Blog ini adalah medan perkongsian pengalaman sama ada pengalaman kehidupan, membaca, menonton, menghadiri aktiviti seni baik teater, puisi dan kesan terhadap buku, filem, teater dan sebagainya. Selamat menikmati! Terima kasih.
SALAM PEMULA BICARA!
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Assallamualaikum pemula bicara, selamat datang ke laman blog kaki sakat...di samping sebagai medan bertukar-tukar fikiran, diharap akan merapatkan ukhwah sesama kita..
Saya temui lebih 20 buah 'bill board' seperti di atas dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Mungkin lepas ini, saya mungkin mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk memasang 'bill board' yang mungkin berbunyi lebih kurang seperti ini: Kalau nak pe(r)juangkan Bahasa Melayu masuk UMNO ataupun yang berbunyi seperti ini: Kalau nak pe(r)juangkan Melayu masuk UMNO . Harap-harap dapat sokongan dari Kerajaan Negeri. Renungkan. (Ini pula ialah laporan yang memungkinkan pemasangan 'bill board' seperti di atas, dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Februari 2008) Abang Mustapa Ali masuk UMNO MARANG 10 Feb. - Kedudukan Pas di Terengganu terus goyah apabila semakin ramai penyokongnya hilang keyakinan terhadap perjuangan Islam yang dilaungkan sebelum ini. Terbaru, parti itu menerima tamparan hebat apabila abang kepada Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali mengambil keputusan menyertai UMNO setelah kecewa dengan tindakan-t...
Saya diserang demam yang teruk beberapa hari yang tidak memungkinkan saya meng' update ' blog saya. Tiba-tiba sahaja demam saya kebah. Puncanya kerana saya naik ' hangin ' apabila Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membuat saranan agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia. Apa ni, dah tak cukup modal ke nak memenangi hati kaum Cina! Selepas sekian lama bergelumang dengan fahaman komunis dan sebahagian besar usianya dihabiskan di negara luar, Chin Peng yang kononnya dilahirkan di Sitiawan tiba-tiba sahaja mahu diangkat sebagai hero untuk kembali ke negara ini. Sebenarnya walaupun Chin Peng masih memegang kerakyatan negara ini (saya tidak pasti samada masih bergelar warganegara Malaysia), tetapi tindak tanduknya menentang tentera melalui gerakan komunisnya sudah cukup memadai untuk menghalangnya kembali ke negara ini. Saya bukanlah manusia berhati kering, tetapi menggunakan kewajaran kemanu...
Big Ben London Saya sentiasa sebak setiap kali menjelang Merdeka bukan kerana saya terlibat sebagai pejuang kemerdekaan tetapi sebak kerana menjadi pewaris kemerdekaan dari tangisan dan air mata pejuang-pejuang kemerdekaan seolah-olah ‘Wira Tak Di Dendang’ atau Unsung Heroes . Kisah merdeka samada iklan komersil mahupun ucapan kemerdekaan oleh syarikat-syarikat korporat sering sahaja mengundang rasa kagum di atas kesungguhan mereka. Setiap kali melihat iklan mahupun pesanan kemerdekaan saya sentiasa menyimpan iltizam untuk menjadi seperti syarikat-syarikat korporat yang mampu menyumbang untuk kita terus menikmati kemerdekaan dari dalam rumah sahaja melalui siaran langsung di kaca televisyen. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan kemerdekaan pada kali ini agak kurang meriah rasanya kerana 31 Ogos pada tahun ini jatuh dalam bulan Ramadhan ketika umat Islam menunaikan ibadat puasa, tetapi itu bukanlah alasan untuk mengecilkan nilai kemerdekaan yang telah kita kecapi selama lebih 52 t...
Ulasan
Saya bisa dihubungi lewat email satirakacau@yahoo.com
Tahniah atas kemunculan blognya.
Patut dari dulu dah ada blog sendiri..
Semoga maju kedepan lagi.....