HEBAT SANGAT KLIA HINGGA TIDAK BERBOMOH …
Ketika
kita sedang hebat mempergiatkan usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dengan
bantuan negara-negara lain dengan pelbagai cara mencakupi ruang udara, laut dan
darat, ada juga usaha-usaha spiritual.
Seperti
yang diungkapkan oleh mantan juruterbang Kapten Nurudin Abd Majid, “apabila kekehebatan sains berakhir, di
situlah mulanya kekuasaan Allah SWT.”
Namun
apabila muncul pula seorang bomoh yang menggunakan kaedah tersendiri, tiba-tiba
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa “rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah
bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur syirik, khurafat serta
penipuan”.
Hebatnya
JAKIM sehingga dengan hanya melihat boleh membuat kesimpulan bahawa bomoh yang
dimaksudkan bergulat dengan syirik, khurafat dan penipuan.
Secara
peribadi, saya bukanlah seorang yang mempercayai dengan perbomohan, namun saya
tidak pernah menolak jika ada rakan-rakan yang mahukan saya menemani mereka
untuk tujuan tersebut. Ini kerana kepada
saya ia juga adalah juga suatu usaha yang dituntut dalam Islam.
Sama
ada kaedah perbomohan yang digunakan bercanggah, itu adalah urusan sibomoh dan
yang menggunakan khidmat itu dengan Allah SWT.
Malah
senarai pengalaman saya menemani rakan-rakan ke rawatan perbomohan agak
panjang, sehingga saya kadang-kadang mahu sahaja membukukannya sehingga menjadi
sebuah direktori yang lengkap.
Setiap
kali menemani rakan-rakan, maka dapat dilihat dan didengar daripada mereka yang
hadir bagaimana sipolan atau sipolan yang terdiri daripada orang-orang penting
dalam hireki masyarakat dan politik negara menjadi pelanggan sibomoh itu.
Apabila
bomoh Ibrahim Mat Zin yang khabarnya dijemput oleh seorang penting dan
menggunakan kaedah yang dianggap kononnya ‘memalukan negara’ seperti yang
didakwa oleh Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin dan kemudiannya
dilabel sebagai syirik, khurafat dan penipu, maka masyarakat secara umum turut
memperlekeh satu lagi usaha mencari
pesawat MH370 yang hilang.
Pada
saya kaedah bomoh Ibrahim dengan ritual tikar dan kelapa bukanlah sesuatu yang
luar biasa. Lihat sahaja filem dan
kandungan di televisyen kita, apa yang disogokkan, bukankah unsur-unsur syirik,
perbomohan, dan khurafat.
Maka
ianya menjadi halal di mata JAKIM, kerana ada kapsyen yang mengatakan bahawa
semua yang dipaparkan hanyalah untuk tujuan pengajaran semata-mata.
Orang
Melayu seperti Khairy Jamaluddin dan masyarakat Melayu secara umum serta perbomohan bukanlah sesuatu yang asing. Daripada peringkat kelahiran sehingga mahu
menemui ajal, bomoh dalam masyarakat Melayu adalah sangat berkait rapat.
Malah
menggunakan khidmat bomoh oleh orang politik juga bukanlah sesuatu yang
baru. Daripada pencalonan sebagai ketua
cawangan hinggalah kepada peringkat yang lebih tinggi, bomoh dan orang politik
berpisah tiada.
Sama
ada JAKIM sedar atau tidak atau buat-buat tidak tahu tidak pasti. Mungkin juga Menteri dan mantan Menteri yang
berkaitan dengan JAKIM boleh memberikan pencerahan terhadap isu penggunan
bomoh.
Komen
saya dalam media sosial muka buku, minggu lalu, “mungkin JAKIM juga harus memberi tazkirah kepada orang politik atau
JAKIM pura-pura tak tahu”!
Mungkin
juga JAKIM perlu selidik tanggapan
bahawa pembinaan KLIA juga dimulai dengan ritual dan perbomohan.
Ulasan
"Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.
Read more: http://www.harianblogger.com/mh370-bomoh-dr-harun-din-mula-berbicara/#ixzz2wDF1oVFZ