRU-14, seolah-olah kelihatannya barisan kerajaan baharu ini hanya dianggotai oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sahaja. Apa tidaknya, saban hari ada sahaja kenyataan daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.   Yang terkini adalah kenyataan bagaimana isi kandungan fail merah yang didedahkan menunjukkan kepincangan dalam tadbir urus kerajaan sebelum ini. Saya kurang berminat dengan kenyataan-kenyataan terbuka seperti ini yang didedahkan secara pramatang, maksudnya, sebelum benar-benar menyelidiki semua aspek telah dikeluarkan kenyataan.   Saya tidak meragui penemuan-penemuan ini, namun biarlah berlaku adil kepada semua pihak, bukan sahaja kepada para pegawai yang terlibat dalam kementerian tersebut malah kepada mantan kerajaan sebelumnya.   Bermula daripada kelewatan majlis angkat sumpah Perdana Menteri yang sepatutnya berlangsung pada pagi 10 Me