Catatan

OPEN LETTER TO THE SECRETARY GENERAL OF THE UNITED NATION

July , 30 th , 2014 HE Mr Ban Ki Moon Secretary General The United Nations. Dear sir , MR . BAN KI MOON , DON'T JUST ANNOUNCE , GO TO GAZA NOW ! Mr Ban Ki Moon , you are suppose to represent the voice of the international community for justice , peace and equality , key concepts in the UN Charter  . Particularly voices of those that are vulnerable to suppression and violation of international law by regimes that have no respect for international justice. Now , as we write this letter to you , the repeated case of Israeli aggression on civilians are most glaringly perpetuated in the on going Gaza massacre by the so call Israeli Operation Protective Edge. Are you not aware that Israel has been arrogantly neglecting calls to stop its inhumane attack on Gaza. We are convince that you are fully aware of the rogue nature of Israel as an occupation force and how it is immune to any international law and UN resolutions. Justice and protection of civilians rights are only app...

ADAKAH BARAT MENGHORMATI ISLAM?

Sama ada kita sedar atau tidak bilangan populasi umat Islam sentiasa bertambah saban hari.  Di negara-negara barat pun ada para penduduknya saban hari menjadi saudara baru Islam.  Ini bukanlah sesuatu yang direka-reka namun fakta yang sering tidak digembar-gemburkan ( downplay) , satu lagi helah barat untuk tidak menonjolkan kebangkitan Islam. Selepas lebih 1400 tahun Islam berkembang, kegusaran barat terhadap kuasa Islam memang tidak dapat diredakan.  Malah sejak akhir-akhir ini lebih menonjol apabila umat Islam terus diperlekeh sama ada secara sedar atau tidak. Di Malaysia, sebagai sebuah negara yang Islam merupakan agama rasminya, toleransi agama memang agak tinggi, walaupun pertikaian mengenai rasis terkadang juga menjadi isu.  Kita tidak lagi pernah mendengar bagaimana isu antara agama berakhir dalam keadaan yang tragis.  Malah beberapa tahun dahulu ketika isu ‘paria’ dalam novel SN Datuk Abdullah Hussain, Interlok diperkatakan banyak pihak,...

SAYANG PARTI ATAU SAYANG BINI?

Saya tidak pernah merasa begitul mual, hatta ketika dipaksa menelan ubat sewaktu tahap kesihatan saya tidak begitu memuaskan. Tetapi akhir-akhir ini rasa mual saya kepada ketua pembangkang menjadi sangat tidak tertahan.  Puncanya adalah isu untuk menukar MB Selangor pada masa ini kepada calon yang lain, apatah lagi calon yang diketengahkan dalam projek Langkah Kajang ketika pilihanraya kecil terpaksa di Kajang tempohari. Adakah salah satu piagam pelanggan seorang Menteri Besar adalah memberi khidmat khusus kepada parti, ahli parti atau rakyat negeri yang beliau menjadi Menteri Besarnya. Ramai yang mempertikaikan usaha PKR untuk menggantikan kerusi MB kepada calon lain iaitu ADUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah yang bakal diketengahkan sebagai calon MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Tidak pasti apakah alasan yang bakal dikemukakan oleh PKR pada kali ini, walaupun DAP salah seorang rakan sekutu mereka tidak banyak bunyi atas dasar menghormati kesepakatan, namun...

SALAM AIDIL FITRI

Mohamed Nasser Mohamed yang dikasihi, Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, walaupun ketika negara sedang berdukacita akibat dua tragedi penerbangan yang melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17. Dugaan yang kita hadapi ini adalah ujian dari Allah SWT, dan kita sebagai hamba-hambaNya harus kekal istiqamah dan tabah. Secara lazimnya, saya bersama-sama dengan para anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri pada hari raya pertama di Seri Perdana. Walaubagaimanapun, bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 dan mangsa-mangsa MH370 yang masih belum ditemui, kami telah memutuskan untuk membatalkan majlis tersebut tahun ini. Majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pekan, Pahang akan diteruskan seperti biasa pada 23 Ogos 2014. Dalam kita mengenang mereka yang sudah pergi serta saudara-mara seagam...

TIADANYA KEBEBASAN AKADEMIK DAN BOBROKNYA DUNIA AKADEMIK DI MALAYSIA

TIADANYA KEBEBASAN AKADEMIK DAN BOBROKNYA DUNIA AKADEMIK DI MALAYSIA July 16, 2014 · oleh  Dr Shaharir Mohamad Zain  · dalam  Makalah Ringkasnya, kebebasan akademik ialah  kebebasan penyelidikan, pengajaran-pendidikan dan penyuaraan (lisan atau tulisan) bisikan qalbu kecendekiawanan.  Kebebasan ini terhakis sejak 1970-an dahulu sehingga kini tinggallah kerak-keraknya yang tipis sahaja. Bagaimana ini boleh berlaku? Kakitangan akademik universiti awam di Malaysia sejak tahun 1974, menerusi penyemakan skema perkhidmatan baharu universiti di bawah  Laporan Harun , diiktiraf sebagai kakitangan perkhidmatan awam kategori badan berkanun. Sejak itu jugalah kakitangan akademik terpaksa menerima skema perkhidmatan yang serupa dengan yang dinikmati oleh kakitangan awam, walaupun banyaklah penyetaraan ahli akademik dengan pegawai perkhidmatan awam itu yang tidak sesuai. Satu daripada yang paling tidak sesuainya ialah dipaksanya pemakaian “ Perintah Am ” kep...

GAZA MESTI DIPERTAHANKAN, PALESTIN MESTI DIBEBASKAN DAN ISRAEL MESTI DIHUKUM

Kami, organisasi dan individu yang bertandatangan di bawah, menyatakan kutukan keras kami kepada keganasan tentera Israel Occupation Force (IOF) keatas Gaza. Pembunuhan rakyat Palestin di Gaza sejak serangan itu dilancarkan pada hari Selasa , 8 hb Julai 2014 yang lalu adalah pengulangan  serangan tentera Israel pada 2008/2009 dan 2012. Serangan yang diberi nama oleh IOF itu  sebagai Operation Protective Edge telah diumumkan akan menjadi operasi ketenteraan yang akan berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Kini pencerobohan sekali lagi dilancarkan dan mensasar orang awam melalui serangan udara dan pengeboman setiap hari. Tiada kawasan yang selamat lagi di Gaza. Sangat malang ketika seluruh dunia memberi perhatian sepenuhnya kepada Piala Dunia FIFA di Brazil , masyarakat dunia berdiri kaku bila setakat 12 hb Julai lebih 100 orang, termasuk  kanak-kanak terbunuh dan lebih 800 orang cedera , 300 rumah kediaman musnah dan 1000 rumah rumah rosak  dalam serangan gan...

MESIN JUDI, BUKAN CERITA BARU!

Kisah mesin judi yang menjadi isu utama dan iltizam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang baru.  Malah jika ianya adalah gossip, bolehlah diibaratkan sebagai gossip yang basi. Mesin judi telah menular di negara kita khususnya di bandar-bandar besar dan juga pekan-pekan kecil sejak awal tahun 90an. Ironinya perusahan kecil dan sederhana mesin judi ini dipelopori oleh kaum Cina dan pelanggan terbesarnya adalah kaum Melayu.  Ini bukanlah andaian namun adalah realiti.  Malah ada juga dakwaan bagaimana perusahan kecil dan sederhana mesin judi ini dinaungi oleh ‘bapa angkat’ daripada kalangan penguatkuasa sama ada polis atau pun pihak berkuasa tempatan. Pernah terdapat sebuah laporan sebuah akhbar yang mendedahkan bagaimana perusahan kecil dan sederhana mesin judi ini beroperasi seolah-olah sebuah perusahaan yang halal hanya beberapa ratus meter daripada sebuah pondok polis.  Malah senario lambakan mesin judi di pekarangan balai polis juga bukanla...