PLANTER'S TALE
Sejak dahulu
kehidupan terpencil dan pedalaman memang mengujakan saya, bayangkanlah ketika saya bersekolah
menengah di Tingkatan Empat, antara rakan-rakan awal saya ialah sekumpulan
pelajar berbangsa India yang tinggal di sebuah ladang kelapa sawit dengan nama
penjajah. Walaupun mereka tinggal di
estet, namun pencapaian mereka amat membanggakan kerana kesemua mereka mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun
sebelumnya, malah mereka sebenarnya mereka melangkah ke Tingkatan Satu tanpa perlu menghadiri kelas peralihan
walaupun mereka belajar di sekolah tamil ini kerana pencapaian subjek Bahasa
Melayu mereka amat baik.
Malah seorang
daripada teman saya merupakan juara main catur selama tiga tahun berturut di
sekolah lamanya, sehinggakan pada minggu
pertama persekolahan saya telah menjadi semacam ‘bookie’ bagi mengatur
perlawanan caturnya dengan teman-teman di kelas-kelas lain malah dengan pelajar
tingakatan lima juga, ternyata teman saya yang berasal dari estet memang handal
dalam permainan caturnya.
Apabila
seorang teman menghadiahkan saya buku ‘Planters Tale’ nukilan Mahbob Abdullah,
saya menjadi sangat teruja, ini kerana 60 kisah yang dihidangkan oleh penulis
ini adalah kisah beliau menguliti dunia perladangan. Bermula daripada kerjaya sebagai pekerja di
ladang khususnya dalam aspek pengurusan sebagai seorang pegawai muda, beliau terus menaiki tangga
kerjaya perladangan sehingga menjadi Pengurus Ladang di beberapa lokasi di
dunia termasuk di Afrika.
Kisah suka
duka dunia perladangan yang diulitinya ternyata memberikan dimensi yang
pelbagai kepada pembaca seperti saya.
Walaupun buku setebal hampir 300 halaman ini, tidak dimuatkan dengan
walau sekeping gambar, namun naratif penulisnya membuatkan seolah-olah kita
yang membacanya berada bersama beliau di merata tempat sepanjang kerjayanya.
Buku Planter’s
Tale memang menyeronokkan, gambaran bagaimana seorang tinggal di persekitaran
ladang sama ada sebagai pengurus mahupun pekerja. Penulis merakamkan kisahnya daripada seorang
pegawai muda di sebuah ladang getah di Perak sehinggalah dia menjadi pengurus
ladang kelapa di Pulau Solomon dan ladang kelapa sawit di Afrika.
Planter’s Tale
menggabungkan semua elemen - sedih, lucu dan drama, misalnya dalam kisah David
Marsh and The Farm, David Marsh seorang penolong pengurus ladang yang masih
bujang namun sangat berjimat sehingga sanggup membantu di gerai bagi
mendapatkan makanan percuma bagi mencapai hasratnya menebus kembali rumah
keluarganya sebagai hadiah untuk ibu tersayang. Walaupun berjaya menggapai hasratnya namun
David Marsh kecundang akibat penyakit barah yang dihidapinya.
Ulasan