Catatan

WITHOUT FEAR OR FAVOUR

Begitulah muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.   Kisahnya mengenai perlantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi PAC yang baru.   Beliau menggantikan Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet Julai lepas. Pengerusi PAC itu memberi jaminan bahawa siasatan mengenai entiti strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diteruskan tanpa rasa gentar dan berpihak. Bunyinya memang menarik kerana selepas Pengerusi PAC yang lepas dilantik menjadi Timbalan Menteri, urusan PAC seperti tergantung kerana khabarnya tidak boleh diteruskan tanpa pengerusinya. Ketika pengerusi dan bebearapa ahli dalam PAC dilantik menjadi Timbalan Menteri, urusan PAC menjadi tempang dan tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan Pengerusi.  Kini selepas tiga bulan, PAC mendapat pengerusinya yang baru. Antara yang diungkapkan oleh Pengerusi PAC yang baru ini adalah usaha untuk teru...

DAHULUKAN SIAPA KENAIKAN TOL?

“Gampang betul, hari itu GST, lepas tu tak lama tu minyak, ni duduk tak duduk harga tol pulak nak naik, menda nak jadilah dengan dia orang ni..” Itu petikan dialog daripada filem yang telah diubahsuai suaranya.  Filem asalnya adalah filem Anakku Sazali , karya seniman agung Tan Sri P Ramlee.  Filem yang diubahsuai itu berdurasi 1:45 minit kini menjadi viral di media sosial. Kisah kenaikan tol memang mengejutkan.  Apa tidaknya, kenaikan pada kali ini agak besar dan sangat membebankan.  Dikhabarkan kenaikan pada kali ini adalah diantara RM0.10 dan RM6.00.  Soalnya berapa banyak tol yang hanya naik RM0.10? Sekadar contoh, laluan tol yang saya kerap gunakan adalah Lebuhraya SILK Kajang yang dahulunya adalah RM1.00, kini telah menjadi RM1.80 kenaikan sebanyak 80%!  Apakah rasional kenaikan sebanyak ini, atau adakah kerajaan (baca:BN) bersetuju untuk mengenakan rakyat Kajang kerana menolak mereka dalam Pilihanraya Umum yang lalu dan kemudiannya dala...

DEGAR SEKOLAH SATU ALIRAN

Dongeng sekolah satu aliran bukanlah cerita baru.   Seperti usaha transformasi pendidikan, kisah sekolah satu aliran juga adalah sesuatu yang sudah basi.  Menteri bertukar, nama kementerian juga diubah dan dan diubah semula.  Namun usaha mengwujudkan sekolah satu aliran masih tinggal sebagai mimpi sahaja. Tidak pasti apakah agenda sebenar pihak-pihak yang mahukan sekolah satu aliran.  Sebahagian daripada mereka mengucapkan mantera perpaduan dan sekolah satu aliran adalah ubat yang paling mustajab khabarnya. Setelah puluhan tahun kita merdeka dan sekolah aliran Cina dan Tamil bercambah seadanya, tiba-tiba sahaja gendang sekolah satu aliran dipalu.  Tidak pasti apakah sebenarnya yang dimahukan dengan adanya sekolah satu aliran.  Sekolah aliran Cina adalah begitu terkehadapan dengan pengurusan oleh lembaga pengelola yang komited untuk memajukan pendidikan dalam kalangan komuniti mereka. Dalam situasi yang berbeza, sekolah aliran Tamil pul...

LOW YAT 2 & IMPIAN SUKU ABAD!

Saya mula menggunakan komputer di penghujung tahun 80an.  Ketika itu, komputer adalah agak besar dan mengambil ruang yang besar.  Ketika itu, sistem operasinya adalah berasaskan MS-DOS.  Menggunakan cakera liut (floppy disk) .  Tidak ada Plaza Low Yat ketika itu.  Yang ada ketika itu adalah Plaza Imbi yang menempatkan puluhan kedai-kedai komputer.  Plaza Imbi pula selalu dikhabarkan pusat jualan pelbagai barangan berasaskan komputer samada yang tulin mahupun tiruan. Saya sendiri ketika mahu membeli komputer yang mahu digunakan untuk bermain ‘game’ sahaja pada awalnya mengambil masa lebih dua minggu untuk memastikan saya tidak ditipu.  Maklumlah ketika itu membeli komputer dengan perbelanjaan hampir RM4,000 adalah satu pelaburan yang agak besar.  Setelah hampir dua minggu saya menyelusuri dan meninjau-ninjau, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli di sebuah kedai di situ. Selepas Plaza Imbi menjadi pusat barangan tiruan, selepas se...

APABILA PERDANA MENTERI TAKUT DI NEGARA SENDIRI?

Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menghadirkan diri ke dialog anjuran badan bukan kerajaan, Sukarelawan Guaman (SukaGuam).  Antara alasan yang diberikan adalah faktor keselamatan. Program Nothing2Hide yang dianjurkan oleh SukaGuam dengan objektif untuk memberi peluang kepada Perdana Menteri bagi menjelaskan persoalan mengenai 1MDB.   Namun majlis dialog ini tidak dapat dilangsungkan sungguhpun mereka yang dijemput telah berada di lokasi majlis.  Antara yang hadir adalah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Susulan pembatalan majlis dialog tersebut, Pengerusi SukaGuam telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Kluang, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia pada Julai lalu. Hari ini ketika Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya, Perdana Menteri yang sepatutnya menyampaikan ucaptama juga tidak hadir setelah dinasihati oleh ...

APA SELEPAS BERSIH 4.0?

Imej
Himpunan Bersih versi ke-4 telah berakhir sudah tepat jam 11.59 malam tadi menjelang ambang kemerdekaan.  Himpunan yang mencatat sejarah bukan sahaja daripada segi kehadiran, ia juga mencipta rekod baharu dengan himpunan selama 34 jam sejak jam 2 petang hari Sabtu lalu. Walaupun kepimpinan khususnya daripada UMNO  yang memperlekeh himpunan pada kali ini, namun semua yang terlibat tahu apa sebenarnya agenda utama himpunan pada kali ini. Himpunan Bersih pada kali ini juga menyaksikan pelbagai tindakan dan ungkapan yang agak dangkal daripada para pemimpinnya.  Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri yang menggunakan kuasanya untuk mengharamkan T-Shirt Bersih, warna kuning. Menurut Jadual dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 28 Ogos 2015 bernombor P.U. [A] 200 menggariskan: “Apa-apa pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan ‘Bersih 4’.  Apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan Bersih 4...

APABILA DR. MAHATHIR KE BERSIH, UMNO HILANG MUKA!

Walaupun ada cakap-cakap dan khabar angin tentang Dr. Mahathir bakal hadir ke perhimpunan Bersih 4.0, namun tiada siapa yang menduga, ianya menjadi kenyataan. Mungkin para pemimpin dan pendokong Bersih sendiri tidak menduga Dr. Mahathir akan turut bersama dalam perhimpunan Bersih 4.0 walaupun hanya ‘selama 6 minit’ seperti yang diungkapkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Isunya bukanlah enam minit, atau sepanjang 34 jam seperti yang dilakukan oleh peserta Bersih 4.0 sejak daripada ianya dimulakan pada jam 2.00 petang semalam.  Isunya adalah mengenai usaha rakyat untuk menunjuk rasa ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan sedia ada. Walaupun pada asalnya, Bersih hanyalah platform bagi menyuarakan gesaan terhadap perjalanan pilihanraya umum di negara kita, namun pada versi 4.0 ini ia ditambah dengan gesaan untuk meminta Perdana Menteri mengundurkan diri. Tiada siapa yang menjangka, Dr. Mahathir hadir dalam perhimpunan semalam, malah mengulanginya semula pada hari ini d...