TRAGEDI 14 DISEMBER 2009 DAN KISAH PONTENG …
Saya hampir tidak percaya selepas tsunami politik melanda negara pada 8 Mac 2008 apabila barisan pembangkang menang begitu banyak kerusi di Parlimen dalam sejarah Pilihanraya Umum di negara ini. Apa tidaknya Barisan Nasional yang telah memerintah negara ini lebih setengah abad tiba-tiba sahaja tersungkur begitu teruk sehinggakan ramai Menteri dan Timbalan Menteri, malah Ketua Menteri hilang kepercayaan rakyat! Selepas 8 Mac 2008, selepas hampir 20 bulan dan debu politik hampir sahaja dilupakan selepas dibayangi gagasan 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri yang keenam. Selepas Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan menjadi slogan baru, tiba-tiba sahaja tercetus berita bahawa belanjawan yang dibentangkan begitu gah hampir-hampir sahaja ditolak dan terlepas dengan hanya kemenangan 3 undi! Pakatan Pembangkang dengan ahli yang hadir sebanyak 63 berbanding dengan ahli Barisan Nasional seramai 66 orang. Kalau secara kasarnya ketidakhadiran ahli Barisan Nasional ialah hampir 50 peratus, makna...