Catatan

APA MAKNANYA KABINET 35?

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang baru (yang sebenarnya muka lama) dalam Kabinet beliau.  Enam muka baru yang lama ini sebenarnya adalah daripada parti komponen MCA dan GERAKAN.  Perlantikan wakil MCA ke dalam kabinet adalah ekoran Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu pada Februari lalu yang meluluskan resolusi untuk menerima perlantikan Kerajaan ke dalam kabinet.  Sebelum ini, bekas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bertekad parti itu tidak akan menerima jawatan dalam Kerajaan jika pencapaian mereka dalam PRU -13 tidak memuaskan. Selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu pada Februari yang lalu di bawah kepimpinan  Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai parti itu telah meluluskan usul untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat. Antara yang terlantik adalah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diberikan amanah sebagai Menteri Pengangkutan yang s...

PROAKTIF & AKAUNTABILITI

Minggu lepas pecah cerita mengenai seorang remaja kurang upaya yang dikurung dalam sebuah rumah dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Muhammad Firdaus Dullah berusia 15 tahun ditemui dengan tidak sengaja oleh pasukan Imigresen Negeri Sembilan ketika melakukan operasi bersepadu 6P diflat kediaman anak malang itu.  Yang lebih malang adalah mangsa ditemui terkurung dalam sebuah bilik dalam keadaan kurus kering, tidak terurus ditemani najis dan sampah sarap.  Selepas penemuan anak malang itu, berduyun-duyun para pemimpin kecil dan besar bertandang untuk merakamkan simpati dan menghulurkan bantuan.  Malah ibu kepada mangsa, Imashima Lola juga telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengabaikan anak sendiri berdasarkan Akta Kanak-kanak 2001. Mujurlah, anak malang ini diselamatkan ketika berlaku operasi bersepadu 6P, anehnya ibunya adalah seorang yang bekerja malah dikhabarkan mempunyai akaun laman sosial facebook , tanggapan bahawa si ibu tidak tahu mengenai kew...

HALAL & HARAM, APAKAH JAKIM SEBAIK-BAIK PENGAWAL?

Akhir-akhir ini isu halal banyak diperkatakan.  Dalam percakapan seharian secara terbuka sama ada dalam laman maya atau dalam kumpulan kecil tertutup dalam maya, isu halal antara yang sering dibincangkan. Isu halal makanan seperti bee hoon saban hari diperkatakan.  Pendedahan juga hampir ada sahaja akhir-akhir ini.  Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat isu halal dalam negara yang lebih setengah abad ini merdeka masih belum selesai. Walaupun peranan sebagai agensi yang berkaitan secara langsung dengan halal oleh JAKIM pernah juga dilaksanakan oleh pada awalnya oleh JAKIM, kemudian diswastakan dalam tempoh singkat kepada sebuah syarikat iaitu Ilham Daya, kemudiannya oleh Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan akhirnya dikembalikan kepada JAKIM, namun kemelut halal oleh umat Islam di negara ini masih tidak selesai. Sungguhpun kita mendengar bahawa syarikat sipolan menghasilkan bee hoon dalam persekitaran yang tidak halal, malah yang lebih berani menggunaka...

PIALA DUNIA, YANG MENJENGKELKAN & YANG MENGUJAKAN

Saya sengaja memilih untuk tidak menulis entri baru untuk blog ini.  Bukanlah kerana saya tidak lagi berminat untuk menulis, namun kerana hambatan tugas hakiki yang agak sibuk menjelang separuh tahun 2014.  Selain itu, hambatan kesihatan juga membataskan usaha saya mengemaskini blog ini. Kurang daripada 24 jam, pertandingan bola sepak Piala Dunia akan membuka tirainya.  Acara setiap empat tahun ini bakal mengurangkan pelbagai aspek khususnya produktiviti.  Selain itu, para majikan juga akan menerima lebih banyak panggilan cuti sakit dan cuti kecemasan dengan pelbagai alasan rekaan.  Semua ini adalah rutin setiap kali berlangsung Piala Dunia. Apa pun yang lebih menarik adalah bagaimana bola sepak menjadi medium menyatukan umat dunia.  Selama satu bulan Piala Dunia berlangsung, warna kulit, bangsa dan pegangan agama akan diketepikan untuk menyokong pasukan pilihan masing-masing. Di negara kita selain daripada penglibatan para peminat bola sepak s...

DIPLOMASI GAYA PANDA @ PANDIR!

Kisah panda China yang dipinjamkan kepada Malaysia bukanlah kisah yang baru, ianya  telah diuar-uarkan sejak lebih setahun yang lalu.  Pada minggu lepas panda yang menjadi bualan akhirnya tiba di bumi Malaysia. Dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China, kononnya bagi memperingati hubungan akrab dua buah negara yang dirintis sejak empat dekad yang lalu. Khabarnya sehingga kini, Kerajaan (baca:BN) telah berbelanja hampir RM70 juta bagi merealisasikan hubungan akrab dua negara ini.  Anehnya, walaupun dengan hubungan akrab dua negara selama 40 tahun, namun Kerajaan China seperti ‘berbisnes’ dengan kita.  Apa tidaknya, daripada jumlah RM70 juta yang telah dibelanjakan sehingga kini, RM20 juta adalah sebagai bayaran sewa bagi empat tahun pertama. Adakah Kerajaan BN begitu naif sehingga mahu percaya bahawa hubungan diplomatik dapat diakrabkan dengan perbelanjaan luar jangka, berat sebelah dan bodoh dengan pertukaran dua ekor panda yang  menel...

YANG BARU, YANG KITAR SEMULA & YANG MEROYAN

Bila sebut kitar semula, ramai rakyat Malaysia agak liat, apa tidaknya kesedaran untuk mengitar semula adalah pada tahap yang sangat rendah.  Sehingga perlu digerakkan dengan pelbagai kempen media.  Selain itu, amalan kitar semula juga sudah menjadi agenda ‘paksaan’ apabila beg plastik dikenakan bayaran pada setiap hari Sabtu.  Amalan kitar semula di negara kita walaupun telah berusia lebih dua dekad namun ianya masih tidak sebati dengan rakyat Malaysia, masih belum berbudaya. Kini kitar semula juga digunapakai dalam pemilihan calon-calon pilihanraya khususnya tiga pilihanraya kecil iaitu Kajang, Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Di Kajang calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dikitar semula bertujuan untuk merebut kerusi panas di Selangor itu.  Walaupun Barisan Nasional tidak meletakkan calonnya di Bukit Gelugor pada pilihanraya kecil minggu lepas, namun umum tahu siapakah calon-calon mesra BN yang dikhabarkan mewakili Cinta Malaysia! Parlimen Bukit...

ALASAN BODOH!

Tiga minggu yang lalu, dalam entri saya berjudul “ P051 BUKIT GELUGOR, PASS OLEH BN? ”, saya membayangkan bahawa BN sepatutnya mengabaikan untuk meletakkan calonnya dalam PRK P051 Bukit Gelugor.  Alasannya sangat mudah, sama ada BN mahupun komponen MCAnya tentulah tidak mampu menggugat ngauman Rimau Jelutong yang ditinggalkan oleh peyandangnya, mendiang Karpal Singh. Alasan yang dikemukan adalah “atas sebab MCA pada masa kini perlu memberi penuh perhatian ke atas krisis Perlembangan yang dicetuskan oleh PAS. MCA perlu berusaha secara sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti melindungi Perlembangan, Dalam pertimbangan pelbagai isu yang dilakukan, MCA telah mengambil keputusan ini untuk tidak bertanding. ”. Siapa sahaja kecuali yang buta politik tahu alasan yang dikemukakan oleh MCA akan mengungguli carta lawak hari ini sepanjang beberapa minggu.  Ini kerana alasan tersebut sama sekali tidak mencerminkan apa sebenarnya sedang dialami oleh MCA pada masa ini. Malah orang...