GILA APA?
Sesuai
dengan semangat Malaysia Boleh, kita juga tidak sunyi dengan saranan dan
pemikiran aras tinggi khususnya daripada para pemimpin. Terkini adalah saranan Menteri Wilayah
Persekutuan, Tengku Adnan Mansor.
Beliau
dilaporkan berkata sedang bercadang untuk melaksanakan hukuman denda kepada
pemberi dan peminta sedekah kerana budaya meminta sedekah mencemar imej negara.
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman
dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini
adalah orang asing”.
Ironinya alasan yang digunakan oleh
menteri berfikiran aras tinggi ini adalah bahawa kebanyakan peminta sedekah ini
adalah orang asing. Bukankah telah sedia
ada hukuman kepada warga asing yang memasuki negara ini, atau adakah mereka ini
pendatang asing tanpa izin. Jika apa pun
sebenarnya saranan menteri berfikiran aras tinggi ini sebenarnya menampakkan
kelemahan agensi penguatkuasaan khususnya terhadap warga asing.
Amalan bersedekah adalah amalan mulia
yang dituntut oleh ajaran Islam. Sebagai
sebuah yang agama rasminya adalah Islam, yang mana pengurusan haji yang
dikagumi negara lain, yang mana penganjuran tilawah Al-Quran saban tahun
menjadi idola negara Islam yang lain, saranan menteri berfikiran aras tinggi
ini tentulah dianggap ‘buang tebiat’.
Malah ada hadis sahih menyebutkan “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi
Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya
kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang
lain, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Bersedekah juga
adalah salah satu nilai murni yang menjadi amalan setiap insan tanpa mengira
agama. Apabila menteri berfikiran aras
tinggi memberikan saranan atau sedang memikirkan untuk melaksanakan tafsiran
baru kepada yang bersedekah, bukankah ianya menghantar isyarat yang salah
khususnya kepada generasi baru dan anak-anak kita.
Adakah kerana kita terlalu mahu
menjaga imej negara dan ibu kota, sehingga menghakis nilai-nilai murni dan
amalan baik dalam kalangan rakyat dan umat Islam. Selain itu menteri tersebut juga bercadang
untuk mengehadkan lokasi pengedaran makanan percuma kepada geladangan kerana
khabarnya mengundang kekotoran.
Amat malang bagi sebuah ibu kota
seperti Kuala Lumpur dan Malaysia mempunyai seorang menteri berfikiran sempit
seperti ini. Apa tidaknya bukan sahaja
badan-badan bukan kerajaan ini berusaha mengumpul dana, menyiapkan makanan
untuk disedekahkan kepada golongan gelandangan sebagai satu amalan mulia, kini
mereka pula diletakkan pelbagai hambatan bagi melaksanakannya.
Apalah yang lebih dituntut dalam
aspek kemanusiaan jika agensi-agensi di bawah menteri berfikiran aras tinggi
tersebut tidak pun boleh digerakkan untuk membersihkan bandaraya, bukannya
untuk memberi makan pun!
Jika menteri berfikiran aras tinggi
menjengah ke lokasi-lokasi di mana pengagihan makanan dilakukan, tentu beliau
akan mendapat gambaran bahawa sampah yang ada tidak begitu teruk berbanding
sampah oleh pengunjung konsert yang lesennya diberikan oleh agensi di bawah
menteri berfikiran aras tinggi.
Dalam bulan Ramadan Al-Mubarak yang Islam menganjurkan amalan bersedekah
yang lebih, saranan menteri berfikiran aras tinggi yang beragama Islam, seperti
menghina umat Islam dan ajaran Islam, mungkin ada baiknya menteri tersebut
memikirkan semula idea ‘gila’nya sebelum lebih ramai mengungkapkan, gila apa!
Ulasan