MENTERI CGPA 3.85 & IDEA ARAS TINGGI?
Ketika
mendengar cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016
semalam, saya merasa gusar. Saya tidak
gusar mengenai cadangan Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa
Peringkat Tertinggi bagi menangani usul-usul berkaitan kos sara hidup .
Jawatankuasa ini yang
bakal dianggotai oleh Menteri dan Ketua Setiausaha daripada enam buah
kementerian. Kegusaran saya ialah jika ada kalangan Menteri yang dilibatkan
nanti yang kurang bijak.
Namun kegusaran
saya tidak menjadi kenyataan kerana Menteri yang khabarnya mendapat CGPA 3.85
dan mendabik dada melakukan tiga kerja tidak terlibat sama.
“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan
menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja.
Kecoh
mengenai menteri yang mendabik mendapat CGPA 3.85 menyarankan rakyat negara ini
melakukan dua kerja.
"Saya
rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada
peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja
waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga.
Itu agaknya saranan si menteri
CGPA 3.85 sebagai cadangan kepada
kenaikan kos sara hidup rakyat ini.
Sama ada si menteri CGPA 3.85 ini
sedar atau tidak, sebenarnya telah ramai warga kota yang mempunyai kerja-kerja
sampingan selain daripada tugas hakiki mereka.
Sedarkah si menteri CGPA 3.85 ini
bahawa ada kalangan penjawat awam yang sebenarnya memandu teksi selepas waktu
kerja mereka, malah ada juga yang bekerja di stesen minyak secara sambilan di
waktu malam.
Itu cerita penjawat awam, lain
pula kisah guru-guru yang memberikan khidmat tuisyen selepas sesi P & P di
sekolah mereka. Sama ada menyumbang
khidmat mereka secara rasmi di pusat-pusat tuisyen ataupun memberikan khidmat
secara tidak rasmi atas desakan dan permintaan ibu bapa.
Jika seorang menteri hanya boleh
memberikan saranan seperti pelajar sekolah rendah, dengan hanya mempunyai satu
lagi sumber pendapatan, maka apa bezanya mentaliti si menteri ini dengan seorang
pelajar sekolah rendah.
Dengan portfolio yang agak penting
si menteri CGPA 3.85 seharusnya membantu kerajaan dan rakyat negara ini dalam
mengurangkan kos sara hidup rakyat dan bukannya memberikan saranan mahupun
cadangan-cadangan yang bebal.
Menteri CGPA 3.85 nampaknya tidak
dapat membezakan antara tugas, tanggungjawab, kerja dan jawatan.
Mungkin si menteri CGPA 3.85 boleh belajar daripada pelawak ‘berdiri’
negara Harith Iskandar seperti yang diungkapkan beliau.
“I am a comedian, emcee,
writer, actor, coach, director. That does NOT mean I have 6 jobs. It means I do
6 different things.
In
the context of a government servant you could say I hold 6 different posts.
A
job is something you do every day all day. So for a person to have TWO jobs
that would mean they work minimum 2 x 8 hour shifts a day..”
Ulasan