KISAH TEKSI!
DI tengah kemelut tentang sikap dan perangai setengah pemandu teksi, hari ini saya berkesempatan menggunakan perkhidmatan teksi di ibu kota. Cerita-cerita ngeri mengenai pemandu teksi samada yang tidak menggunakan meter, mengenakan bayaran luar biasa dan keengganan untuk mengambil penumpang adalah lumrah dewasa ini. Kisah pemandu teksi bernama Sham adalah cerita biasa dalam kelompok pemandu teksi khususnya di ibu kota, beliau memandu teksi secara sepenuh masa, dengan kenaikan harga minyak dan sewaan teksi saban hari, Sham mungkin Sdr. Sham dengan teksi sewaannya! mampu membawa pulang kurang daripada RM50.00 sehari, mujurlah isterinya berkerja! Keinginanannya hanya satu untuk memiliki permit teksi sendiri, mana mungkin kerana syarat dan peraturan LPKP yang begitu mencengkam, namun begitu dia akan terus berusaha untuk mendapatkan permit teksinya sendiri. Hari ini saya percaya ramai lagi pemandu teksi seperti Sham yang punya impian untuk memiliki permit teksi sendiri. Mungkin YB Mente...