TALAM & PENYELESAIAN HUTANG
Selepas
menghadiri sesi taklimat isu air di Selangor dan isu TALAM pada hari ini, saya membuat satu kesimpulan
yang jelas, ahli politik BN memang dalam keadaan terdesak untuk menawan
Selangor daripada pakatan pembangkang.
Saya
tidak mahu sangat menyentuh mengenai isu air kerana telah disentuh di dalam
entri terdahulu, SYABAS yang berselindung di belakang sokongan Kerajaan
Persekutuan amat jelas telah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pengagih
air terawat bagi kegunaan warga Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bekalan
air mentah memang mencukupi daripada tujuh buah empangan di Negeri Selangor dan
ditambah pula oleh loji Sungai Labu yang bakal beroperasi, namun kegagalan
SYABAS menyalurkan air terawat dengan peratus air tidak berbayar masih di tahap
tinggi iaitu 32%, menampakkan kegagalan tanggungjawabnya kepada para pengguna
seperti saya.
Taklimat
hampir tiga jam setengah yang kebanyakkannya dihadiri oleh pemilik industri dan
pemaju perumahan di adakan di Pusat Konvensyen Shah Alam. Apa yang menjadi kegusaran ialah permohonan
daripada kalangan pemilik kilang dan pemaju perumahan masih belum diluluskan
yang kini telah mencapai lebih 200 permohonan yang tertangguh.
Taklimat
mengenai isu TALAM yang hangat dimainkan oleh MCA melalui Datuk Chua Tee Yong,
Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani yang juga Ketua
Biro Profesional Muda MCA pusat, di sampaikan
oleh YB Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara yang juga Pengarah Publisiti DAP. Menariknya sesi taklimat ini seolah-olah
menutup mulut kebanyakan mereka yang hadir tanpa apa-apa maklumat mengenai isu
TALAM.
Isu
TALAM yang kononnya merupakan satu bentuk ‘bail out’ oleh Kerajaan Negeri
Selangor terhadap TALAM disanggah secara fakta malah saya tidak keterlaluan
untuk mengatakan bahawa Datuk Chua Tee Yong hanyalah sebagai ‘budak belasahan’ kepada
usaha menawan semula negeri Selangor.
Taklimat
yang begitu jelas bagi setiap isu yang dinyatakan oleh Datuk Chua Tee Yong
dijawab secara fakta oleh YB Tony Pua, sehingga tiada sebarang soalan berkaitan
dengan isu TALAM oleh yang hadir.
Malangnya semua penjelasan yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor
gagal dilaporkan secara berwibawa oleh akhbar-akhbar arus perdana khususnya
akhbar yang mempunyai hubungan dengan MCA.
Ironinya,
kesemua hutang oleh TALAM adalah ketika zaman pemerintahan BN, walaupun telah
juga diadakan perjanjian penyelesaian pada tahun 2006, namun tiada satu pun
yang berjaya dikutip oleh Kerajaan negeri ketika pemerintahan BN dahulu.
Dalam
sesi taklimat ini juga diselitkan taklimat oleh pengurusan tertinggi Permodalan
Nasional Selangor Berhad (PNSB) di mana menjawab rasional mengambil pinjaman
bank bagi melunaskan pembelian tanah daripada Perbadanan Menteri Besar, yang
mana sebagai satu entiti di bawah Kerajaan Negeri melakukan urusniaga atas
dasar perniagaan.
Rasanya
adalah lebih baik Datuk Chua Tee Yong memeriksa fakta sebelum menyalak lebih
kuat lagi, kerana sebagai seorang akauntan bertauliah, adalah mustahil tidak
memahami aspek penyelesaian hutang TALAM
oleh Perbadanan Menteri Besar.
Sebagai
Timbalan Menteri Pertanian & Asas Tani, adalah juga lebih baik, Datuk Chua
Tee Yong mencari jalan membantu Kerajaan memperolehi semula apa yang telah
diberikan kepada NFC, daripada menyalak mengenai isu TALAM yang hanya mencuit
sedikit sana dan sini tanpa melihat keseluruhan proses penyelesaian hutang TALAM
oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Datuk
Chua Tee Yong juga harus berani menyahut cabaran pihak Kerajaan Negeri Selangor
untuk berdebat secara terbuka bagi membuktikan kesungguhannya mempertahankan
fakta-fakta mengenai isu TALAM, daripada terus memberikan gambaran yang salah
mengenai biro yang diwakilinya.
Ulasan