DAULAT TUANKU
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah
Tuanku Nur Zahirah
Daulat Tuanku. Pada setiap Sabtu pertama bulan Jun, seluruh Malaysia bercuti kerana sambutan Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Selamat Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 Januari 1962 bersamaan 15 Syaaban 1381 Hijrah di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah putera sulung daripada tujuh bersaudara. Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku. Sembah patik harap diampun. Daulat Tuanku!
Ulasan