LYNAS, PENGERANG & BELAKANG RUMAH
Ketika
isu Lynas masih lagi hangat dibahaskan berhubung tahap keselamatannya, kini
timbul pula isu Projek Penapisan dan Pembangunan
Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor. Khabarnya projek mega ini bernilai enam puluh
billion ringgit dan mampu melonjak
ekonomi Johor malah meletakkan Malaysia
sebagai pusat dagangan bersepadu minyak, gas dan petrokimia bertaraf dunia.
Lynas
yang diketahui umum, masih menjadi persoalan berhubung tahap
keselamatannnya. Walaupun telah
dinyatakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung isu berkaitan kilang
nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang yang diketuai oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk
Seri Khaled Nordin, bahawa projek Lynas dinyatakan selamat. Walau bagaimanapun keputusan ini mendapat bantahan pelbagai pihak
khususnya badan-badan bukan kerajaan.
Yang
terkini ialah apabila pengurusan Lynas gagal mendapat injunksi bagi menghalang NGO
Save Malaysia Stop Lynas daripada membuat kenyataan umum berhubung operasi
Lynas.
Anehnya
dilaporkan juga bahawa Projek Penapisan dan Pembangunan
Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor, pernah cuba dilaksanakan oleh
Kuokuang Petrokimia Technologi Co, sebuah syarikat milik negara Taiwan di Taiwan. Selepas bantahan secara besar-besaran, projek
ini telah dibatalkan pada tahun 2011.
Ironinya, syarikat milik negara Taiwan itu dikhabarkan menjadi salah
satu pelabur dalam projek Rapid, yang dianggarkan membabitkan kawasan kira-kira
22,500 ekar, yang merangkumi sehingga 15 perkampungan di Pengerang.
Aktivis Taiwan yang anti-Kuokuang,
Chen Ping Heng memberi amaran bahawa projek itu boleh menjadi lebih berbahaya
kepada Malaysia kerana saiz projek Rapid di Pengerang adalah jauh lebih besar
daripada projek Kuokuang di Taiwan.
Adakah kita memerlukan pakar-pakar
luar yang memberitahu kita bahawa projek di belakang rumah kita adalah bahaya,
apa jadi dengan cendikiawan dan para sarjana kita, khususnya Majlis Profesor
Negara. Tidakkah MPN mempunyai obligasi
moral untuk membantu Kerajaan berhubung aspek seperti di dalam Rapid ini.
Adakah
ini contoh pelaburan yang kita banggakan apabila operasi Lynas dan Rapid berpindah
ke Malaysia atas nama pelaburan langsung asing.
Ulasan