SALAM AIDILFITRI MALAYSIA BAHARU!
Biarlah saya berterus terang, sebenarnya saya telah menyambut Hari Raya jauh sebelum kita menyambut kedatangan Ramadan, iaitu seminggu sebelum Ramadan bermula. Saya menyambutnya ketika Pakatan Harapan menafikan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-14 yang baru berlalu. Itulah kemenangan yang manis kepada ramai rakyat Malaysia. Walaupun banyak janji-jani dalam manifesto PH yang belum terlaksana, misalnya menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak, namun saya tidak pernah ambil pusing terhadap janji-janji ini. Malah apabila seorang rakan dalam laman muka buku menitipkan ungkapan berikut: “najib janji nak bagi free tol sempena hari raya…PH pulak bagi 50 peratus. Mana yang lebih baik ?” Saya dengan tegas menjawab begini: “eloklah yang 50% daripada yang free tapi rembat duit rakyat!” Malah rata-rata semua rakyat akur dengan penjelasan dan kewajaran kerajaan PH untuk menangguhkan janji-janji dalam manifesto berdasarkan keadaan ekonomi n...