SELAMAT HARI GURU SEDUNIA
Hari ini, 5 Oktober adalah hari
guru sedunia yang diraikan oleh warga pendidik di seluruh dunia. Sambutan setiap tahunnya adalah pada hari ini
sejak tahun 1994 selepas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik & Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) membuat deklarasinya.
Objektif sambutan hari guru sedunia adalah
bagi menggerakkan sokongan kepada warga pendidik bagi memastikan keperluan
generasi akan datang mampu digapai oleh warga pendidik.
Walaupun di negara kita, Hari
Guru diraikan pada setiap 16 Mei, namun di peringkat antarabangsa, sambutannya
adalah pada setiap 5 Oktober. Tema bagi
sambutan pada tahun ini adalah “Take A
Stand For Teachers”.
Menurut UNESCO tema ini dipilih
bagi mengingatkan para birokrat dan pihak berkepentingan untuk terus
mengiktiraf peranan penting warga pendidik dalam melaksanakan transformasi para
pelajar di semua peringkat pendidikan.
Tambahan pula dengan dengan
pengiktirafan warga pendidik pada tarikh ini saban tahun, kita dapat mengimbas
kembali pengorbanan warga pendidik khususnya dalam persekitaran ekonomi dan
sosial yang sukar di samping berusaha memperbaiki status professional dan
kondisi melaksanakan tugas oleh semua warga pendidik.
Guru di mana-mana sering dianggap
sebagai satu profesion yang mulia, walaupun terdapat juga beberapa insiden
terpencil yang negatif melibatkan para guru.
Bagi UNESCO, tema yang dipilih
tahun ini membawa maksud agar warga pendidik diberikan latihan yang mencukupi,
terkini di samping pembangunan kerjayan yang berterusan dan perlindungan
terhadap hak sebagai seorang pendidik.
Kerjaya sebagai seorang pendidik adalah faktor terpenting perkembangan
dunia persekolahan para pelajar.
UNESCO juga seperti menyedari,
bagaimana status profesion ini semakin merudum di banyak negara di dunia,
justeru hari guru sedunia diraikan bukan sahaja bagi mengembalikan martabat
profesion keguruan untuk manfaat generasi sekarang, malah untuk masyarakat
sejagat di samping pengiktirafan terhadap peranan guru sebagai pembentuk masa
hadapan.
Kepada semua warga pendidik di
mana sahaja berada atau di tahap mana pun memberikan perkhidmatan keguruannya,
Selamat Hari Guru Sedunia!
Ulasan