Blog ini adalah medan perkongsian pengalaman sama ada pengalaman kehidupan, membaca, menonton, menghadiri aktiviti seni baik teater, puisi dan kesan terhadap buku, filem, teater dan sebagainya. Selamat menikmati! Terima kasih.
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ...
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
(Ihsan dari iluvislam.com)
Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk teman-teman dan semua pengunjung dan pecinta blog di Malaysia.
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Ulasan
wanman68 berkata…
Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang penuh berkat.Semuga segala kerja serta hidup ini akan diberkati hendaknya.
SIS berkata…
Selamat berpuasa..semoga hidup tn ks dan keluarga sentiasa diberkati
Sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih tampuk pemerintahan pasca Pilihanraya Umum ke-14, saya sedikit terganggu. Saya tidak sangat kisah mengenai janji manifesto yang tidak dipenuhi, kerana khabarnya bukan kitab suci, begitu juga apabila presiden parti menegaskan ‘dia tidak akan meminta maaf’ pada rakyat. Saya tidak sangat terkesan dengan perkara-perkara semacam itu. Yang menggangu saya adalah perihal menteri yang ‘meminta laporan’ mengenai sesuatu keadaan. Yang terbaru adalah Menteri Pendidikan, yang meminta laporan mengenai keadaan sekolah sukan, SMK Seri Titiwangsa yang dilaporkan oleh akhbar sebagai daif daripada segi kemudahan latihan dan penginapannya. Hal tersebut telah pun dilaporkan dalam akhbar, rakyat telah pun mengetahuinya, malah ibu bapa para pelajar yang terlibat tentu juga lebih akur mengenainya kerana tentulah dikongsi bersama oleh anak-anak mereka. Setelah semua hal itu, apa perlunya Menteri meminta laporan, bukankah lebih baik ...
Malam Sabtu lepas dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk ke Pulau Lagenda Langkawi sempat mencuri-curi menonton program khas terbitan TV3 bagi mengenang arwah Yasmin Ahmad: Pewarisan Yasmin Ahmad dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris – The Legacy of Yasmin Ahmad. Memang rugi bagi siapa yang terlepas peluang menonton dokumentari khas ini yang dimuatkan dalam rancangan majalah mingguan – Majalah 3 . Pewarisan Yasmin Ahmad menyingkap kerjaya dan belakang tabir kerja arwah Yasmin Ahmad samada sebagai seorang pengarah iklan mahupun filem. Wawancara dengan mereka yang pernah bertugas dengan Yasmin Ahmad memang menyebakkan. Malah falsafah hidupnya yang diangkat lewat karya-karya garapannya, ulasan oleh para pelakon filem-filemnya memang menyentuh hati. Bukanlah kerja saya mengulas sesuatu rancangan yang telah disiarkan oleh sesebuah stesen TV, malah bukan juga mahu turut memperkatakan mengenai Yasmin Ahmad, tetapi saya lebih tertarik dengan kesunggguhan stesen TV3 untuk menggunakan i...
Itulah tanggapan saya seusai menghadiri Himpunan Penulis Malaysia 2018, hujung minggu yang lalu. Pada awalnya saya ingin saja menyertai program ini dari awal pagi, namun kekangan yang tidak dapat dielakkan saya hanya dapat hadir pada sebelah malamnya. Dan saya tidak menyesal mengenai hal ini. Himpunan Penulis Malaysia (HPM), program yang diatur untuk membolehkan para penulis bersemuka dengan Menteri Pendidikan atau sebaliknya,di samping menghimpun para penulis tempatan untuk membincangkan halatuju dunia persuratan tanah air. Objektif penganjurannya memanglah murni. Ditunjangi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Perbadanan Kota Buku. Program pada sebelah malamnya adalah Dialog Awam bersama Menteri yang sepatutnya dimulai jam 8.00 malam, lewat selama sejam. Menteri memberi peluang kepada persatuan penulis mengemukakan pand...
Ulasan