SELAMAT HARI BAPA - NOSTALGIA 1
YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj-Bapa Kemerdekaan Malaysia
Allah SWT sentiasa menjadikan berpasangan dan begitu indah. Begitulah, jika Hari Ibu diraikan pada 11 Mei setiap tahun, Hari Bapa pula diraikan pada Ahad ketiga Bulan Jun di kebanyakan negara dunia. Hari Bapa diraikan pada 15 Jun, pada tahun ini. Cerita tentang ayah,abah, papa,atta,walid,bapak,bhawa,daddy,dad,pa,abuya,appa,ayahanda, atau apa sahaja gelaran kepada lelaki bergelar bapa sentiasa mengimbau nostalgia yang bukan sedikit.
aku kembali memikirkan
makna dari harapan bapa
"selesai bersekolah nanti kembalilah kau ke kedai ini"
ketika itu diri dikecil kehendak
dia ayah yang tak pernah mengerti
dia ayah yang tak pernah mengerti
hasrat semarak si anak
yang pagi petang dibuai impian
siang malam dilambung angan-angan
untuk menjadi lebih dari seorang pekedai..
(petikan sajak Sdr. Rahman Shaari, antara ingat dan lupa bait-baitnya!)
Sajak itu amat menepati sifat dan sikap ayah saya. Walaupun saya tidak mengenali penulis sajak itu ketika saya menaip semula dan meletakkan dibelakang folder saya sewaktu masih di Tingkatan 5, saya semacam terasa bahawa sajak itu memang kena dengan diri saya. Saya banyak mewarisi sikap dan semangat arwah ayah saya antaranya, membaca dan menjadi pengamat..Apa pun Selamat Hari Bapa untuk teman-teman yang menjadi bapa dari semua profession dan latar kehidupan.
Ulasan