SALAM HARI IBU BUAT YB MENTERI DALAM NEGERI
Makcik Maimun Yusuf - Calon tertua PRU 12
Salam YB Dato’ Seri,
Sempena Hari Ibu yang bakal diraikan pada 10 Mei ini, saya ingin mengambil kesempatan ini menyampaikan salam ibu-ibu buat YB Dato’ Seri. Rasanya belum begitu terlewat untuk mengucapkan tahniah buat YB Dato’ Seri di atas perlantikan sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru berkuatkuasa pada 9 April 2009 yang lepas.
Saya percaya YB Dato’ Seri, seperti saya dan lelaki-lelaki lain didampingi oleh kaum ibu, samada ibu sendiri, ibu mertua, ibu angkat dan isteri serta anak-anak yang bakal menjadi ibu.
Saya ingin menarik perhatian YB Dato’ Seri selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan seluruh rakyat Malaysia dalam negara kita.
Kisah duka ragut dan trauma mangsa serta keluarga mereka amat menyentuh perasaan semua kita, saya amat yakin dengan pekerti dan nilai tinggi seorang anak, bapa, dan suami dalam dalam diri YB Dato’ Seri, perkara ini amat menyentuh hati kecil YB Dato’ Seri.
Kes terbaru yang dilaporkan di dada akhbar mengenai tiga orang wanita malang menemui ajal berpunca dari kejadian ragut, saya bukanlah mahu menyalahkan takdir tiga wanita malang ini tetapi sedih kerana selepas beberapa kes seumpama itu pada tahun-tahun kebelakangan, walaupun pelbagai usaha mengurangkan kejadian ragut namun apa yang pasti para peragut masih begitu berani dan nekad.
Tiga mangsa dalam kejadian yang terbaru ini, jelas bagaimana persekitaran kita menjadi begitu tidak selamat buat seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum wanita, saya merayu agar YB Dato’ Seri dapat melakukan sesuatu yang drastik seperti mengarahkan pihak polis meningkatkan rondaan, membuat pemantauan yang lebih kerap dan mengkaji hukuman lebih berat kepada pesalah ragut. Prestasi cemerlang pihak polis selaku salah sebuah agen pengaman ketika berlangsungnya Pilihanraya-pilihanraya kecil amat membanggakan dan saya percaya dengan imej polis kita yang terkenal sebagai antara yang terbaik di rantau ini, mengembeling tenaga untuk mengheret si peragut ke muka pengadilan dengan kadar yang segera harus menjadi keutamaan.
Seperti kisah ragut, Akta ISA juga adalah kisah panjang yang tiada kesudahan buat keluarga mangsa yang masih ditahan di bawah Akta ini. Bukanlah hasrat saya untuk meminta Akta ini dihapuskan secara total kerana saya amat yakin dengan rasional dan justifikasi keperluan Akta ini dikekalkan.
Harapan saya sebagai warga kerdil di negara indah ini ialah hanya mahu memastikan bahawa walauapa pun kebaikan akta seumpama ini tetapi tentulah tidak sunyi dari kelemahan dan kekurangan yang boleh diperbaiki dan dikaji mengikut keperluan dan peredaran masa. Lagipun bukankah YAB Perdana Menteri dalam ucaptama sulungnya telah melakukan sesuatu yang mulia dengan membebaskan 13 tahanan ISA sebagai satu permulaan gerak kerja yang cemerlang.
YB Dato’ Seri,
Sempena Hari Ibu pada tahun ini, saya dengan segala rendah hati ingin merayu kepada YB Dato’ Seri untuk memberikan tumpuan kepada keselamatan dan kebajikan rakyat kecil seperti saya khususnya golongan wanita samada ibu, ibu mertua, ibu angkat, ibu tunggal, ibu tiri, isteri dan anak-anak yang bakal bergelar ibu di mana sahaja di bumi bertuah ini.
Walaupun saya sedar dalam masa kurang sebulan YB Dato’ Seri diangkat menjadi Menteri menerajui Kementerian Dalam Negeri, pihak Kementerian Dalam Negeri telah pun mengorak langkah positif bagi menangani gejala ragut, rempit dan ISA. Saya cuma berharap agar langkah-langkah ini adalah sesuatu perancangan yang teliti dan jangkapanjang dan bukan bersifat ‘persidangan meja bulat’ seperti yang pernah dilakukan oleh sebuah Kementerian yang diterajui YB Dato’ Seri sebelum ini, kerana rupanya beberapa persidangan meja bulat ini belum begitu diiktiraf oleh penerajunya yang baru hinggakan perlukan lebih banyak masa untuk mengkaji sesuatu dasar Kerajaan!
Semoga Hari Ibu tahun ini akan menjadi kenangan manis yang begitu melenakan para ibu dan golongan wanita di negara indah ini. Salam Hari Ibu, YB Dato’ Seri!

Ulasan