Catatan

DIPLOMASI GAYA PANDA @ PANDIR!

Kisah panda China yang dipinjamkan kepada Malaysia bukanlah kisah yang baru, ianya  telah diuar-uarkan sejak lebih setahun yang lalu.  Pada minggu lepas panda yang menjadi bualan akhirnya tiba di bumi Malaysia. Dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China, kononnya bagi memperingati hubungan akrab dua buah negara yang dirintis sejak empat dekad yang lalu. Khabarnya sehingga kini, Kerajaan (baca:BN) telah berbelanja hampir RM70 juta bagi merealisasikan hubungan akrab dua negara ini.  Anehnya, walaupun dengan hubungan akrab dua negara selama 40 tahun, namun Kerajaan China seperti ‘berbisnes’ dengan kita.  Apa tidaknya, daripada jumlah RM70 juta yang telah dibelanjakan sehingga kini, RM20 juta adalah sebagai bayaran sewa bagi empat tahun pertama. Adakah Kerajaan BN begitu naif sehingga mahu percaya bahawa hubungan diplomatik dapat diakrabkan dengan perbelanjaan luar jangka, berat sebelah dan bodoh dengan pertukaran dua ekor panda yang  menel...

YANG BARU, YANG KITAR SEMULA & YANG MEROYAN

Bila sebut kitar semula, ramai rakyat Malaysia agak liat, apa tidaknya kesedaran untuk mengitar semula adalah pada tahap yang sangat rendah.  Sehingga perlu digerakkan dengan pelbagai kempen media.  Selain itu, amalan kitar semula juga sudah menjadi agenda ‘paksaan’ apabila beg plastik dikenakan bayaran pada setiap hari Sabtu.  Amalan kitar semula di negara kita walaupun telah berusia lebih dua dekad namun ianya masih tidak sebati dengan rakyat Malaysia, masih belum berbudaya. Kini kitar semula juga digunapakai dalam pemilihan calon-calon pilihanraya khususnya tiga pilihanraya kecil iaitu Kajang, Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Di Kajang calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dikitar semula bertujuan untuk merebut kerusi panas di Selangor itu.  Walaupun Barisan Nasional tidak meletakkan calonnya di Bukit Gelugor pada pilihanraya kecil minggu lepas, namun umum tahu siapakah calon-calon mesra BN yang dikhabarkan mewakili Cinta Malaysia! Parlimen Bukit...

ALASAN BODOH!

Tiga minggu yang lalu, dalam entri saya berjudul “ P051 BUKIT GELUGOR, PASS OLEH BN? ”, saya membayangkan bahawa BN sepatutnya mengabaikan untuk meletakkan calonnya dalam PRK P051 Bukit Gelugor.  Alasannya sangat mudah, sama ada BN mahupun komponen MCAnya tentulah tidak mampu menggugat ngauman Rimau Jelutong yang ditinggalkan oleh peyandangnya, mendiang Karpal Singh. Alasan yang dikemukan adalah “atas sebab MCA pada masa kini perlu memberi penuh perhatian ke atas krisis Perlembangan yang dicetuskan oleh PAS. MCA perlu berusaha secara sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti melindungi Perlembangan, Dalam pertimbangan pelbagai isu yang dilakukan, MCA telah mengambil keputusan ini untuk tidak bertanding. ”. Siapa sahaja kecuali yang buta politik tahu alasan yang dikemukakan oleh MCA akan mengungguli carta lawak hari ini sepanjang beberapa minggu.  Ini kerana alasan tersebut sama sekali tidak mencerminkan apa sebenarnya sedang dialami oleh MCA pada masa ini. Malah orang...

KUBUKU BUKU @ PBAKL!

Saya bergelumang dengan buku setiap masa, sama ada buku secara fizikal mahupun di dalam maya.  Malah jika dihitung sepanjang tahun selama 365 hari, akan ada sahaja senaskhah buku yang sampai ke tangan saya setiap hari secara purata. Kisah buku dan saya bukanlah permulaan yang baik.  Buku pertama yang mahu saya miliki sekitar usia enam tahun adalah ‘Kamus Oxford ’ yang tebalnya boleh menyebabkan budak berusia enam tahun pengsan jika dihempap buku tersebut. Kamus Oxford yang tebal sebenarnya adalah dibeli oleh ayah saya untuk kegunaan abang sulong saya yang ketika itu telah berada di sekolah menengah tinggi.  Namun kerana desakan dan rajuk yang panjang di samping menepis ego abang sulong saya yang pada ketika itu saya rasakan begitu ‘bongkak’ dengan kamus Oxford nya, saya memaksa ayah saya membelikan saya sebuah kamus yang sama.  Maka dapatlah saya sebuah kamus Oxford yang tebal sebagai antara buku awal saya. Sepanjang zaman persekolahan rendah saya berm...

MISI PENCARIAN PESAWAT MH370 DISWASTAKAN?

Di Malaysia di mana budaya inovasi dan keusahawanan sangat tinggi tidak mustahil ia dilakukan.  Soalnya hanyalah bila, siapa dan bagaimana.  Dengan semangat Malaysia Boleh yang membara, baja subsidi boleh bertukar tangan, baucar BB1M boleh ditunaikan dengan diskaun hampir 50 peratus.  Malah BB1M boleh juga digunakan untuk membeli tudung, krim kecantikan selain tambah nilai telefon bimbit! Misteri kehilangan pesawat MH370 yang membawa seramai 239 orang penumpang dan kru telah memasuki minggu ke-7 tidak menampakkan sebarang hasil yang memberangsangkan.  Puluhan aset, ribuan petugas dan kepakaran di samping ribuan jam kerja (manhours) telah digerakkan, namun tidak sangat menampakkan tanda-tanda kejayaan. Kenyataan Perdana Menteri “ini adalah lokasi terpencil yang jauh dari mana-mana lokasi pendaratan.  Oleh itu saya dengan dukacitanya memaklumkan penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi” kini mengundang pelbagai persoalan. Majorit...

SALAM HARI PEKERJA!

Selepas hampir lima dekad menghirup udara di bumi tuhan, saya telah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan.  Sebagai seorang anak kemudian menjadi bapa, sebagai seorang majikan kecil, menjadi pekerja, menjadi majikan dewasa di samping pernah memimpin sekumpulan pekerja di bawah saya. Benarlah kata orang, hanya jauhari mengenal maknikam.  Tiada siapa pun yang dapat merasai jerit perih seorang pekerja jika tidak pernah melalui dan mengalaminya sendiri.  Alam adalah sebaik-baik guru. Setiap kali tibanya 1 Mei, ingatan sebagai pekerja dan orang bawahan saya akan sentiasa mengisi kolam kenangan.  Selama hayat meraikan hari pekerja tentulah ada sesuatu yang sentiasa menjadi impian saya, impian saya ialah mengharapkan agar para pekerja tidak lagi dianggap sebagai orang bawahan, tetapi haruslah dianggap sebagai ‘bos’ dan rakan organisasi. Pekerja sebagai bos bukanlah sesuatu yang mustahil.  Di negara maju para pekerja merupakan aset bagi sesebuah organisasi....

SELAMAT DATANG TUAN PRESIDEN

Salam 1Malaysia Tuan Presiden, selamat datang ke negara kami.  Kami negara kecil berjiwa besar, dunia tidak begitu mengenali negara kami kecuali selepas kehilangan pesawat MH370 pada  8 Mac yang lalu.  Kami pun menjadi sangat terkenal, apa tidaknya pintu masuk kami sangat liberal dan mesra pengganas sehingga ada penumpang yang menggunakan passport curi tanpa dapat dikesan. Tuan Presiden, Gelaran Presiden seperti yang digunakan oleh tuan selepas dilantik sebagai ketua negara bukanlah apa-apa.  Di negara kami, ungkapan presiden adalah sangat lumrah di negara kami.  Jadi janganlah tuan perasan dengan gelaran Presiden yang tuan gunakan. Ketua-ketua parti dinegara kami juga digelar Presiden.  Malah perdana menteri kami juga adalah presiden parti UMNO yang telah berusia lebih 60 tahun itu.  Parti orang-orang India seperti MIC dan MUIP juga diketuai oleh seorang presiden, begitu juga parti dominan orang-orang Cina di negara kami, MCA.  Malah...