SURUHANJAYA DIRAJA BUKAN SURUHANJAYA SEGERA!
"RCI
sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang
keputusan suruhanjaya itu” itulah antara ungkapan mantan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad yang berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi
menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai
‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu.
Hari ini, Perdana
Menteri mengumumkan DYMM Yang DiPertuan Agong telah memberi perkenan terhadap
cadangan kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kebanjiran
pendatang asing di Sabah khususnya yang berkaitan dengan pemberian kerakyatan
secara berleluasa.
Suruhanjaya ini
akan dipengerusikan oleh mantan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak,
Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan perlu menyelesaikan siasatan dalam tempoh enam
bulan.
Apakah lawatan
Perdana Menteri pada hari ini sehari sebelum khabar yang mengatakan bahawa
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di Sabah hujung minggu
ini dengan andaian bahawa akan ada lagi pemimpin Sabah yang akan menyertai
pakatan pembangkang seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk
Seri Wilfred Bumburing dua minggu yang lalu.
Apa yang menarik
ialah antara alasan yang diberikan sebab mereka mengisytiharkan keluar daripada
Barisan Nasional antara lain menyebut mengenai kebanjiran warga asing di Sabah
yang disanggah oleh para pemimpin Barisan Nasional Sabah dan kini apabila
Perdana Menteri mengumumkan penubuhan suruhanjaya, bukankan ia menunjukkan
adanya asas dakwaan mereka berdua.
Walau bagaimana
kukuh pun dakwaan mengenai Sabah sebagai ‘satu simpanan tetap’ Barisan
Nasional, insiden dua pemimpin negeri meninggalkan Barisan Nasional harus
dipandang serius malah lebih serius ialah dakwaan mereka mengenai kebanjiran
warga asing di Sabah yang di ‘halalkan’.
Semoga penubuhan
suruhanjaya ini dan hasilnya akan dapat dimanfaatkan serta tindakan susulan
supaya penubuhannya adalah benar-benar berfungsi dan tidak sekadar retorik
sebagai salah satu cara menangkis dakwaan para pemimpin Sabah yang mahu
meninggalkan Barisan Nasional.
Kelihatannya, ‘nasihat’
tidak rasmi mantan Perdana Menteri seperti tidak diambil pusing oleh Perdana
Menteri. Mungkin ini adalah sebahagian ‘survival’
politik Sabah supaya boleh terus menjadi ‘simpanan tetap’ kepada Barisaan
Nasional.
Jika melihat
daripada sisi ‘nakal’ yang lain pula, adakah ini permulaan sesi ‘memalukan’
kepada mantan Perdana Menteri seperti yang diungkapkan oleh ‘bakal Menteri
Besar Kedah’, Datuk Mukhriz Mahathir, "Kekalahan
pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia
orang Kedah. Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali
kedua,"
Tahniah kepada Perdana Menteri yang mendengar dan bersikap proaktif dengan penubuhan Suruhanjaya DiRaja, harapnya bukan Suruhanjaya Segera!
Ulasan