Catatan

SPRM, BUAT SAJALAH KERJA!

Imej
Antara agensi yang menjadi tumpuan pasca kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).   Agensi ini memang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dan antarabangsa.   Sebabnya adalah mudah kerana agensi ini yang sepatutnya berfungsi secara bebas, khabarnya terikat tangannya apabila mengendalikan kes-kes berprofil tinggi. Kes terbaru pasca kerajaan baru selepas 10 Mei 2018, adalah kes yang berkaitan dengan 1MDB yang pengerusinya adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri. Apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mengambilalih tampuk kepimpinan negara, antara agenda reformasinya adalah memperbaiki sistem yang telah rosak.   Yang paling terkesan adalah SPRM.   Ketika era Najib, SPRM diterajui oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang kini telah kembali ke Jabatan Peguam Negara, kerana meminta untuk dilepaskan daripada kontraknya. Banyak nama-nama yang muncul, antaranya adalah Tan Sri Abu Kas...

RAMADAN YANG MANIS

Imej
Siapa sahaja yang pernah merasai hukuman samada penjara mahupun lokap, tentulah boleh membayangkan kesukaran dan sangat menghargai erti sebuah kebebasan.   Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara sejak tahun 1999. Ketika mulanya   bahang reformasi pada tahun 1998, selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari semua jawatan politik dan parti saya telah menyaksikan kebangkitan rakyat.   Ini kerana laungan reformasi dapat dilihat dari rumah saya yang berhadapan dengan lebuhraya Kesas. Selepas 1998, politik di Malaysia telah memasuki fasa yang baru, fasa yang tidak pernah terfikir oleh akal yang wajar. Manifestasi kebangkitan rakyat telah diterjemahkan dalam pilihanraya umum pada tahun 1999, apabila bilangan kerusi yang dimenangi oleh pembangkang meningkat kepada 45 berbanding 30 pada pilihanraya umum 1995. Selepas Dr. Mahathir melepaskan teraju utama negara pada 2003, Pak Lah mengambilalih tampuk pemerintahan dan mengadakan pilihanraya ...

BIARLAH ‘ORANG TUA’ ITU MEMPERBETULKAN KESILAPAN MASA SILAMNYA

Imej
Ketika Dr. Mahathir memegang tampuk kuasa pada kali pertama pada tahun 1981, saya baru sahaja selesai persekolahan wajib selama 11 tahun.   Tiada banyak benda yang saya ambil tahu mengenai pergolakan politik ketika itu, hidup memang mudah!   Dengan peningkatan usia dan memasuki dunia pekerjaan saya mula membaca dan mengambil tahu hal-hal yang berlaku dalam negara dan di luar negara.   Kemuncak dunia pekerjaan saya adalah menyertai stesen televisyen swasta yang pertama di negara kita,   sekitar awal tahun 90an.   Ketika itu stesen TV swasta yang pertama itu berada di kemuncak dan antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.   Saya seperti rakan-rakan lain amat berbangga kerana bekerja di sebuah stesen TV swasta walaupun bidang pekerjaannya bukanlah bidang penyiaran mahupun selebriti. Selepas beberapa tahun di stesen TV tersebut, krisis politik melanda negara dengan wujudnya Kem A dan Kem B dalam parti utama negara – UMNO.   Kemuncaknya ada...

SEJARAH TIDAK SELALU TERCIPTA!

Imej
SEJARAH TIDAK SELALU TERCIPTA! Sejak tiga tahun yang lalu, banyak rutin saya berkisar pada perjalanan jarak jauh dan dekat bukan sahaja atas urusan kerja namun juga apa yang saya istilahkan sebagai “lawat kawasan”.   Kebanyakkan adalah ke kawasan yang jarang-jarang saya sampai hanya untuk melihat “hebatkan negaraku”. Ketika mula-mula cukai GST di perkenalkan, pada April 2014, rata-rata rakyat Malaysia begitu terkesan dan terbeban.   Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) di bawah pimpinan Pak Dinsman, menyarankan supaya sebuah penerbitan dihasilkan untuk merakam denyut nadi rakyat.   Buku kecil “Derita Rakyat” sebenarnya adalah penerbitan sempena setahun tahun program Baca Puisi Madrasah Seni diadakan bermula Januari 2015. PAKSI serius melihat keperitan dan derita rakyat menguliti kehidupan pada hari ini.   Kejatuhan harga getah, kenaikan harga tol antara bandar, kenaikan tambang pengangkutan awam, beban cukai barang dan perkhidmatan (GST), harga rumah yang mel...

TEATER ATAS POKOK: DARI LONTARAN IDEA KE CATATAN SEJARAH

Pertama kali saya mendengar Dinsman menyebut Teater Atas Pokok (TAP) ialah sewaktu kami membuat kunjung hormat kepada YB Amirudin Shari, exco yang bertanggungjawab terhadap seni dan budaya di negeri Selangor, pada Oktober 2014. Pada pertemuan singkat itu, beberapa idea dilontarkan untuk perbincangan.  Apabila Dinsman menyatakan dia ingin membuat satu pementasan di atas pokok, saya dan Rozan Azen (seorang AJK Paksi) hanya mampu tersenyum. Namun, idea tersebut mendapat reaksi positif Amirudin, yang malah mahu ia dilaksanakan pada tahun itu juga. Tetapi, karenah birokrasi mengapungkan idea tersebut hinggalah ke awal 2016. Walaupun dana yang disalurkan melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu tidak mencukupi seperti yang diperlukan, kami di Paksi menerimanya dengan penuh kesyukuran. Cabaran seterusnya adalah menetapkan tarikh pementasan, pemilihan pelakon, dan yang paling utama adalah pokok yang bakal menjadi pentas, apatah lagi kami semua telah ‘jatuh cinta’ dengan ...

MENTERI CGPA 3.85 & IDEA ARAS TINGGI?

Ketika mendengar cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016 semalam, saya merasa gusar.  Saya tidak gusar mengenai cadangan Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani usul-usul berkaitan kos sara hidup .  Jawatankuasa ini yang bakal dianggotai oleh Menteri dan Ketua Setiausaha daripada enam buah kementerian.  Kegusaran saya  ialah  jika ada kalangan Menteri yang dilibatkan nanti yang kurang bijak. Namun kegusaran saya tidak menjadi kenyataan kerana Menteri yang khabarnya mendapat CGPA 3.85 dan mendabik dada melakukan tiga kerja tidak terlibat sama. “Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja. Kecoh mengenai menteri yang mendabik mendapat CGPA 3.85 menyarankan rakyat negara ini melakukan dua kerja. "Saya rasa ia (dua pekerjaan)...

SENANGNYA MENYALAHKAN ALAM!

Hari Khamis yang lalu kita dikejutkan dengan banjir lumpur yang memutuskan hubungan di Lebuhraya Karak.  Walaupun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini, namun empat buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kejadian tersebut. Menariknya, kejadian yang berlaku pada petang Khamis lepas cepat sahaja dilaporkan sebagai ‘aktiviti pembalakan bukanlah punca utama’ kejadian tersebut. Itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Pahang dalam sidang media beliau.  Dalam negara yang tidak mengangkat budaya akauntabiliti dan integriti hanyalah sekadar ‘pemanis’ tentulah mudah menyalahkan pihak lain. Begitu juga yang dinyatakan oleh kerajaan negeri apabila dikhabarkan bahawa ‘ianya berpunca daripada faktor semulajadi’.  Malah Menteri Besar juga memaklumkan fakta yang baru bahawa ‘tidak jauh dari situ ada kerja-kerja pengorekan yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad’. Ironinya, banjir lumpur yang berlaku berhampiran kawasan Lentang – Bukit Tinggi di Lebuhraya Karak m...