FLIP FLOP KASTAM & SKMM PRO TELCO
Tidak
pasti sama ada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) adalah
jurubicara rakyat atau mereka sebenarnya mewakili syarikat telekomunikasi.
Setelah
sebulan Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) berkuatkuasa, rupanya SKMM masih
memberikan ruang untuk syarikat telekomunikasi menjalankan ‘kajian’!
Hampir
sahaja saya gelak berguling-guling bagaimana agensi seperti SKMM hanya menjadi ‘budak
belasahan’ syarikat telekomunikasi yang tidak sampai bilangan jari satu tangan
sahaja.
Asalnya,
kad prabayar dicadangkan tidak akan mengalami perubahan harga dan pengguna
tidak perlu mengeluarkan bayaran tambahan bagi pembelian kad prabayar. Itu, lapan belas bulan yang lalu ketika
heboh tarikh GST akan mula dikuatkuasa.
Realitinya,
pada 1 April yang lalu, pertemuan dengan syarikat telekomunikasi dan
Kementerian Kewangan dilakukan dan hasilnya, adalah syarikat telekomunikasi
bertegas untuk melaksanakan penjualan kad prabayar ditambah dengan nilai 6%
GST.
Apabila
Ketua Pengarah Kastam, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) mengeluarkan arahan
kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad
prabayar yang dijadualkan berkuatkuasa esok, maka rakyat bakal merasa lega.
Namun,
arahan ini tidak menjadi realiti apabila ianya ditangguhkan selepas tidak
sampai 48 jam ianya dihebahkan. Alasan
yang diberikan adalah “ia selaras dengan pengumuman SKMM bahawa kajian mengenai
layanan GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat-syarikat
telekomunikasi”.
Ironinya,
adakah masa yang diuntukkan oleh kerajaan selama 18 bulan dari tarikh
pengumuman pelaksanaan GST tidak mencukupi untuk menjalankan kajian?
Jelaslah
bahawa SKMM lebih rela melayan karenah syarikat telekomunikasi berbanding
aspirasi jutaan rakyat Malaysia yang terkesan dengan GST sejak 1 April.
Jika
inilah sikap Kerajaan bagi memastikan GST tidak dilihat menjadi beban kepada
rakyat, maka segala macam alasan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi,
SKMM dan JKDM hanya satu lagi usaha memperlekeh rakyat dan juga GST!
Bagi
memastikan GST dapat dilaksanakan tanpa begitu terasa oleh rakyat, maka
Kerajaan patutlah terus menjalankan kajian seperti apa yang dikatakan oleh
syarikat-syarikat telekomunikasi.
Maka
eloklah GST ditangguhkan sehingga segala macam kajian oleh pihak-pihak
berkenaan selesai dan benar-benar tidak menjadi ‘selipar buruk’ flip-flop!
Ulasan