BUDAYA ORANG LAIN TAK BOLEH!
Kecoh kini mengenai pemilikan
kereta Mercedes Benz S300L oleh Ketua
Menteri Pulau Pinang. Puak-puak
pembangkang (baca: UMNO) yang kemaruk gagal merebut Pulau Pinang dikhabarkan
bertanya bagaimana kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng boleh membayar
hanya separuh daripada harga kereta tersebut.
Sama ada bebal atau tidak faham
struktur percukaian kenderaan import, nampaknya UMNO Pulau Pinang cuba
mengheret rakyat untuk turut sama bebal seperti mereka.
Harga sebenar kereta rasmi Guan
Eng adalah RM657,218.00 namun kerajaan negeri telah membelinya hanya dengan
harga RM298,653.00. Matematiknya adalah
mudah kerana kerajaan negeri memohon untuk perlepasan cukai dan ditambah
diskaun oleh penjual.
Maka apabila UMNO Pulau Pinang
mempertikaikan pembelian ini, sama lah seperti membodohkan diri sendiri atau
buat-buat bodoh.
Budaya orang UMNO yang suka
mempertikaikan itu dan ini kelihatannya telah ketinggalan zaman. Baru-baru ini ketika kerajaan Selangor menaikkan
gaji dan elaun ADUN, Exco dan Menteri Besarnya, seolah-olah digambarkan bahawa
dunia bakal kiamat dengan kenaikkan yang diumumkan itu.
Orang-orang UMNO seperti lupa,
Sarawak yang merupakan negeri kedua besar daripada segi pelaburan juga telah
menaikkan gaji dan elaun ADUN, Exco dan Ketua Menteri mereka jauh lebih awal,
maka Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia, tentulah lebih layak. Adakah kerana Selangor ditadbir oleh
pembangkang mereka hilang kelayakan.
Pertimbangan kerajaan negeri
Pulau Pinang dan Selangor adalah pertimbangan jangka panjang. Jika dengan pengecualian cukai, kos
penyelenggaraan yang lebih rendah untuk jangka panjang maka apa salahnya Ketua
Menterinya menggunakan kereta Mercedes berbanding kereta Proton yang dilaungkan
oleh puak-puak UMNO Pulau Pinang.
Jika semangat nasionalisme
diambil kira, lihat juga berapa kerat pemimpin UMNO khususnya Pulau Pinang yang
menggunakan kereta nasional dan mendabik dada mengatakan mereka mempunyai
semangat nasionalisme yang tinggi.
Pembelian kereta oleh kerajaan
negeri adalah sama seperti prestasi syarikat, jika syarikat besar dan membuat
keuntungan yang besar maka tidak salahnya untuk membeli kereta yang besar untuk
Ketua Pengawai Eksekutifnya atau dalam konteks negeri, Ketua Menteri atau
Menteri Besarnya.
Dengan kerja keras mencari
peluang-peluang pelaburan untuk Pulau Pinang, rasanya tidak salah bagi Ketua
Menteri menggunakan kereta Mercedes lagipun itu bukanlah kereta peribadi Guan
Eng tetapi adalah milik Kerajaan Negeri.
Jika UMNO Pulau Pinang berhasrat
untuk menggunakan Mercedes seperti yang digunakan oleh Ketua Menteri maka
mereka harus berkerja keras merebut kembali Pulau Pinang tetapi bukanlah dengan
cara membodohkan rakyat dengan helah naif mereka tentang cukai dan duti eksais
yang boleh dikecualikan atas permohonan oleh Kerajaan Negeri.
Mercedes atau Proton bukanlah
ukurannya yang penting adalah memajukan negeri.
Adalaah mudah menuduh itu dan ini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, namun
bagi UMNO Pulau Pinang yang lebih penting adalah rencana merebut kembali Pulau
Pinang dari tangan DAP. Ada beran?
Ulasan