APABILA MANUSIA MENJADI KELDAI?
(Keldai menunggu untuk 'dikeldaikan' - Gambar hiasan)
Ibu bapa juga haruslah memastikan dan mengambil tahu pekerjaan sebenar si anak khususnya yang berpendapatan terlalu lumayan sebaik sahaja baru bekerja, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan pekerjaan si anak, dan tentulah belum terlambat sehingga kita mendengar banyak kes warga Malaysia dipenjara di luar negara kerana menjadi ‘keldai dadah’.
Nota Kaki: Saya sengaja memilih untuk menulis mengenai perkara ini kerana seorang anak kenalan saya sedang menunggu rayuan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya kerana menjadi ‘keldai dadah’ pada tahun 2001 sewaktu berusia 19 tahun!
Saya pernah ditanya jika saya tidak menjadi manusia atau memilih untuk menjadi selain manusia, apakah peranan yang akan saya pilih. Jawapan saya sejak dari bangku sekolah rendah hingga sekarang tetap sama: menjadi nyamuk! Rasionalnya ialah saya tidak tersiksa sebagai seekor nyamuk dan akan berjasa kerana menyedar si mangsa yang darahnya sedang dihisap. Sebenarnya saya terpengaruh dengan bahan-bahan bacaan saya pada ketika itu, misalnya Harimau! Harimau! karya penulis Indonesia – Mochtar Lubis.
Kisah wanita Malaysia yang dipenjara di luar negara kerana menjadi ‘keldai dadah’ bukan sedikit, namun begitu angka ini makin berkurangan akhir-akhir ini. ‘Keldai Dadah’ yang dimaksudkan ialah istilah bahasa Inggeris yang dimelayukan – ‘drug mule’ merujuk kepada mereka-mereka yang dipergunakan atau dikeldaikan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah ke negara-negara destinasi. Wanita-wanita ini tentunya bukan calang-calang manusia, pelajar IPTA/S yang rambang mata dan inginkan kemewahan segera.
Alasan kesempitan wang dan kesukaran mendapat pekerjaaan selalu dijadikan sebab bagi menghalalcarakan perlakuan menjadi ‘keldai dadah’ ini, soalnya bukankah dengan ilmu yang ada dan latarbelakang sosial yang ampuh mampu menjadi benteng bagi menghindarinya? Adakah pengajian selama beberapa tahun di universiti gagal menyuntik jati diri yang tinggi? Sepatutnya segala tawaran pekerjaan yang mudah dengan bayaran yang lumayan haruslah disangsi kerana lazimnya perkara seumpama ini tentulah ada udang sebalik mee! Too good to be true.
Ibu bapa juga haruslah memastikan dan mengambil tahu pekerjaan sebenar si anak khususnya yang berpendapatan terlalu lumayan sebaik sahaja baru bekerja, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan pekerjaan si anak, dan tentulah belum terlambat sehingga kita mendengar banyak kes warga Malaysia dipenjara di luar negara kerana menjadi ‘keldai dadah’.
Nota Kaki: Saya sengaja memilih untuk menulis mengenai perkara ini kerana seorang anak kenalan saya sedang menunggu rayuan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya kerana menjadi ‘keldai dadah’ pada tahun 2001 sewaktu berusia 19 tahun!
Ulasan
Manusia ramai yang dah jadi keldai samada sedar ( saja nak jadi supaya dapat nikmat dunia ) atau tak sedar ( org ambik kesempatan ).