MENYEMAK RAMADAN SELEPAS SEPULUH HARI & SEMANGAT HARI PAHLAWAN
Setelah
sepuluh hari Ramadan berlalu, malam ini adalah malam kesebelas umat Islam di
Malaysia mengerjakan solat sunat terawih.
Ramadan bagi umat Islam ialah tika mereka menambahkan ibadat seperti solat sunat terawih, bersedekah, bertadarus
dan pelbagai amalan yang bukan sahaja dilakukan ketika menjalani ibadah puasa
malah pada masa-masa yang lain juga.
Fasa
pertama Ramadan Al-Mubarak telah berlalu, fasa pertama yang dijanjikan Allah
SWT dengan kerahmatan. Pada 10 hari
pertama berpuasa di dalam bulan Ramadan telah diriwayatkan sebagai hari-hari
diturunkan rahmat Allah SWT kepada manusia.
Pada sepuluh hari pertama juga akan banyak mendapat limpahan pahala dari
pelbagai amalan yang kita lakukan sepanjang menjalani Ramadan.
Ramadan
juga tidak datang dengan kerahmatan bukan sahaja bagi mereka yang menjalani
ibadah puasa di bulan Ramadan juga, malah menjadi ruang kerahmatan bagi lebih ramai
peniaga di Bazar Ramadan. Bayangkan
begitu ramai para peniaga bermusim ketika Ramadan. Seorang rakan diberitahu seorang peniaga
murtabak mampu meraih pendapatan sehingga RM60 ribu sepanjang berniaga di Bazar
Ramadan.
Secara
peribadi, saya meletakkan sasaran yang mudah untuk diri saya, apa yang saya
sasarkan biarlah menjadi rahsia Ramadan saya.
Hari
Pahlawan di sambut di negara kita pada setiap 31 Julai. Hari Pahlawan dikenang bagi mengenang jasa
semua pasukan keselamatan sama ada daripada kalangan tentera mahupun polis. Pengorbanan pahlawan negara dalam pasukan
keselamatan adalah hasil yang sedang kita semua nikmati sekarang.
Seperti
seorang pahlawan, mengharungi Ramadan juga memerlukan pengorbanan dan
kesungguhan bagi mengecapi rahmat yang dijanjikan Allah SWT. Selepas sepuluh hari, selamat menempuh fasa
kedua Ramadan, fasa yang menjanjikan pengampunan. Selamat menjadi pahlawan Ramadan!
Ulasan