MESIN JUDI, BUKAN CERITA BARU!
Kisah
mesin judi yang menjadi isu utama dan iltizam Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
bukanlah sesuatu yang baru. Malah jika
ianya adalah gossip, bolehlah diibaratkan sebagai gossip yang basi.
Mesin
judi telah menular di negara kita khususnya di bandar-bandar besar dan juga
pekan-pekan kecil sejak awal tahun 90an.
Ironinya
perusahan kecil dan sederhana mesin judi ini dipelopori oleh kaum Cina dan
pelanggan terbesarnya adalah kaum Melayu.
Ini bukanlah andaian namun adalah realiti. Malah ada juga dakwaan bagaimana perusahan
kecil dan sederhana mesin judi ini dinaungi oleh ‘bapa angkat’ daripada
kalangan penguatkuasa sama ada polis atau pun pihak berkuasa tempatan.
Pernah
terdapat sebuah laporan sebuah akhbar yang mendedahkan bagaimana perusahan
kecil dan sederhana mesin judi ini beroperasi seolah-olah sebuah perusahaan
yang halal hanya beberapa ratus meter daripada sebuah pondok polis. Malah senario lambakan mesin judi di
pekarangan balai polis juga bukanlah sesuatu yang asing, misalnya di Balai
Polis Pandan Indah.
Membanteras
perusahaan kecil dan sederhana mesin judi ini memerlukan usaha bersepadu semua
pihak dan tidak hanya menudin jadi kepada pasukan PDRM. Tentulah amat mustahil jika hanya PDRM
dibebani dengan tanggungjawab ini dan tidak mendapat kerjasama daripada agensi
lain seperti pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional dan Jabatan Bekalan Air
dan agensi penguatkuasaan yang lain.
Jika
Menteri Dalam Negeri pada masa ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu
meninggalkan legasi dan diingati, beliau haruslah beriltizam untuk membanteras
perusahaan kecil dan sederhana mesin judi ini sehingga ke akar umbi. Jika terdapat mana-mana pegawai penguatkuasa
di bawah KDN yang dikenalpasti melindungi mana-mana pengendali perusahaan kecil
dan sederhana mesin judi haruslah dihukum sewajarnya dan bukanlah dipindahkan
ke tugasan meja sahaja!
Secara
peribadi saya pernah mendengar dan melihat sendiri bagaimana perusahaan kecil
dan sederhana mesin judi ini sebenarnya memporak perandakan sebuah keluarga
yang mengusahakan sebuah restoran di sebuah pusat membeli belah di pinggir ibu
kota.
Si
bapa, yang merupakan lulusan sebuah universiti luar negara mengendalikan
restoran tersebut bersama isterinya.
Pada peringkat awalnya si bapa ini membuat urusan pembelian bahan-bahan
mentah untuk jualan, namun selepas wujudnya perusahaan kecil dan sederhana
mesin judi di kompleks membeli belah tersebut, beliau menjadi ketagih kepada
mesin judi atau mesin kuda ini.
Akhirnya
wang yang dibekalkan untuk membeli bahan-bahan mentah ini akan disedekahkan
kepada perusahaan kecil dan sederhana mesin judi ini. Malah mengikut cerita isterinya, anak
perempuan pasangan ini juga pernah dicagarkan untuk melepaskan nafsu ketagihan
terhadap perusahaan kecil dan sederhana mesin judi ini.
Pembongkaran
demi pembongkaran mengenai perusahaan kecil dan sederhana mesin judi ini
sebenarnya tidak membantu apa-apa pun, yang penting adalah bersungguh-sungguh
membanterasnya sehingga ke akar umbi.
Kenyataan
Ketua Polis Negara bahawa peningkatan rampasan sebanyak 35% pada tahun ini
sahaja sebenarnya bukanlah sesuatu pencapaian yang baik jika peningkatan
perusahaan kecil dan sederhana mesin judi ini adalah pada kadar 350% setiap
tahun!
Selain
daripada penguatkuasaan, hukuman juga harus dikenakan kepada pemilik premis
agar berhati-hati dan memastikan bahawa premis sewaan mereka tidak terlibat
dengan perusahaan kecil dan sederhana mesin judi ini.
Sebenarnya
perusahaan kecil dan sederhana mesin judi adalah seperti industri huluan yang
mencambah industri hiliran yang lain seperti judi pertaruhan, sindiket
pelacuran dan cetak rompak. Ini adalah
amanah kepada PDRM dan bagaimana anda mahu diingati oleh rakyat dan generasi
akan datang.
Ulasan