JAWATAN KOSONG: MENTERI KESIHATAN!
Untuk kesekian kalinya, insiden
runtuh berlaku lagi. Ini setelah Menteri
Kesihatan memberi jaminan bahawa ianya sedang dibaiki dan dijamin selamat. Mungkin menteri terbabit perlu menyemak
semula maksud perkataan ‘akauntabiliti’ dalam kamus.
Jika di Jepun atau di Korea, para
menteri akan mengambil tindakan meletakkan jawatan sebagai mengambil
tanggungjawab dan kekesalan bagi insiden yang berlaku dalam kementerian di
bawah jurisdiksi mereka, namun di Malaysia ia adalah sebaliknya.
Jika Hospital Serdang mendapat
pengiktirafan atau mencapai sesuatu yang luar biasa, maka para menteri akan
berduyun-duyun untuk ‘tumpang sekaki’ kepada kejayaan, namun jika ianya unsur negatif,
minta maaflah, “saya tidak boleh komen, masih menunggu laporan”, itu jawapan
standard.
Insiden runtuh di Hospital
Serdang telah memasuki versi ke lima untuk tahun ini sahaja, malah mungkin
pihak yang memberikan pengiktirafan untuk buku rekod di Malaysia boleh mewujudkan
satu lagi rekod baru berdasarkan pencapaian ‘runtuh’ di Hospital Serdang.
Insiden terbaru adalah adalah
pada semalam apabila siling runtuh di bahagian Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan
Trauma hospital berkenaan.
Soalnya, ini bukanlah insiden
yang bermula pada tahun ini, namun telah pun bermula sejak beberapa tahun yang
lalu. Pun begitu khabarnya, pada bulan
lepas juga berlaku insiden siling runtuh.
Walaupun telah beberapa kali insiden ini berlaku, namun seperti tiada
usaha konkrit yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi menangani masalah ‘runtuh’
siling dan bumbung di hospital ini.
Malah dikhabarkan juga bahawa
Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr. Ardi Awang pernah dilaporkan berkata “Ini
hanya kes kecil kerana tiada sebarang kecederaan dilaporkan”, apabila diminta
mengulas insiden runtuh pada 30 September yang lalu. Adakah insiden runtuh tanpa kecederaan
dianggap kes yang kecil!
Insiden runtuh pada 13 Ogos 2012
yang menyaksikan tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita di Jabatan
Kecemasan mengalami kecederaan setelah 15 keping siling runtuh, malah pada 30
Januari 2011 kejadian runtuhan siling nyaris menghempap 9 orang awam.
Janganlah hanya bertindak apabila
berlaku kecederaan, ketika itu mungkin tidak lagi bermakna apabila berlaku
kecederaan apatah lagi jika membabitkan maut.
Mungkin ketika itu barulah segala macam peruntukan disegerakan dan si
menteri akan berlumba-lumba untuk membuat kenyataan ‘simpati’ kepada simangsa.
Menteri datang dan pergi,
runtuhan di Hospital Serdang masih juga berlaku walaupun si menteri khabarnya
memberi jaminan bahawa akan tidak ada insiden runtuhan. Jika insiden yang telah saban kali dilaporkan
membabitkan runtuhan siling dan bumbung di Hospital Serdang, namun menteri yang
berkenaan masih menjual senyum, maka yang lebih baik adalah si menteri yang
berkenaan mengundurkan diri bagi mengambil tanggungjawab dan membudayakan akauntabiliti
di kalangan rakyat Malaysia.
Sekurang-kurangnya slogan ‘Kepimpinan
Melalui Tauladan’ boleh diimarahkan semula!
Mungkin juga pihak Jabatan Audit
Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah boleh membuka siasatan bagi menyiasat ‘misteri’
di sebalik runtuhan ini.
Ulasan